Dot 3 (Pemanggil Misteri yang Gigih)

Khamis, malam, 2 minggu lepas.

Ada meeting 'Final Project' di KSJ (lagi.... Ye la dah saya seorang je duduk KSS, ahli group yang lain duduk KSJ, Setapak...) di mana pada waktu itu kami menyiapkan measurament untuk dilampirkan bersama-sama PDA (assignment kedua) yang akan dibentangkan esok.

Tiba-tiba saya dapat panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali. Tanpa rasa curiga saya menjawabnya (yalah, manalah tau kalau-kalau kawan-kawan baru tukar nombor ke, sebab saya JARANG beri nombor telefon kat orang lain)

"Hello, Assalamualaikum..."

"Hello, siapa di sana?" Suara yang tidak dikenali dengan loghat Indonesia membalas.

Saya terkaku. Siapa ni?

[...]

Selepas dalam 10 minit bersoal jawab tanpa dia memperkenalkan diri dan hanya menerjah saya dengan 'siapa nama kamu', 'tinggal di mana,' etc. etc. (tentunya saya berhelah dalam menjawab soalannya. Tipu tu dosa woo...) , saya akhirnya berkata, "Maaflah. Saya sibuk sangat ni. Sekarang ada hal."

"Oh iya? Nanti saya talipon lagi..." balas suara itu dengan nada miang kucing sebelum memutuskan talian.

Saya kemudiannya merenung handphone saya. Lama. Ayie dan Daeng yang duduk di hadapan saya menyedari tindakan saya itu. Saya kemudiannya mencampak handphone ke dalam beg lalu pergi ke tandas untuk bertenang. Terasa macam nak kena panic attack. (Ya, telefobia menyerang balik! Baru je baik masa praktikal lepas...)

[...]

Saya kembali setelah hampir 10 minit duduk di bilik air, untuk menyambung kerja. Pada waktu itu jugalah saya memberitahu ahli group yang lain. Mereka sepakat memberi jawapan 'jangan layan'.

30 minit kemudian, kami berbincang untuk perbentangan esok. Perbincangan terganggu dengan bunyi telefon saya. Saya melihat nombor yang tertera.

ORANG ITU!!!

Terus saya cepat-cepat meletakkan handphone ke meja, membiarkan ia terus berbunyi. Ayie, Fiqah, Guna, dan Zerin memandang saya. (Mas pergi mengambil salinan PDA yang dipinjam oleh group lain yang juga mengadakan meeting di situ. Daeng pula pergi beli air kot... Tak pasti pula...)

"Kenapa, Ain? Orang tu ke?" tanya Fiqah. Saya cuma mengangguk.

Handphone yang berbunyi tadi senyap, dengan ayat '1 panggilan tak dijawab' terpapar di skrin. (Handphone saya tak buta bahasa Melayu, ye... Hehe...)

Kemudian, dalam 15 minit kemudian, 'orang itu' telefon lagi, tetapi kali ini saya meletakkan handphone dalam mod senyap agar tidak mengganggu perbincangan. Agak lama kemudian barulah handphone berhenti bergegar. (bila saya aktifkan mod senyap, saya juga mengaktifkan gegaran supaya tidak ter'miss' kalau-kalau ada panggilan telefon yang penting) Mereka perasan perubahan riak muka saya yang mula naik risau.

"Ain, kalau orang tu call lagi, biar saya jadi 'ayah'," kata Ayie.

"Ha, aku pulak jadi 'mak'," kata Fiqah pula.

Saya tersenyum tawar. Mereka cuma melawak, kan? Namun kalau mereka serius, bagus juga...

[...]

"Ain, better kamu simpan number tu," kata Guna kepada saya dalam perjalanan ke bilik (saya menumpang tidur di bilik rakan se-USR di KSJ, sebab kalau saya balik KSS confrim saya tak boleh masuk asrama, kerana pagar asrama ditutup pada tepat jam 11 malam)

"Kenapa pulak?"

"Yalah, in case kalau dia call balik, kamu akan alert. Lagipun jangan layan sangat orang macam tu."

"Tapi, yang saya tak fahamnya, macam mana dia dapat nombor saya?"

"Biasalah, boys, kalau dapat nombor girls, mesti dia kacau punya. Itu alasan saja. Usually dia main tekan-tekan je nombor tu. Biar je, nanti lama-lama dia stop-lah"

Saya tersenyum, dan kemudiannya menyimpan nombor itu dengan nama '+-x/'

[...]

Setelah hampir 2 minggu, dan si '+-x/' masih tidak berputus asa dalam percubaannya menghubungi saya, dan macam biasa, saya tidak melayannya. Masa cuti pertengahan semester, dia memberikan 3 missed call sebagai angpau. (=.=)

Dalam studio tadi pun, sewaktu 'Final Project', masa masing-masing sibuk menyiapkan measurament projek yang diberikan, dia mengganggu lagi. Sekali sewaktu di tandas (mengganggu orang nak 'qada hajat' betullah...), dan sekali lagi sewaktu saya mengira kerja varnis pada pintu.

Pada percubaan kali ketiga, saya suakan handphone kepada Fiqah yang duduk di sebelah saya. Fiqah pula hulurkan handphone kepada Ayie yang kelihatan sibuk mengira kuantiti konkrit pada tiang (rasanyalah...)

Ayie dengan selamba terus menekan butang hijau lalu meletakkan di tengah-tengah meja, sebelum menyambung kerja. Studio pada masa itu sangatlah bising (nama pun studio, kalau tak ada pensyarah menjadi-jadilah bisingnya...) dengan suara Zee, Yana, Wildan, Ceek, Amer, Zerin dan Ilmu (yang kedengaran sekali-sekala) yang seolah-olah menguasai seluruh studio.

Orang itu terus menamatkan panggilan. Fiqah memberikan semula handphone kepada saya.

Tiba-tiba saya mendapat satu mesej. Dari '+-x/' Saya, Fiqah dan Guna melihat mesej itu.

Ia tertera, "Siapa lelaki tadi? ******* dia!"

Argh! Handphone saya dicemari carutan buat pertama kalinya!

[...]

Bertuah punya orang! Sudahlah 'terlalu gigih' mengharapkan saya mengangkat panggilannya, malah mencemarkan inbox mesej saya!

Kalaulah ada caller ringtone ala-ala pejabat, saya akan langgan sekarang juga. Mesti dia tak jadi nak kacau saya lagi lepas ni... (=.=)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an