Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Cerai

Saya terfikir untuk tulis mengenai hal ini apabila pensyarah menyentuh topik ini dulu. Lebih-lebih lagi ramai betul artis dan personaliti TV yang bercerai dengan pasangan hidup diorang (wah, satu perkembangan baik bagi saya yang tak minat nak ambil tahu hal artis...). Rasa pelik pulak sebab masa bercinta (sebelum kahwin) boleh serasi. Ni apahal bila lepas kahwin tak boleh nak serasi pulak? Kalau takde anak boleh terima la jugak. Ni dah ada anak pun boleh bercerai gak. [...] Punca penceraian memang banyak, antaranya seperti kehadiran 'orang ketiga', tiada keserasian, dan tidak bahagia bersama pasangan mereka tu. Semuanya bersandarkan HATI. Tapi entri ni bukan nak fokus kepada hal itu, tetapi pasal kesan yang dihadapi mereka yang terlibat dalam perceraian tersebut, terutamanya si anak. Ada orang mengatakan, 5 tahun pertama pasca perkahwinan adalah untuk mengenal hati budi pasangan kita, 5 tahun kedua pula adalah untuk mencari keserasian antara kita dan pasangan hidup. Jika berjay

Shootz-ed!

Imej
Komik Shootz! jilid ketiga. Dapatkan di pasaran sekarang! Huhu~~ "Salam. Ain, komik Ain hari tu ada dalam Komik-M ke? Huhuhu. Tahniah!" Bila terbaca mesej yang dihantar Kak Sabihah, senior merangkap ketua usrah saya sewaktu semester 4, saya canggung seketika. Komik? Yang mana satu? Memang saya tak ingat langsung. Jadi saya bertanya menerusi SMS, "Er... Yang mana satu ye, kak? Huhu..." Balasan yang diterima sungguh mengejutkan. "Ain, Zati dan Komik Shootz!" Eh? [...] Disebabkan rasa tidak tenang, saya ambil keputusan untuk ke MPH Bookstores di Jusco Taman Universiti. Setakat ini, selain MyNews, hanya kedai itulah yang paling hampir dengan rumah kalau hendak mendapatkan komik terbitan Komik-M. Angah dan Mirul menemani, kerana di sana juga ada wifi percuma. Angah online di Arena, sementara Mirul mengikut saya ke MPH. Sesampainya di sana, Mirul dengan lajunya melangkah ke arah seksyen komik, sementara saya meneliti novel Rayyan Fantasi, karya terbaru Ramlee Aw

Eksperimen Entah Apa-Apa (;P)

Imej
Malam. Saja-saja on suis wifi laptop walaupun rumah tak ada internet. Ayah memang sengaja tidak mahu melanggannya, kerana sikap Adik. Pernah sekali Ayah bawa saya dan Adik ke pejabat dan meninggalkan kami di situ buat sementara waktu, dan saya menangkap Adik yang menaip 'Bohsia' di ruangan carian Youtube. Tiba-tiba Laptop mengesan sesuatu. Ada talian internet berhampiran dengan rumah (ada jiran pakai boardband Streamyx) Teringat kata-kata seorang blogger, pelanggan Streamyx biasanya takkan tukar password jalur lebar mereka. Semuanya sama. Malah blogger itu turut memberitahu password bagi Streamyx itu. (Saya takkan beritahu, kalau nak tahu carilah sendiri...) Jadi saya mulakan eksperimen saya. [...] Hipotesis: Pelanggan Streamyx tidak akan tukar password default mereka. Ya. Hana itu adalah jiran saya yang pakai Streamyx. Dialah bahan ujikaji bagi eksperimen ini. Ngee~~~ Isikan password yang blogger tu war-warkan... [...] Hasi

