Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2008

Dari Hati (si malang yang bertuah...)

Selalu orang tanya, sejak masuk Unitekma dan ambil kursus Ukur Bahan, adakah saya betul-betul nakkan kursus ni? Dan orang lain selalu pelik sebab saya selalu buat muka seposen setiap kali kelas. Dan kengkadang tu suka sorang-sorang pulak tu. Sampaikan masa jamuan (untuk kem yang QSBINA kantoi tetengah jalan, masa tu saya belum masuk Unitekma lagi sebab second intake ) mereka buat teka-teki, "seorang second intake agak pelik sikit perangainya, kadang-kadang suka menyendiri." Dan bila ditanya jawapannya, semua orang pandang ke arah saya. Malu lak rasanya. Hakikatnya sejak peristiwa tu semangat saya terus hilang. Walaupun saya masih minah yang suka diam dan suka sorang-sorang, saya takdelah buat muka seposen setiap kali kelas. Apa yang berlaku? Semuanya bermula apabila saya memohon rayuan untuk kemasukan ke universiti beberapa bulan lepas. Saya ingat lagi yang saya memohon untuk memasuki UiTM mengambil jurusan Teknologi Makmal Perubatan. Siap hantar testimonial tu, melalui Pak

Tanah runtuh...

Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa baru-baru ni dah membuka mata pelbagai pihak. Tak kira siapa pun. Kadang-kadang tu peliklah,dah tau-tau tempat tu tak berapa selamat, dijalankan lagi pembinaan kat situ. Nanti harta hilang, nyawa melayang, jari semua saling menunding konon ni salah orang yang ditunding tu. Tak sedar yang satu jari ditunding ke arah si anu tu, selebihnya ke arah diri mereka... Huhu... Nak salahkan siapa? Sebenarnya perkara tu salah semua pihak. Kenapa? Sebab pihak pemaju yang membina kawasan tu walaupun tau-tau tempat tu tak berapa selamat (sejak peristiwa Highland Tower roboh pada 1993), pihak majlis perbandaran meluluskan projek tu dan pihak pembeli main hentam je beli. Tapi sebenarnya bukan nak cerita pasal tu. Tapi nak cerita pasal fiil mangsa tanah runtuh yang tak seberapa ni. Kalau ada sesiapa perasan, mangsa tanah runtuh di situ memang agak demand la. Tak selesalah, makanan tak sedaplah, petugas tak ramahlah... Dan banyak lagi benda-benda yang dirungut