InfluenzA

Wabak Influenza A atau H1N1 (juga dikenali sebagai selesema 'khinzir'... Kikiki, memandai je ubah nama penyakit...) dah makin menjadi-jadi sekarang ni. Dahlah baru-baru ini SMT Perdagangan JB dah cuti seminggu sebab disyaki terkena wabak tu. Bayangkan, 200 orang demam serentak (ni kawan cerita la...) dan atas alasan itu, Umi tak bagi balik rumah selama beberapa minggu. Katanya, lebih baik mencegah daripada mengubati. Saya? Akur je la...

Lagipun di sini, ramai gak yang jatuh sakit. Tiap-tiap hari bila jenguk Pusat Kesihatan @ Klinik, berderet orang nak dapatkan rawatan. Dan semuanya mempunyai masalah yang sama: demam, selesema, batuk, sakit tekak, pening kepala. Saya pun kena 2 minggu lepas, selesema, pening kepala dan sakit tekak. MA Amir pulak tersenyum bila saya tanya sama ada saya akan disumbat ke dalam ambulans untuk dibawa ke HKL (taulah kenapa...) ataupun tidak. Alhamdulillah, sakit saya cuma disebabkan oleh keadaan jerebu yang menyelubungi suasana KL ni. Bukan sebab terkena wabak Influenza A tu.

[...]

Seorang pelajar Unitekma (UTM) disyaki dijangkiti H1N1! Dan dia sama seksyen dan kelas dengan saya! Kini dia dikuarantinkan. Patutlah tak nampak dia akhir-akhir ni.

Puncanya tak diketahui, tapi dengar cerita beberapa hari sebelum itu dia ada tolong hantar kawannya, pelajar UiTM, ke Pudu (Tahu kan, sekarang ni dah 4 UiTM dah ditutup selama seminggu disebabkan kes H1N1). Kemudian, dia alami demam-demam. Bila pergi Pusat Kesihatan dan selesai diperiksa, doktor dan MA Amir pandang kawan saya ni semacam je. Tau-tau dia dah disumbat ke dalam ambulans dan dihantar ke hospital berhampiran (HKL la...)

Roomate dia pulak, macam mana? Jangan tanya saya.

Lea ni pulak, boleh lak dia persoal kenapa Unitekma tak tutup-tutup lagi... Cakap je la nak cuti free seminggu... Hehe...

[...]

Kat asrama APH sekarang ni macam ada perlawanan balas batuk, ramai juga yang batuk (dengan suara yang kuat) di sini. Majoriti pelajar kat sini alami batuk-batuk dan ada yang demam. Saya pun batuk-batuk gak sekarang ni. Batuk je, demam tak. Ni berjangkit la ni dari budak bilik sebelah...

Dahlah jerebu pun belum reda betul-betul. Tak pelik la kalau ada kes batuk-batuk buat masa ni. Batuk dan rengsaan pada saluran pernafasan adalah kesan biasa jerebu terhadap kesihatan manusia.

Taty pun suruh saya ke Pusat Kesihatan, dia alami batuk-batuk jugak. Kak Yam pula cadangkan supaya saya makan aiskrim yang krim (ala, macam perisa wanila atau butterscotch) untuk hilangkan batuk. Tapi, bolehkah? Bukan makan aiskrim nanti makin teruk ke batuk tu?

Hmm...

[...]

Saya ingat wabak ni dah reda, ye la baru beberapa hari takde kes, tapi alih-alih makin teruk lak. Memang pandemik betullah.

Mungkin saya akan ke Pusat Kesihatan sehari dua ni... Tapi ada ke ubat batuk kat Pusat Kesihatan tu yang tak mengantuk? Tak nak la tertidur dalam kelas macam hari tu... (tapi masa tu bukan masa lecturer mengajar tau, tapi masa 'Take 5' atau 'Take 10')

Entah-entah orang-orang kat Pusat Kesihatan sekarang ni semua pakai topeng pernafasan... Huhu... Ye la dah ada kes H1N1 dah.

MA Amir, mintak topeng pernafasan satu!

***Update***
Hari ni tambah satu lagi kes. Sama tahun, lain seksyen. Puncanya pun tak tau gak, tapi mereka yang sama course dengan pelajar tu cakap yang dia mula demam-demam lepas hantar ibunya ke lapangan terbang.

Betul gak, virus ni memang ada sangkut-paut dengan lapangan terbang.

Agak-agak bila la vaskin untuk penyakit ni siap dicipta ya... Kesian pulak pada mereka yang kena kuarantin tu...

Ulasan

yiyiafiqa berkata…
Oh, kat UTM International Campus, KL. Tapi setakat ni dah 2 kes H1N1 (to date)

Kekadang heran gak sebab UiTM takde foreign student macam UTM, tapi dah 5 cawangan dia tutup seminggu. (garu kepala)UTM takde lak problem.

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an