Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

Ralat Hati

Imej
Ada dua perkara yang meralatkan hati saya bulan ini. Memang tersangat ralat kerana kedua-duanya amat penting sebagai seorang pelajar Diploma (DDQ) di Unitekma (UTM International Campus). [...] 1) KST dah tiada!!! Ya, macam di atas, KST kini dalam kenangan. Sudah tiada... Huu~~~ Kini pelajar Diploma di bawah SPACE. Lebih tepat, 'Program Perdana SPACE'. Berkuat kuasa 10 Jun lepas. Tiba-tiba terasa tua pula... Huhu.... [...] 2) Studio QS A201 dan A206 sudah tiada! Ya. Yang ini memang tak disangka langsung sebab memang dah ada perancangan untuk mer enovate studio. Saya juga pernah lihat pelan renovasi studio semester lepas. Apa dah jadi? Rujuk sini . [...] Ya, dua perkara itulah yang meralatkan hati. Oh ya, juga bila Angah membawa pengecas kamera bersamanya. Kameranya ditinggalkan. Cis!

Oh Pening Lalat...

Imej
Untuk menjadi seorang Juruukur Bahan (Quantity Surveyor), seseorang itu bukan sahaja perlu hebat dalam subjek Matematik. Dia juga perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Kenapa? Eh, tak jelas ke? (Klik untuk besarkan...) Maka, perkuatkanlah diri dari segi ketahanan mental kerana apabila berkerja (atau praktikal), inilah sebahagian kecil daripada apa yang anda akan lihat sepanjang masa. Huhu.... Yalah, praktikal berbeza daripada teori dan kerja studio. Kerja studio pun rasanya lagi mudah daripada kerja praktikal. p.s : Entri ni ditaip sebab dah pening kepala kira rasuk bumbung untuk stadium... Boleh pulak makin bertambah rasuknya di pelan baru, spesifikasi jauh beza pulak tu dengan yang lama... Dah kena kira balik... Huhu...(-.-")