Epilog (kau dan aku)
Aku
Seorang manusia
Tetap ada cela.
Dan kau
Bermegah-megah
Menganggap dirimu
Paling sempurna.
Mengapa kau menghina
Mereka di bawahmu
Dan memaksa mereka
Mengikut rentakmu?
Dan mengapa kau
Tidak mampu menerima
Perbezaan yang ketara
Antara kau dan aku?
Dan juga
Mengapa kau
Lebih rela menjatuhkan
Mereka yang mengecapi kejayaan
Sehingga jatuh tersungkur
Dan kemudian tertawa takbur
Daripada kau bersaing dan berkerjasama
Dan menikmati kejayaan bersama?
Tiadakah kau sedar
Bahawa kau dan aku tetap sama
Di mata Tuhan yang Esa
Tidak kira tinggi pangkatmu
Dan rendah darjatku
Di muka bumi ini?
Dan tiadakah kau sedar
Bahawa apa yang kau miliki
Boleh hilang sekelip mata?
Sedarlah,
Kau tetap seorang manusia
Yang tetap ada cela
Sama sepertiku
Walaupun jasadmu
Dan mindamu
Sempurna sifatnya.
Dan aku
Adalah aku
Masih seorang manusia
Yang tetap ada cela
Yang tiada sempurna.
Notakaki: jangan tanya apahalnya dengan sajak ni, saya pun tak tau kenapa saya taip macam ni. Huhu...
Seorang manusia
Tetap ada cela.
Dan kau
Bermegah-megah
Menganggap dirimu
Paling sempurna.
Mengapa kau menghina
Mereka di bawahmu
Dan memaksa mereka
Mengikut rentakmu?
Dan mengapa kau
Tidak mampu menerima
Perbezaan yang ketara
Antara kau dan aku?
Dan juga
Mengapa kau
Lebih rela menjatuhkan
Mereka yang mengecapi kejayaan
Sehingga jatuh tersungkur
Dan kemudian tertawa takbur
Daripada kau bersaing dan berkerjasama
Dan menikmati kejayaan bersama?
Tiadakah kau sedar
Bahawa kau dan aku tetap sama
Di mata Tuhan yang Esa
Tidak kira tinggi pangkatmu
Dan rendah darjatku
Di muka bumi ini?
Dan tiadakah kau sedar
Bahawa apa yang kau miliki
Boleh hilang sekelip mata?
Sedarlah,
Kau tetap seorang manusia
Yang tetap ada cela
Sama sepertiku
Walaupun jasadmu
Dan mindamu
Sempurna sifatnya.
Dan aku
Adalah aku
Masih seorang manusia
Yang tetap ada cela
Yang tiada sempurna.
Notakaki: jangan tanya apahalnya dengan sajak ni, saya pun tak tau kenapa saya taip macam ni. Huhu...
Ulasan