Selasa, 12 Mei 2015

Word-less... Blablabla : Quote 2


Dipetik dari buku 'Orang Ngomong Anjing Gonggong' oleh Mutalib Uthman.

WiFi oh WiFi

Suatu hari saya ke UTM. Singgah sebentar di Arked Meranti.

Saja-saja buka wifi di tablet. Tidak berniat untuk connect pun.

Namun saya yakin, ada yang jiwa kacau disebabkan talian internet yang kurang memuaskan (menurut Angah yang belajar di situ) dan juga bengang dengan perangai beberapa ekor 'syaitan yang nak-internet-laju-tapi-taknak-bayar'.

Sebab...



Nak snapshot terus dari tablet tapi tak boleh. :|

5 Perkara Punca Gagal Temuduga LSP KKM

Ini entri pendek. Namun saya rasa macam mahu tulis sahaja. Walaupun pendek.

Mungkin ada yang perlukannya?

(...)

Semua orang tentu tahu pasal Latihan Separa Perubatan (LSP) KKM, bukan? Bersepah panduan untuk membolehkan anda layak mengikuti LSP di internet. Google sahajalah. Sangat banyak.

Tapi ada sesiapa yang tahu perkara yang menyebabkan peluang anda tertutup untuk menyertainya?

(...)

Ada lima (5) keperluan dalam pemilihan ke LSP. Kegagalan memenuhi kelima-lima keperluan ini memungkinkan anda gagal untuk memperolehi tempat dalam LSP KKM.

  1. Ketinggian mestilah lebih daripada 145cm. Tidak boleh kurang.
  2. Bukan seorang OKU
  3. Indeks Jisim Tubuh (BMI) mestilah sekitar 19 ke 25, tidak boleh lebih atau kurang. (Ini disebabkan sifat KKM sendiri yang menentang obesiti)
  4. Bukan seorang perokok (sila smackdown diri sendiri jika persoalkan yang ini. Common sense kot...)
  5. Tidak menghidap Hepatitis B atau C

(...)

Ada lagi keperluan untuk melayakkan anda mendapat tempat di situ. Namun, lima perkara ini yang paling dititik beratkan. Kalau anda pernah pergi temuduga kerja di mana-mana organisasi, mesti anda tahu apa dia keperluan yang lain-lain itu. Misalnya tidak bersedia sepenuhnya, tidak mengambil tahu info-info semasa dan organisasi, terlampau gementar sampaikan mahu bercakap pun tidak boleh, dll. (Malas mahu cerita sebab rasanya orang lain pun tahu pasal perkara ini.)

(...)

Baik, saya sudah katakan apa yang saya perlu beritahu. 

Selamat maju jaya! :3

Isnin, 15 Disember 2014

Komik : Kapsyen YouTube Merapu

Tragis sungguh kapsyen... Eh, sarikata... Eh, apa-apa sahajalah. (-.-)"
Patutkah saya beritahu tuan empunya video?

Klik sini untuk kejelasan tahap izhar halqi. :P


Notakaki 1: ROFLOL = ROFL + LOL (berguling atas lantai sambil ketawa terbahak-bahak)

Notakaki 2: Belum dapat dipastikan lagi jika orang lain dapat baca kapsyen / sarikata / CC yang sama, di video sama menggunakan komputer berbeza. Namun saya sudah cuba pakai Firefox dan Google Chrome, dan hasilnya sama sahaja .

Sabtu, 6 Disember 2014

Hari Bahagia Abang



Ya.

Rabu lepas adalah hari bahagia buat manusia yang tweet benda alah di atas ini.

Lama benar nampaknya kalau hari ini baru nak pos. :P

(...)

Rabu lepas, kami sekeluarga (kecuali Anis yang ditinggalkan di Politeknik - sila rujuk pos lepas) pergi ke UiTM Lendu, Melaka.

Kerana benda di bawah ini.


Ya, hari Konvokesyen di sana, dan Abang adalah salah seorang penerima diploma yang naik ke atas podium tersebut.

Angah sangat gigih kerana mahu sertai kembara ke Lendu ini, disebabkan hari hantar dan pembentangan tugasan (yakni hari tersebut) ditunda. 

Abang telah pergi lebih awal, dua hari sebelum konvokesyen, untuk menyelesaikan apa yang patut. Sepanjang dua hari itu juga, dia menumpang tidur di rumah Kak Ira, yang tinggal berhampiran UiTM Lendu. Jadinya, kami singgah di rumah Kak Ira untuk mengambilnya untuk diangkut bersama ke lokasi konvokesyen.

Budak bakal naik podium. :P 

Kami menapak ke Dewan Taming Sari, lokasi konvokesyen diadakan. Entah kenapa Ayah secara tiba-tiba tidak mahu ikut, dia mahu tinggal di kereta sahaja.


Disebabkan satu kad jemputan bersamaan dengan dua pas masuk, saya dan Adik tinggal di luar, manakala Ummi dan Angah masuk ke dalam dewan.


Baru jam 12.45pm, sudah ramai yang mengambil tempat. Dapat jugalah duduk berhampiran televisyen 'live feed' yang disediakan pihak UiTM, dua biji kesemuanya.


Namun, tidak dapat dinafikan yang televisyen LCD ini juga mengundang kemarahan kepada penonton yang tidak dapat masuk ke dewan, sebab keadaannya macam Ultraman, sekejap hidup sekejap mati. (Tolong ambil perhatian, ya! Harap tidak berulang lagi!)


Para pegunjung yang mempunyai kad jemputan nampaknya sudah mula memenuhi dewan sekitar jam 1 petang.

Wah, boleh tahan ramai!

 Saya nampak Ummi! XD

 Akhirnya, budak kacak ini naik ke podium dengan penuh bergaya. Setelah agak lama menunggu - kerana ada graduan Sarjana Muda turut menerima ijazah mereka di sini. (Walhal di sini tiada kursus sarjana muda... Atau memang ditetapkan begitukah?)

Budak kacak bertambah kacak! XD

 Kasihan, sampai tertidur dek keletihan.

Sempat lagi berposing di banner konvokesyen!

Maka, selesailah hari bahagia bagi budak kacak nan seorang ini. Semoga sukses selalu ya!