Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2011

Nostalgia Tadika

Dulu. Akhir tahun 1996. Hari itu adalah hari berlangsungnya majlis 'ala-ala graduasi' bagi kanak-kanak yang belajar di Tadika Ihsan. Majlis ini tidak dibuat di perkarangan tadika, tetapi di dalam Dewan Sultan Iskandar UTM Skudai. Oh ya, lupa mahu beritahu, Tadika Ihsan ini tadika yang terletak di dalam UTM. Berhampiran padang kawad UTM itu sahaja. :3 Saya bersama rakan-rakan satu tadika, memakai jubah graduasi berwarna maroon (merah hati?) dengan lapel hijau terusi dan diberikan panduan mengenai apa yang perlu dilakukan ketika berada di atas podium. Tiba-tiba perut terasa agak sakit tetapi saya menahannya. Dan sakit itu hilang tidak lama kemudian. Ya, segalanya berjalan dengan lancar. Ucapan daripada guru besar tadika, persembahan Silat, nyanyian nasyid (yang mana saya turut terlibat sama) dan akhirnya majlis penganugerahan sijil. Rasa amat gembira bila mendapat sijil itu, walaupun pada mulanya agak takut sebab riak muka orang yang beri sijil itu macam 'nak makan orang'