Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

Di Sebalik Batu Angin (Itriah kena tepung!)

Imej
Semalam, 4.00pm, selepas Test Kajian Undang-Undang. Semua orang kelegaan setelah jawab test . Rupa-rupanya test tidaklah serumit yang dijangkakan, namun ada yang resah sebab tersalah beri fasal dan subfasal dalam JKR203A (10/83). Itriah bersama Lea, Mas, Shifa dan geng seangkatan saling membuat photoshoot di dalam studio. Melepaskan gementar dan kegembiraan di dalam foto yang menjadi kenangan di dalam Iphonenya. Dia langsung tidak sedar bahawa di luar studio, ada 'pakatan cucur kodok' sedang bersiap-sedia menunggunya keluar. Haha... Cik Ki dah standby tepung sekilo tu~~~ Di saat Itriah keluar dari studio, POOF!!! Secara tiba-tiba, tudungnya berubah warna daripada hitam ke putih. Habis pakaian, fail dan begnya dilapisi taburan tepung gandum. Si pembuat onar sudah menghilangkan diri sebelum sempat menjadi mangsa Itriah yang sudah 'naik hantu'. Itriah mencari mangsa. Dia ternampak sesuatu lalu menghampiri StudioKayu. PUFF! Daeng yang menyorok di sebalik pokok menjadi

Dot 3 (Pemanggil Misteri yang Gigih)

Khamis, malam, 2 minggu lepas. Ada meeting 'Final Project' di KSJ (lagi.... Ye la dah saya seorang je duduk KSS, ahli group yang lain duduk KSJ, Setapak...) di mana pada waktu itu kami menyiapkan measurament untuk dilampirkan bersama-sama PDA ( assignment kedua) yang akan dibentangkan esok. Tiba-tiba saya dapat panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali. Tanpa rasa curiga saya menjawabnya (yalah, manalah tau kalau-kalau kawan-kawan baru tukar nombor ke, sebab saya JARANG beri nombor telefon kat orang lain) "Hello, Assalamualaikum..." "Hello, siapa di sana?" Suara yang tidak dikenali dengan loghat Indonesia membalas. Saya terkaku. Siapa ni? [...] Selepas dalam 10 minit bersoal jawab tanpa dia memperkenalkan diri dan hanya menerjah saya dengan 'siapa nama kamu', 'tinggal di mana,' etc. etc. (tentunya saya berhelah dalam menjawab soalannya. Tipu tu dosa woo...) , saya akhirnya berkata, "Maaflah. Saya sibuk sangat ni. Sekaran