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an

Budak-budak yang lahir pada tahun 80/90an mesti ingat masa sekolah rendah dulu: · Di sekolah ada salesman jual buku cerita. Hari ni bagi senarai, esok minta duit untuk beli walaupun cerita buku tu dah tahu. Salesman susu pun macam tu juga. · Di perpustakaan, budak-budak memang baca buku, tapi cuma setakat tengok gambar je. Bila ada program Nilam, baru semua sibuk nak pinjam buku. · RMT di sekolah makan tak best, tapi yang berduit pun join RMT. Tak faham... · Pakai kotak pensel yang boleh buka depan belakang, lepas tu ada pengasah pensel di tengah-tengahnya. · Main lawan pemadam, sayang nak guna untuk padam. Padahal itulah fungsi sebenar, untuk padam! · Pakai pembaris yang bergerigi, di dalam ada air, lepas tu ada benda berkilat-kilat dalam air tu. Dah jadi macam mainan pulak. · Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ada pemegang di tengah-tengah, tapi tak pernah nampak cikgu pegang pun di situ. · Bulu ayam jadi ramping kerana sering dijadikan rotan. · Masa pendidikan seni, lukis

Kebisingan

DANG! DANG! DANG! Senyap. KREOK! KREEK! KREOK! KREEEK! Senyap. DANG! DANG! DANG! DANG! Senyap. WEEEEEEEEEENNNNNGGGGGGG!!!!!!!!! Senyap semula. Ikutkan hati mahu saja ditebuk dinding sebelah pejabat ni, nak suruh mereka diam. Bising sangat! [...] Itulah yang berlaku sejak kebelakangan ini. Orang di sebelah firma tempat saya menjalani latihan industri sering buat bising. Kuat pulak tu. Ada masanya sampai bergegar lantai. (-.-") Sekarang ni pun saya pening kepala sebab bising sangat. Dia sedar ke tak ada pejabat sebelah tempat kerjanya tu? [...] "Agak-agaklah, kenapa orang sebelah bising sangat?" soal saya kepada Tera, juga pelajar Latihan Industri dari UiTM. "Diorang MUNGKIN renovate pejabat," jawabnya. "Tapi kenapa bising sangat? Bukan cuma perlu pasang partition sajakah?" soal saya lagi. "Mungkin bosnya banyak duit nak guna dinding betul..." kata Tera lagi sambil angkat bahu. Saya cuma angguk perlahan di tengah-tengah kebisingan itu. [...]

Carut-Karut-Marut

Imej
Hoho... Asal usul mencarut... (Kerja siapalah ni...) Ada sesetengah orang bila marah atau melatah mesti terkeluar 'perkataan-yang-tak-patut disebut' atau bahasa lebih mudah, mencarut. Ada pula sesetengah orang yang kalau tak mencarut satu hari tak tenteram hidup. Hmm... tak tahulah siapa manusia pertama di dunia ini yang mengasaskan aktiviti mencarut ni. (Syukur kepada ALLAH saya dilahirkan sebagai orang yang benci mencarut... Huhu) Namun, siapa yang mencarut sebenarnya tanpa disedari mengurangkan nilai maruah dirinya. Lebih-lebih lagi masyarakat di Malaysia ini (lebih-lebih lagi kaum Melayu) pada asalnya memang masyarakat yang bersopan santun. Sememangnya suatu perkara taboo untuk mencarut. Mungkinkah era modenisasi menyebabkan mencarut yang dulunya dipandang serong kini menjadi sesuatu yang biasa, yang mana jikalau tidak mencarut menunjukkan anda seorang yang 'skema', 'nerd' atau apa-apa yang sewaktu dengannya? Hmm... Tak pastilah pula... Namun yang menyebabk

Ralat Hati

Imej
Ada dua perkara yang meralatkan hati saya bulan ini. Memang tersangat ralat kerana kedua-duanya amat penting sebagai seorang pelajar Diploma (DDQ) di Unitekma (UTM International Campus). [...] 1) KST dah tiada!!! Ya, macam di atas, KST kini dalam kenangan. Sudah tiada... Huu~~~ Kini pelajar Diploma di bawah SPACE. Lebih tepat, 'Program Perdana SPACE'. Berkuat kuasa 10 Jun lepas. Tiba-tiba terasa tua pula... Huhu.... [...] 2) Studio QS A201 dan A206 sudah tiada! Ya. Yang ini memang tak disangka langsung sebab memang dah ada perancangan untuk mer enovate studio. Saya juga pernah lihat pelan renovasi studio semester lepas. Apa dah jadi? Rujuk sini . [...] Ya, dua perkara itulah yang meralatkan hati. Oh ya, juga bila Angah membawa pengecas kamera bersamanya. Kameranya ditinggalkan. Cis!

Oh Pening Lalat...

