Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Komik : Kapsyen YouTube Merapu

Imej
Tragis sungguh kapsyen... Eh, sarikata... Eh, apa-apa sahajalah. (-.-)" Patutkah saya beritahu tuan empunya video? Klik sini untuk kejelasan tahap izhar halqi. :P Notakaki 1: ROFLOL = ROFL + LOL (berguling atas lantai sambil ketawa terbahak-bahak) Notakaki 2: Belum dapat dipastikan lagi jika orang lain dapat baca kapsyen / sarikata / CC yang sama, di video sama menggunakan komputer berbeza. Namun saya sudah cuba pakai Firefox dan Google Chrome, dan hasilnya sama sahaja .

Hari Bahagia Abang

Imej
Ya. Rabu lepas adalah hari bahagia buat manusia yang tweet benda alah di atas ini. Lama benar nampaknya kalau hari ini baru nak pos. :P (...) Rabu lepas, kami sekeluarga (kecuali Anis yang ditinggalkan di Politeknik - sila rujuk pos lepas) pergi ke UiTM Lendu, Melaka. Kerana benda di bawah ini. Ya, hari Konvokesyen di sana, dan Abang adalah salah seorang penerima diploma yang naik ke atas podium tersebut. Angah sangat gigih kerana mahu sertai kembara ke Lendu ini, disebabkan hari hantar dan pembentangan tugasan (yakni hari tersebut) ditunda.  Abang telah pergi lebih awal, dua hari sebelum konvokesyen, untuk menyelesaikan apa yang patut. Sepanjang dua hari itu juga, dia menumpang tidur di rumah Kak Ira, yang tinggal berhampiran UiTM Lendu. Jadinya, kami singgah di rumah Kak Ira untuk mengambilnya untuk diangkut bersama ke lokasi konvokesyen. Budak bakal naik podium. :P  Kami menapak ke Dewan Taming Sari, lokasi konvokesyen diadakan. Entah kenapa Ay

Anis ke PIS

Imej
*Jenguk kepala sambil mengibas sawang di sekitar* Bila kali terakhir saya pos apa-apa di sini? *Hempuk kepala ke atas meja* (...) Siang tadi pergi menghantar si Anis ke Politeknik Ibrahim Sultan. Ya, adik saya itu secara rasminya bergelar pelajar politeknik hari ini... Err... Semalam. Kursus Pengurusan Acara. Pada tepat jam tujuh, merantaulah kami sekeluarga dari Skudai ke Pasir Gudang, tempat di mana wadi ilmu itu terhampar. Setelah banyak kali sesat dan tertukar arah, akhirnya jumpa juga pintu gerbang utama Politeknik Ibrahim Sultan ini. Lebih sejam jugalah perjalanan jika dicampur masa cari jalan tadi. (sampai terpaksa pakai google maps... Huhu!) Pandangan dari tempat letak kereta Selesai letak kenderaan di tempat disediakan, kami mengiringi (ceewah, iringi!) si Anis ke tempat pendaftaran. Ramai juga yang datang mendaftar hari ini. Mereka juga hadir bersama keluarga mereka. Asalnya kami semua menunggu di hadapan pusat pendaftaran, namun tidak lama kemudian keluar