Drama TV, Nostalgia Diploma dan .....
Petang tadi melayan sebentar cerita 'Kekasihku Is Setan' yang disimpan dalam cakera keras mudah alih. Teringat pula dahulu Lea ada promo cerita ini sebab dia kata dia jadi salah seorang pelakon dalam telemovie ini. Sampai penuh bilik TV APH dibuatnya sebab mahu tonton drama ini masa mula-mula keluar di TV. Puas cari di mana si Lea di dalam telemovie ini, tetapi tidak jumpa. (Mencari dengan gigihnya tu... Yang nampak cuma Darren saja.)
Yalah, bila tonton cerita yang lokasi shootingnya di sekitar UTM KL, memang terasa seperti mengimbau nostalgia.
Teringat juga masa shooting salah satu sence telemovie itu, kebetulan saya ada pula lalu di kawasan penggambaran itu bersama Lily dan Eton (kami dalam perjalanan ke masjid untuk mengambil bubur lambuk, masa itukan bulan Ramadhan), jadi agak 'jakun' jugalah lihat Kamal Adli dan Intan Ladyana buat pergambaran di situ. (kes tidak pernah tengok orang buat shooting drama punya pasal (-.-)")
Sekarang ini, saya perasan ada beberapa drama TV yang menggunakan UTM KL sebagai lokasi penggambaran. Yang paling terang-terangan adalah penggunaan Dataran Ilmu, kawasan koridor berhampiran CICT dan PSZ secara maksimum dalam drama-drama tersebut. Tempat lain taknak shooting pula. :/
Bagus. Bagus sangat. Sekarang sudah rindu mahu belajar di UTM KL semula. Sangat banyak nostalgia terimbau bila TERtonton drama-drama tersebut di TV (tidak tahulah kalau-kalau ada lagi drama TV yang jadikan UTMKL sebagai tempat shooting selain yang saya jumpa ini...), dan juga melihat-lihat video kandid dan gambar-gambar yang pernah dirakam sepanjang belajar di sana.
Namun dulu tiada bangunan di bawah ini. Bangunan yang dari-jauh-sudah-boleh-nampak. Bangunan yang dibina atas runtuhan studio lama (dirobohkan sewaktu pertengahan Semester 1). Dan ia masih lagi dalam pembinaan sewaktu batch saya tamat belajar. Ye ye je Puan Zu kata kami sempat guna bangunan itu sewaktu semester akhir. Dululah. :P
Tentu situasi sekarang sudah jauh berbeza dengan dulu. Kod kursus DDQ pun sudah bertukar kepada DDPQ, mestilah keadaannya jauh berbeza dengan dahulu, bukan? :(
Cak! Ada peminat beri bunga!

[...]

Snapshot drama 'Stanza Cinta' yang memang berat dengan penggunaan lokasi yang dikatakan itu.
Oh ya, tidak dilupakan juga kawasan hostel KSJ.
Drama 'Naziha' yang masih lagi ditayangkan ini pun ada menggunakan kawasan UTM KL sebagai lokasi penggambaran, cuma tidaklah sebanyak drama 'Stanza Cinta'.
Um... Yang ini, tidak berapa faham keadaannya.
Kredit lokasinya kepada UiTM Puncak Perdana.
Tiba-tiba kawasan berhampiran stor Ukur Tanah ini terbabas dalam drama itu.
Tekalah sendiri drama apa ini. (Patutlah macam pernah nampak. Ciskek sungguh.)

Ulasan