Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Word-less... Blablabla: Power Kaabah

Sayang. Sayang sangat. Suara sedap. Lirik hampas. "Sedangkan sabun pun ada power..." Apakah? :/ BAGUS sangat. Sampai di tengah lagu tergelak besar dibuatnya. Naik geram pun ada juga. >:(

Komik dan prejudis

Komik. Bahan pertama yang saya baca. Kalau boleh dianggap membacalah. Saya terdedah dengan medium gabungan lukisan dan tulisan ini sejak berusia lebih kurang 5 tahun. Pada masa itu saya terjumpa majalah Ujang milik Pak Andak (Adik Ummi) di ruang tamu rumah nenek. Sambil selak majalah itu, sambil ketawa. Padahal satu apa pun tidak faham. Setahun kemudian, saya didedahkan pula dengan satu lagi majalah komik, Majalah Kawan. Pada masa itu saiz dan ketebalannya hampir sama dengan saiz majalah Mastika sekarang. Isinya? Jangan ceritalah, banyak juga kisah di dalamnya. Kisah dalam bentuk grafik. Masa sekolah rendah, didedahkan pula dengan majalah Anak-Anak Sidek, Along dan Gempak. Manga pertama yang saya sentuh pula adalah Doraemon, sewaktu darjah 4. Huhuhu. Yang paling seronok, Ayah siap buat langganan majalah Kawan selama 4 tahun berturut-turut. Siap berebut lagi dengan dia mahu baca dulu apabila majalah yang dilanggan sampai di peti surat rumah. Syukur Alhamdulillah, komik tidak

Drama TV, Nostalgia Diploma dan .....

Imej
Petang tadi melayan sebentar cerita 'Kekasihku Is Setan' yang disimpan dalam cakera keras mudah alih. Teringat pula dahulu Lea ada promo cerita ini sebab dia kata dia jadi salah seorang pelakon dalam telemovie ini. Sampai penuh bilik TV APH dibuatnya sebab mahu tonton drama ini masa mula-mula keluar di TV. Puas cari di mana si Lea di dalam telemovie ini, tetapi tidak jumpa.  (Mencari dengan gigihnya tu... Yang nampak cuma Darren saja.) Cak! Ada peminat beri bunga! Yalah, bila tonton cerita yang lokasi shooting nya di sekitar UTM KL, memang terasa seperti mengimbau nostalgia. Teringat juga masa shooting salah satu sence  telemovie itu, kebetulan saya ada pula lalu di kawasan penggambaran itu bersama Lily dan Eton (kami dalam perjalanan ke masjid untuk mengambil bubur lambuk, masa itukan bulan Ramadhan), jadi agak 'jakun' jugalah lihat Kamal Adli dan Intan Ladyana buat pergambaran di situ. (kes tidak pernah tengok orang buat shooting drama punya pasal (-.-)&

Atlit

Imej
Dato' Lee Chong Wei sudah kembali ke Malaysia dengan pingat perak yang dimenanginya. Kecewa kerana tidak dapat emas. Namun persembahannya sewaktu final badminton di Olimpik Ahad lepas wajar dipuji. Tidak mengapa kalah, sebab kalah nasib sahaja. Sedikit sahaja lagi. Lagipun dia sudah lakukan yang terbaik. Dengan kecederaan pada kakinya dulu, dengan tempoh singkat untuk berlatih disebabkan kecederaannya itu, dengan dia kata itu olimpik terakhirnya... :( Namun terfikir juga, jikalau Chong Wei sudah bersara nanti, ada lagikah pelapis pemain badminton yang sehebatnya? Sepertimana adik beradik Sidek dahulu, selepas zaman mereka agak lama juga mahu tunggu pemain sehebat mereka. Bila ada atlit 'super' sahaja, semua orang letak harapan tinggi. Macam Azizul Hasni Awang (basikal keirin) atau Nicol Ann David (Squasy - tapi kenapa ya permainan ini tidak pernah dipertandingkan di olimpik? ) Apabila zaman kegemilangan mereka sudah tamat, takkan masih mahu bergantung dengan mere