Imej
Untuk menjadi seorang Juruukur Bahan (Quantity Surveyor), seseorang itu bukan sahaja perlu hebat dalam subjek Matematik. Dia juga perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Kenapa? Eh, tak jelas ke? (Klik untuk besarkan...) Maka, perkuatkanlah diri dari segi ketahanan mental kerana apabila berkerja (atau praktikal), inilah sebahagian kecil daripada apa yang anda akan lihat sepanjang masa. Huhu.... Yalah, praktikal berbeza daripada teori dan kerja studio. Kerja studio pun rasanya lagi mudah daripada kerja praktikal. p.s : Entri ni ditaip sebab dah pening kepala kira rasuk bumbung untuk stadium... Boleh pulak makin bertambah rasuknya di pelan baru, spesifikasi jauh beza pulak tu dengan yang lama... Dah kena kira balik... Huhu...(-.-")

Meta-Fizik

Metafizik ialah ilmu yang berhubungkait dengan perkara yang mistik dan paranormal. Antara perkara yang terangkum dalam ilmu ini ialah penilikan nasib berdasarkan tarikh lahir, nama dan sebagainya. Sains, macam kita sedia maklum, mesti melibatkan kajian dan penyelidikan yang adakalanya makan masa bertahun-tahun untuk lengkap. Kalau sains metafizik? [...] Em... Rasanya ramai dah sedia maklum tentang kewujudan buku 'Bongkar Misteri Tarikh Lahir Anda' hasil tulisan Rozzani Din. Lagipun hujung tahun lepas dah beberapa kali buku ini berada di top 5 buku terlaris setiap minggu. Disebabkan rasa ingin tahu saya pun belilah buku itu dan mencuba 'kaedah pengiraan numerologi' yang telah ditunjukkan di dalam buku tersebut. Dan hasilnya? Saya mendapat kod asas 2 dan kod jutawan 6. [...] Kod asas: 2 Seorang yang mahir dan memiliki personaliti menarik. Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. Peramah dan mementingkan kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Lembut hati dan pe

Telur Yang BUKAN Telur (-.-")

Imej
Sejak akhir-akhir ni saya suka sangat buka wikipedia dan google . Dan saya terjumpa ini. Artikel mengenai telur ayam tiruan di China!!! Orang China sungguh hebat dalam menciplak (Opps, rebrand sebenarnya) Ciplak telur ayam tu..... Nampak lebih kurang sama, kan? (yang bertanda itulah 'telur' tiruan) Kaedah menghasilkan telur ayam tiruan: Mereka yang telah menikmati telur tiruan ini menyatakan bahawa rasa 'telur' ini setelah dimasak lebih kurang sama (ada juga kata lebih sedap) kalau dibandingkan dengan yang asli. (-.-") Gila! Apa-apapun saya pasti telur ini tidak akan di approve oleh Kementerian Kesihatan kerana mengandungi alum ( aluminium , Al) yang berbahaya kepada tubuh manusia apabila dimakan dan menjadi punca penyakit Alzheimer ... Oh, seperkara lagi, salah satu bahan untuk menghasilkan telur tiruan ni ialah kalsium karbid ( calcium carbide , CaC 2 ) yang menghasilkan gas acetylene apabila dicampur air. Bagi yang arif dalam kimia atau tahu pasal 'kimpa

Komik (1)

Imej
Huhu... Saya pernah kata nak upload komik kat sini. Hm... Ni trial comic 'Pengawas Aman'. Komik percubaan 4 page. Maaflah kalau ada kekurangan di sini ya. Enjoy the comic ! (Klik untuk pandangan 'tak-pakai-kanta-pembesar'... Huhu) (Dari jauh kedengaran, "Woi! Study lah!" Hehe...)

Buat Kopi, Fotokopi...

