Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

Maru si Meow-meow!

Imej
Haha comelnya~~~ (blush) Masa Latihan Industri dulu, ada seorang staf pejabat yang amat sayangkan kucing. Ada juga beberapa kali ternampak dia menonton video bertemakan kucing. Antaranya, yang berada di atas ini. (Haha comel~~~) Sebelum ni tak tahulah namanya 'Maru', dan kucing ni sebenarnya agak popular di Youtube. Dah habis Diploma ni baru tahu, selepas tonton video pengenalannya di Facebook. Kucing jantan yang merupakan baka 'Scottish Fold' (kalau tak silap) dari negara Jepun ini memang mengagumkan sesiapa yang menontonnya. Lebih mengagumkan lagi, kucing ni macam dah biasa dengan lensa kamera. Tak ke comel tu? Aaargh!!! (pitam) Sekurang-kurangnya dapat juga melihat 'kucing-kucing berperangai comel' di Youtube. Lagipun Umi tak benarkan saya pelihara kucing, sebab Angah alah dengan bulunya. (-.-)" Kalau mahu tonton video yang lain, channel pemilik Maru, Mugumogu ada di sini . Blog tuan Maru juga, di sini . (Dalam bahasa Jepun,

Doodle Google yang sangat best!

Imej
Semalam, kalau perasan, Google menghasilkan doodle yang agak unik. Sempena ulang tahun kelahiran Les Paul , seorang pemain gitar bergenre jazz dari Amerika, (yang saya tak pernah dengar nama langsung...) maka wujudlah doodle yang paling interaktif pernah dihasilkan oleh Google setakat ini. Siap boleh main pakai keyboard dan tetikus PC tu~~~ (Tabik kepada mereka yang terlibat dalam penghasilan doodle ni. d(^-^)b Memang terbaik!) Main doodle tersebut di sini. ( Nota: kini disediakan butang untuk rekod, menggantikan butang untuk membenarkan ia digunakan melalui keyboard PC. Tapi jangan risau, masih boleh main pakai keyboard . :D ) Muat turun di sini. ( Update ) Hmm... Rupa-rupanya ada lagi doodle yang best, selain yang gitar tu. Ha... Hambek! Pacman, doodle tahun lepas. Main doodle tersebut di sini. :P