Kicap dan Sarsi

Ayah selalu membeli kicap berjenama Jalen - sebab setakat ini jenama itu sahajalah yang dijual dalam botol saiz 5kg. Tidak lama kemudian, dia juga mula membeli kordial sirap ros dan sarsi. jenama yang sama, berat yang sama. Jadi, boleh jangkalah bagaimana pembungkusannya. [...] Malam kelmarin. Tiba-tiba terasa mahu makan mi segera. Ada mi segera goreng yang baru dibeli. Anis dan Angah kata, mi segera itu pedas (kata sahaja perisa asli). Mereka telah mencubanya sebagai menu untuk bersahur untuk puasa ganti beberapa hari lepas. Maka saya pun bercadang menambahkan sedikit kicap manis dalam mi segera itu setelah siap dimasak. Tangan terus mencapai botol kicap di sebelah dapur tanpa melihat labelnya, sambil berbual-bual dengan Angah yang tidak habis-habis merepek. Selesai menambah sedikit kicap, barulah saya melihat label botol tersebut. 'Kordial Sarsi'. Ah sudah. Mahu buang, membazir pula. Sudah diadun secukup rasa pula itu. Angah pula, bukan main lagi ketawakan saya

Hadiah Kahwin

Hujung minggu ini sepupu saya akan berkahwin. Saya, Angah dan Abang dikehendaki memikirkan hadiah yang sesuai diberikan kepada bakal pengantin tersebut. Kira macam hadiah keluargalah. [...] Selak katalog. Banyak set pinggan mangkuk dan cawan di dalamnya. Harga boleh tahan murah. "Kalau buat hadiah, bagus ni," fikir saya. Lalu katalog itu ditunjukkan kepada Ummi. Namun Ummi menolak idea saya. "Sudah biasa sangat orang beri set cawan kepada orang baru kahwin," katanya. "Lagipun, orang baru kahwin, pakai mug pun boleh." Saya bungkam. [...] Saya dengan Angah berfikir di dalam bilik. Ummi juga berada di situ, menumpang kipas bilik yang laju. "Kalau beri seterika, boleh juga, bukan?" cadang Angah. "Jangan," kata Ummi. "Ingat masa Pak Su kahwin dulu?" Dulu, masa Pak Su baru berkahwin, Ummi dan Ayah bercadang memberikan seterika kepadanya. Dan memang seterikalah yang dihadiahkan kepadanya. Namun secara kebetula

Bersih 3.0, kotor dan blah blah blah.

Pihak yang satu akan kata, mereka berjuang atas nama keadilan, perhimpunan yang tulus suci, sanggup buat apa sahaja demi mencapai matlamat, demi kuasa rakyat. Pihak yang satu lagi kata, mereka melawan sekadar mempertahankan diri, perhimpunan sia-sia, memalukan negara di seluruh dunia. Ada akal, fikirlah sendiri. [...] Malam semalam, tonton berita, bagaikan dijangka, mesti huru hara berlaku di Dataran Merdeka siang tadi. Dari awal pagi hari itu ada sahaja update berkenaan perhimpunan yang sepatutnya berlaku secara aman itu. Nampak sahaja muka Ketua Pembangkang di TV, saya tepuk dahi. Kenapa dia tiba-tiba ada di sana? Bukankah sepatutnya perhimpunan itu bebas daripada penglibatan mana-mana parti politik? Jadi, malam itu juga saya cari maklumat berkenaan  perhimpunan itu. Namun info yang dimahukan hanya muncul depan mata malam tadi. Salah satu video yang memberi pencerahan berkenaan huru-hara itu. (Boleh ditontonkah dari sini?) :/ Ya, huru hara dim

Nenonenonenoneno~~~ :'(

3 Januari. Selasa. Berlaku perkara yang menjadikan pemulaan tahun 2012 ini agak teruk berbanding sebelumnya (bagi saya). Hari itu adalah kali keempat saya menaiki ambulans, dengan siren terpasang dan saya terasa seolah-olah mahu terhumban keluar daripada ambulans tersebut (kalau kamu pernah naik ambulans, kamu akan faham). Oh ya, saya tidak sakit. Setakat ini saya tidak pernah menaiki ambulans dalam keadaan sakit. Harap maklum. Jadi, apa halnya sampai kena naik ambulans? Sebab Ayah saya yang sakit. Saya dan Ummi yang temankan dia dalam perjalanan ke hospital. :( [...] Pada sekitar penghujung November 2011, di kampung Ummi di Hulu Langat, Selangor, sewaktu kami (saya, Anis dan Adik) berkemas mahu pulang ke rumah (sambil membawa khazanah yang saya dan Angah tinggalkan) Ayah tiba-tiba diserang demam sejuk. Dua jam kemudian baru kebah demamnya. Walaupun belum sihat sepenuhnya, Ayah gagahkan juga pandu kereta untuk berjumpa Abang di UiTM Lendu sebelum pulang ke rumah. Sebelu