Kebisingan

DANG! DANG! DANG!

Senyap.

KREOK! KREEK! KREOK! KREEEK!

Senyap.

DANG! DANG! DANG! DANG!

Senyap.

WEEEEEEEEEENNNNNGGGGGGG!!!!!!!!!

Senyap semula.

Ikutkan hati mahu saja ditebuk dinding sebelah pejabat ni, nak suruh mereka diam. Bising sangat!

[...]

Itulah yang berlaku sejak kebelakangan ini. Orang di sebelah firma tempat saya menjalani latihan industri sering buat bising. Kuat pulak tu.

Ada masanya sampai bergegar lantai. (-.-")

Sekarang ni pun saya pening kepala sebab bising sangat.

Dia sedar ke tak ada pejabat sebelah tempat kerjanya tu?

[...]

"Agak-agaklah, kenapa orang sebelah bising sangat?" soal saya kepada Tera, juga pelajar Latihan Industri dari UiTM.

"Diorang MUNGKIN renovate pejabat," jawabnya.

"Tapi kenapa bising sangat? Bukan cuma perlu pasang partition sajakah?" soal saya lagi.

"Mungkin bosnya banyak duit nak guna dinding betul..." kata Tera lagi sambil angkat bahu.

Saya cuma angguk perlahan di tengah-tengah kebisingan itu.

[...]

Baik, satu persoalan yang kini mula berlegar di kepala (sebelum ni pernah terfikir juga... Tapi lupa balik...)

Cuma perasaan saya sahajakah, atau memang firma ukur bahan selalunya 'halimunan'?

Ulasan

n.a.n.i.e berkata…
ape maksud "halimunan" tu. Ngeri je denga...
yiyiafiqa berkata…
Halimunan ialah invisible... Huhu...

Tak adalah, mungkin sifat kerjaya juruukur bahan yamg seumpama 'di bawah tabir' yang menyebabkan takde siapa yang perasan kewujudan firma ukur bahan ni. Nak kena check satu-satu pintu pejabat baru jumpa... Tu je...

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an