Imej
Wah, lama jugak tak update blog ni... Buzy memanjang semester 4 ni... Huhu... (-.-") Sengaja memberi pendapat terhadap isu yang dibangkitkan beberapa minggu lepas - Pelajar praktikal diberi tugasan remeh sepanjang tempoh Latihan Industri (LI) - yang menimbulkan rasa kurang senang terhadap para pensyarah (khususnya En Yus, sampai nak hantar surat balas tu... Cuma dia tak tau surat khabar mana satu yang melaporkannya...) Okey, kalau kata-kata sesetengah pihak menyatakan bahawa tidak ada panduan kepada pihak majikan untuk memberikan latihan sewajarnya kepada pelajar praktikal, saya akan sangkal perkara ni. Weh, ADA LA BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI! Buktinya: Buku LI daripada UTM KL untuk pelajar LI. (Buku panduan tu yang warna pink tu) Kalau pasal buat (bancuh) kopi dan buat fotokopi (antara kerja remeh yang dilaporkan), tu memang tak boleh nak kata apalah, sebab para senior pun mengaku. Ada beberapa orang tu beritahu yang kebanyakan masa dihabiskan untuk baca suratkhabar je (jujur

Huh? - FBI bagi USD 1.6 juta?

Imej
Petang tadi saya mendapat emel yang cukup menghiburkan hati. Kenapa? Sila baca di bawah. (Saya tak letakkan sekali alamat emel si 'bijak' yang menghantar benda ni kat saya... Malas...) [...] Federal Bureau Of Investigation . Anti-Terrorist and International Fraud Division. 935 Pennsylvania Ave, NW Washington, DC 20535 USA ATTENTION: BENEFICIARY This e-mail has been issued to you by the Federal Bureau of Investigation in order to Officially inform you that we have completed an investigation on an International Payment in which was issued to you by an International Lottery Company which was designated to be allocated from Nigeria. According to our completed investigation, a Multi-National Lotto company located in Nigeria launched a Lottery System whereby a Software is built to randomly select different alphabets and then select different domains and whichever e-mail seems valid and working wins. According to our discovery, your e-mail address has

Tak kisah, tapi...

Saya tak kisah kalau teknologi pengklonan digunapakai. Tapi kalau ye pun jangan le klonkan orang. Kesian bayi klon tu sebab hukumnya lebih kurang sama dengan anak luar nikah (yakah? Nanti saya tanya Ustaz Nik...) dan bila bayi klon tu membesar, mesti dia tertanya-tanya siapa ibu bapanya yang original. Kalau tak silap bayi-bayi klon semuanya dikandungkan 'ibu tumpang'. Kalau gatal sangat nak guna teknologi pengklonan, guna ia ke arah yang lebih baik, macam klon biji kelapa sawit ke, klon anggota badan untuk tujuan perubatan ke... [...] Saya tak kisah kalau para suami mengamalkan poligami. Tapi kalau ye pun tengok-tengoklah yang diri tu mampu ke tak. Mampu tanggung dua atau lebih keluarga serentak. Macam peribahasa, ukur baju di badan sendiri... Dan yang menjadi bakal madu tu kalau ye pun janganlah macam Siti Nurhaliza, (anak dara, muda, cantik, berharta). Islam membenarkan poligami atas dasar melindungi kaum yang lemah, bukan sebab nafsu. Jadi ikut panduan tu. Kahwin janda ke (b

Saya, PRK 2010 dan Komik.

Imej
Lama tak buka blog. Lebih-lebih lagi minggu ni minggu test . Ya, hari ni nak cerita 2 benda sekaligus! Haha... 1) PRK 2010. Pilihan raya kali ni lain sikit. Sebab takde kempen, leaflet yang menimbun dan manifesto yang berapi macam PRK tahun lepas. Tau-tau je ada PRK dua tiga hari sebelum tarikh membuang undi (semalam). Kebetulan saya ada test Ukur Binaan pagi tu, jadi saya pergi mengundi pada petangnya (studio dengan dewan dekat je...) Mana- mana je ada poster macam di bawah. Tapi semua pelajar yang dicalonkan tu pelajar Unitekma (UTM) Skudai... Woo... Yang kenal cuma Abang Frany je... Ahaha... Menyempat lak orang tu... Dan mereka di bawah adalah mereka yang menang tanpa bertanding dalam PRK Unitekma KL 2010. Orang yang saya betul-betul kenal cuma Hazrai sorang je. Yang lain ingat-ingat-lupa. Tahniah kat korang. Semoga korang menjalankan tanggungjawab dengan jujur, adil dan saksama sekali... 2) Komik Saya pernah aim nak publish komik pada usia 20 tahun. Tapi dah masuk tahun 2010 ni tib