Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

Word-less... Blablabla: Power Kaabah

Sayang. Sayang sangat. Suara sedap. Lirik hampas. "Sedangkan sabun pun ada power..." Apakah? :/ BAGUS sangat. Sampai di tengah lagu tergelak besar dibuatnya. Naik geram pun ada juga. >:(

Komik dan prejudis

Komik. Bahan pertama yang saya baca. Kalau boleh dianggap membacalah. Saya terdedah dengan medium gabungan lukisan dan tulisan ini sejak berusia lebih kurang 5 tahun. Pada masa itu saya terjumpa majalah Ujang milik Pak Andak (Adik Ummi) di ruang tamu rumah nenek. Sambil selak majalah itu, sambil ketawa. Padahal satu apa pun tidak faham. Setahun kemudian, saya didedahkan pula dengan satu lagi majalah komik, Majalah Kawan. Pada masa itu saiz dan ketebalannya hampir sama dengan saiz majalah Mastika sekarang. Isinya? Jangan ceritalah, banyak juga kisah di dalamnya. Kisah dalam bentuk grafik. Masa sekolah rendah, didedahkan pula dengan majalah Anak-Anak Sidek, Along dan Gempak. Manga pertama yang saya sentuh pula adalah Doraemon, sewaktu darjah 4. Huhuhu. Yang paling seronok, Ayah siap buat langganan majalah Kawan selama 4 tahun berturut-turut. Siap berebut lagi dengan dia mahu baca dulu apabila majalah yang dilanggan sampai di peti surat rumah. Syukur Alhamdulillah, komik tidak