Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

Satu Rungutan Tahap Ikan Kerapu

Imej
Abaikan tajuk yang merepek itu. Saya memang tidak tahu mahu letak tajuk apa. :/ Saya ada kenal beberapa pekomik daripada unit Komik-M, syarikat PTS. Salah seorangnya adalah Irfan Foner, pelukis komik Smash20 . Umurnya sebaya sahaja dengan Angah dan sekarang sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Dulu dia ada blog dan saya ' silent reader ' blognya, sebelum dia menutup blog itu atas 'sebab yang tidak dapat dielakkan'. Inilah antara karyanya.  Tidak lama lagi sambungan komik ini akan terbit. (^-^) Sebenarnya, saya malas mahu kata apa-apa. Cuma mahu tunjuk ini sahaja. Jujurnya, bolehkah saya minta orang yang menguruskan website PTS agar memastikan info pengkarya di bawah naungannya sentiasa dikemas kini? :/ {Update} Baru tadi saya re-check balik, sudah berubah rupa. :/ Sudah bertukar jadi blog mempromosi potongan rambut (?) XD

Adik dan Beyblade

Imej
"Along, boleh temankan Adik pergi kedai dua ringgit kat Mutiara Rini tu?" "Buat apa nak pergi sana?" "Nak mintak belikan beyblade." Beyblade? "Tidak." Adik mencebik lalu pergi ke arah Umi untuk mengadu. Namun Umi juga menyebelahi saya. Kemudian merayu kepada Ayah, jawapannya juga negatif. Selepas itu merayu kepada Abang yang awal-awal lagi kata tidak sebaik sahaja Adik menyebut perkataan 'beli'. Akhirnya merayu pula kepada Angah yang mana belum sempat dia membuka mulut, Angah terlebih dahulu mengatakan tidak. Dan kitaran merayu agar dibelikan mainan itu bermula semula kepada saya. Saya, Umi, Ayah, Abang, Angah. Eh, mana Anis? Kalau dia merayu kepada Anis dijamin dapat penampar percuma. Sebab itu dia tidak berani. XD [...] Petang itu Abang ke kedai runcit di Mutiara Rini untuk membeli sedikit barang keperluan yang dipesan Umi. Balik sahaja dari kedai, Adik terus menyerbu ke arah Abang, mengharap agar mainan itu juga di