Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2011

Abang Mirul dan Malam Puisi Riong

Imej
Saya membaca artikel bertajuk 'Janji tetap janji' di ruangan Sastera, akhbar Berita Harian Khamis lalu. (Lambatnya, hari ini hari Sabtulah!) Sedang membaca artikel tersebut, mata tertancap pada ayat berikut. Penampilan personaliti TV3 yang baru menamatkan zaman bujangnya, Ahmad Fedtri Yahya, menghidupkan majlis malam itu dengan celoteh bersahaja sehingga jurukamera, seorang pelajar dan beberapa deklamator tidak terlepas daripada usikan mesranya. Meskipun sedar mereka disakat Ahmad Fedtri, baik jurukamera mahupun pelajar yang diminta secara spontan mendeklamasikan sepotong puisi dengan gaya mereka sendiri, tidak seorang pun menolaknya dan menjawab semua soalan diajukan manakala penyanyi lagu puisi, Ahmad Ramli, tidak sedar busananya juga menjadi bahan usikan! Serta-merta saya tersenyum. [...] Malam Sabtu, 24 September 2011. Akhirnya dapat juga ke Malam Puisi Riong yang diadakan di Pesta Konvo UTM. Saya bersama Mirul @ Abang (yang pulang sebentar dari UiTM Lendu, Me