Atlit
Dato' Lee Chong Wei sudah kembali ke Malaysia dengan pingat perak yang dimenanginya. Kecewa kerana tidak dapat emas. Namun persembahannya sewaktu final badminton di Olimpik Ahad lepas wajar dipuji.
Tidak mengapa kalah, sebab kalah nasib sahaja. Sedikit sahaja lagi. Lagipun dia sudah lakukan yang terbaik. Dengan kecederaan pada kakinya dulu, dengan tempoh singkat untuk berlatih disebabkan kecederaannya itu, dengan dia kata itu olimpik terakhirnya... :(
Namun terfikir juga, jikalau Chong Wei sudah bersara nanti, ada lagikah pelapis pemain badminton yang sehebatnya? Sepertimana adik beradik Sidek dahulu, selepas zaman mereka agak lama juga mahu tunggu pemain sehebat mereka.
Bila ada atlit 'super' sahaja, semua orang letak harapan tinggi. Macam Azizul Hasni Awang (basikal keirin) atau Nicol Ann David (Squasy - tapi kenapa ya permainan ini tidak pernah dipertandingkan di olimpik?) Apabila zaman kegemilangan mereka sudah tamat, takkan masih mahu bergantung dengan mereka lagi? Malaysia ini sudah ketandusan pelapis dalam bidang sukankah? :/
Kadang-kadang ada juga rasa terkilan sebab masa Chong Wei cedera dahulu, ada yang masih yakin dia mampu masuk bertanding walaupun dalam keadaan sebegitu. Macam dah tak ada orang lain nak dijadikan wakil. >:|
Jadi, begitulah. Sedang mengharapkan kewujudan pengganti yang sama hebat dengan atlit 'super' yang masih wujud sekarang ini. Takkanlah mahu ikut cara China latih bakal atlitnya kot. Dijamin ramai yang bangkang sekeras-kerasnya. XP
Ulasan