Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

Melahu di Hari Guru SMKMR

Imej
18 haribulan lepas berlangsungnya Sambutan Hari Guru di SMKMR, sekolah menengah tempat saya belajar dulu. Sebenarnya tak taulah gak hari tu ada sambutan hari guru, main datang je dengan niat nak jumpa cikgu-cikgu, kawan-kawan yang sekarang ni Form 6A, dan ambik sijil SPM. Alih-alih sampai je legaran sesak dengan murid. Rupa-rupanya semua guru (kalau perempuan yang tak pregnant la...) sedang bersiap sedia untuk menyertai sukaneka. Ni gambar kumpulan Cikgu Param dalam permainan baling gelung rotan. Tapi agak kelakar la ending nya. Satu, dua, baling! Dan dua sudah masuk! Cikgu Param mengambil, sekarang giliran dia membaling. Satu, dua, baling! Dan semua gelung yang dilontar Cikgu Param masuk! Cikgu Nalini pulak. Satu, dua, baling!!! Giliran Cikgu Param lagi, dan masa dah suntuk! Lepas baling, Cikgu Param meluru ke tiang, nak cepat-cepat kutip gelung rotan yang masuk. Kebetulan Cikgu Nalini pun nak baling gak. Belum sempat kutip, PELEPUK! Hilai tawa bergema,balingan Cikgu Nalini 'me

Ghaib Masa Exam

Imej
Alhamdulillah, akhirnya musim peperiksaan bagi semester ni dah tamat. Sekarang tinggal tunggu keputusan peperiksaan semester ni keluar je. Harapnya lebih baik daripada semester lepas. Tapi apa yang berlaku pagi tadi, semasa jawab paper Kemudahan Bangunan I, memang agak kelakar. [...] Pukul 11.  Di Dewan Besar. 30 minit sebelum masa menjawab tamat. Orang di depan saya dah blah dulu, dah siap la tu. Yang ada di depan saya masa tu cuma Ayie. Tiba-tiba Ayie bangun, pergi ke meja pengawas (hantar kertas jawapan la...) sebelum kembali ke tempat duduknya, mengemas barang sebelum blah dari dewan. Semasa berjalan keluar dia memandang saya sambil tersenyum. Sebaik sahaja Ayie keluar, salah seorang pengawas yang menjaga peperiksaan menghampiri saya. "Kamu kelas dan seksyen berapa?" soalnya. "1DDQ 51" balas saya, perlahan. Pengawas itupun mengangguk sebelum kembali menjaga peperiksaan. Dan saya kembali menjawab soalan. [...] 10 minit sebelum masa tamat. Saya dah tamat menjawab

APH dan Kereta Biru

Imej
Gambar ni di snap masa tuannya takde... [...] Pagi. Dalam pukul 7. Buka mata je bergema lagu Cinta Tiga Segi nyanyian Saleem. Terpinga-pinga la sebab kuat gila. Toleh kiri kanan. Laptop semua padam. Hp Nini, Naz pun diam je. Telinga di-peka-kan. Mencari sumber bunyi. Dari luar. Em, ni kerja tuan si kereta biru tu la tu... Mana ada orang lain dah... [...] Tengah hari. Baru lepas makan. Nini kalau lepas makan, sah-sah nak tido. Naz pun sama. Dan saya terkecuali ("nak study jap" sebagai ayat alasan). Jadi untuk mengelakkan laptop Nini padam, dia mainlah satu playlist lagu Hindustan. Kalau tak silap ada lebih kurang 15 lagu Hindustan dalam playlist dia tu. Volume lagu dipasang ala-ala dengar-tak-dengar gitu je. Tiba-tiba lagu hindustan (yang memang bukan datang dari dalam bilik) bergema dalam bilik kami. Macam dijangka, bunyi tu datang dari luar. Eh, eh... Takkan tuan si kereta biru tu pun minat hindustan gak? [...] Maghrib (dah jam 7.30 pm, takkan nak panggil malam kot...) Nini

Bola Sepak dan Kepala Orang

Bola sepak.  Apa yang mereka yang pernah kena bola tu rasa? Sakit tak? Dalam novel dan komik selalu ada babak tu. Ada antara watak dalam cerita tu pengsan. Bagaimana pula dalam keadaan non-fiction macam sekarang ni? Maaf sebab membebel pasal bola sepak ni, tapi ada sebabnya. [...] 3hb Mei. Lebih kurang 1 jam 30 minit sebelum majlis 'Malam Simfoni Kasih'. Balik hostel APH bersama Azreen, Huda dan Ain Nadia. Dah sampai pintu bangunan hostel pun. Nak masuk hostel kena buka kasut dulu (dah memang peraturan di hostel-hostel KSS... KSJ takyah buka kasut kalau nak masuk dalam bangunan hostel...) jadi tunduk kejap, buka ikatan sandal. Alih-alih angkat kepala je, WHAM ! Kepala menjadi terlalu pening dan sakit macam dihentam sesuatu, tapi badan masih tegak berdiri. Mata melilau ke sekeliling dan terhenti pada sebiji bola sepak berwarna biru yang bergolek tidak jauh dari tempat saya berdiri. Saya meraba bahagian kiri dahi. Terasa ada bekas garisan bola timbul pada kawasan itu. Dan dahi t