Ke-Ja-Ya-An?
Apakah itu kejayaan? (Diam selama beberapa saat sambil buat muka bodoh) Yang pasti, masing-masing ada pendapat tersendiri mengenai perkara tadi. Namun, bila dah utarakan pertanyaan tadi, muncul pula soalan lain yang kita sendiri tak boleh nak jawab. Apakah formula untuk berjaya dalam hidup? Apakah teknik-teknik untuk mencapai impian kita? Adakah mereka yang hidup kaya-raya tapi tak bahagia itu lebih berjaya daripada mereka yang tiada harta tapi hidup bahagia? Hemm... (sambil garu kepala) [...] Masa kanak-kanak dulu, saya selalu dibandingkan dengan sepupu saya, Ira. Dia selalu dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, terutamanya peperiksaan awam (UPSR, PMR, SPM). Saya pula, dapat keputusan yang 'biasa-biasa' sahaja. "Tengok tu, Along dengan si Ira tu sama-sama makan nasi, tapi apasal dia dapat lagi bagus? Kenapa tak boleh jadi macam dia?" kata Umi masa keputusan UPSR diumumkan dulu. Saya cuma dapat 3A 2B manakala Ira pula 5A. 'Sebab dia makan beras mahal dan al...