Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2010

Cerai

Saya terfikir untuk tulis mengenai hal ini apabila pensyarah menyentuh topik ini dulu. Lebih-lebih lagi ramai betul artis dan personaliti TV yang bercerai dengan pasangan hidup diorang (wah, satu perkembangan baik bagi saya yang tak minat nak ambil tahu hal artis...). Rasa pelik pulak sebab masa bercinta (sebelum kahwin) boleh serasi. Ni apahal bila lepas kahwin tak boleh nak serasi pulak? Kalau takde anak boleh terima la jugak. Ni dah ada anak pun boleh bercerai gak. [...] Punca penceraian memang banyak, antaranya seperti kehadiran 'orang ketiga', tiada keserasian, dan tidak bahagia bersama pasangan mereka tu. Semuanya bersandarkan HATI. Tapi entri ni bukan nak fokus kepada hal itu, tetapi pasal kesan yang dihadapi mereka yang terlibat dalam perceraian tersebut, terutamanya si anak. Ada orang mengatakan, 5 tahun pertama pasca perkahwinan adalah untuk mengenal hati budi pasangan kita, 5 tahun kedua pula adalah untuk mencari keserasian antara kita dan pasangan hidup. Jika berjay

Shootz-ed!

Imej
Komik Shootz! jilid ketiga. Dapatkan di pasaran sekarang! Huhu~~ "Salam. Ain, komik Ain hari tu ada dalam Komik-M ke? Huhuhu. Tahniah!" Bila terbaca mesej yang dihantar Kak Sabihah, senior merangkap ketua usrah saya sewaktu semester 4, saya canggung seketika. Komik? Yang mana satu? Memang saya tak ingat langsung. Jadi saya bertanya menerusi SMS, "Er... Yang mana satu ye, kak? Huhu..." Balasan yang diterima sungguh mengejutkan. "Ain, Zati dan Komik Shootz!" Eh? [...] Disebabkan rasa tidak tenang, saya ambil keputusan untuk ke MPH Bookstores di Jusco Taman Universiti. Setakat ini, selain MyNews, hanya kedai itulah yang paling hampir dengan rumah kalau hendak mendapatkan komik terbitan Komik-M. Angah dan Mirul menemani, kerana di sana juga ada wifi percuma. Angah online di Arena, sementara Mirul mengikut saya ke MPH. Sesampainya di sana, Mirul dengan lajunya melangkah ke arah seksyen komik, sementara saya meneliti novel Rayyan Fantasi, karya terbaru Ramlee Aw

Eksperimen Entah Apa-Apa (;P)

Imej
Malam. Saja-saja on suis wifi laptop walaupun rumah tak ada internet. Ayah memang sengaja tidak mahu melanggannya, kerana sikap Adik. Pernah sekali Ayah bawa saya dan Adik ke pejabat dan meninggalkan kami di situ buat sementara waktu, dan saya menangkap Adik yang menaip 'Bohsia' di ruangan carian Youtube. Tiba-tiba Laptop mengesan sesuatu. Ada talian internet berhampiran dengan rumah (ada jiran pakai boardband Streamyx) Teringat kata-kata seorang blogger, pelanggan Streamyx biasanya takkan tukar password jalur lebar mereka. Semuanya sama. Malah blogger itu turut memberitahu password bagi Streamyx itu. (Saya takkan beritahu, kalau nak tahu carilah sendiri...) Jadi saya mulakan eksperimen saya. [...] Hipotesis: Pelanggan Streamyx tidak akan tukar password default mereka. Ya. Hana itu adalah jiran saya yang pakai Streamyx. Dialah bahan ujikaji bagi eksperimen ini. Ngee~~~ Isikan password yang blogger tu war-warkan... [...] Hasi

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an

Budak-budak yang lahir pada tahun 80/90an mesti ingat masa sekolah rendah dulu: · Di sekolah ada salesman jual buku cerita. Hari ni bagi senarai, esok minta duit untuk beli walaupun cerita buku tu dah tahu. Salesman susu pun macam tu juga. · Di perpustakaan, budak-budak memang baca buku, tapi cuma setakat tengok gambar je. Bila ada program Nilam, baru semua sibuk nak pinjam buku. · RMT di sekolah makan tak best, tapi yang berduit pun join RMT. Tak faham... · Pakai kotak pensel yang boleh buka depan belakang, lepas tu ada pengasah pensel di tengah-tengahnya. · Main lawan pemadam, sayang nak guna untuk padam. Padahal itulah fungsi sebenar, untuk padam! · Pakai pembaris yang bergerigi, di dalam ada air, lepas tu ada benda berkilat-kilat dalam air tu. Dah jadi macam mainan pulak. · Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ada pemegang di tengah-tengah, tapi tak pernah nampak cikgu pegang pun di situ. · Bulu ayam jadi ramping kerana sering dijadikan rotan. · Masa pendidikan seni, lukis