Catatan

Tunjukkan catatan dari 2009

Yang pelik-pelik... Bagi sayalah.

Imej
Gambar-gambar ni diambil masa cuti semester lepas. Bagi saya peliklah. Kalau orang lain tak pelik tak taulah. [1] Dongak atas langit... Eh, apa tu? Benda apa yang tergantung kat kabel telefon tu? Zoom sikit, biar nampak. Eh, macam pernah nampak. Zoom lagi. Eh, ni macam... Pergi dekat sikitlah... Eh, ni kan pengecas handphone ? Macam mana boleh tergantung kat atas tu? [2] Angah baru balik dari kedai. Tiba-tiba dia memanggil saya masuk ke bilik. Kemudian, Angah menunjukkan not RM10 dan bertanya, "Nah. Along tengok ni. Apa yang pelik dengan duit ni?" Lama juga saya tenung duit tu (gambar di atas). Dibelek-belek duit tu. Macam asli. Tapi macam ada kurang, apa ya... "Along, ni duit palsukah?" tanya Angah lagi. Saya angkat bahu tanda tidak tahu. Duit tu saya tunjukkan kat Umi. Umi pun confuse sama ada duit itu asli atau tak. Selang beberapa hari kemudian, Angah gunakan duit tu untuk online di kafe siber berhampiran rumah. [...] Tu je nak cerita... Huhu... (^-^)

Kartun.

Imej
Salam Maal Hijrah! Lambat sangat nak wish . Patutnya semalam. Lagipun dah lama sangat tak update sejak entri terakhir ditulis. Ni baru ada masa. Sepanjang cuti, Ayah beri ' assignment ' suruh terjemah nota-notanya daripada bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Dua minggu pertama kerjanya tu je la. Baki dua minggu lagi digunakan untuk menconteng-conteng. (Tengok gambar kat atas) Tiba-tiba terdengar kata-kata Angah yang melihat dari tadi, "Along bila nak ada komik sendiri? Yang betul-betul di publish tu." Alahai... Along belum sedialah, wahai 'tuan puteri buluh tumpang' ku sayang... [...] Saya mula melukis kartun sejak darjah 2. Waktu tu majalah Along (ala yang macam kucing tu...) sangat famous . Jadi saya cuba melukis balik karakter Along tu. Bila dah berjaya, saya cuba karakter Usop Sontorian pulak. Walaupun tak berapa jadi, tapi saya tetap puas hati. At least ada la rupa Usop Sontorian tu. Oh ya, saya cuma reti (tak berani nak kata 'pandai', banyak

Satu Tahun

Imej
Huhuhu.... Sedar tak sedar dah setahun dah umur blog ni. Cepat betul masa berlalu... Ya, di sinilah tempat saya melepaskan apa yang terpendam kalau ada yang tak puas hati, tempat saya berkongsi ilmu yang saya rasa patut disebarkan dan tempat saya mengimbas kembali memori silam yang tak indah tapi amat menyeronokkan. Dan sedar tak sedar saya dah lebih setahun berada di UTM City Campus... Eh silap, International Campus, Kuala Lumpur. Banyak betul perubahan (ada yang agak drastik) sepanjang tiga semester di UTM KL ni. Kadang-kadang tak suka langsung dengan perubahan yang dihadapi (rasa macam tak mahu je hadapi), tapi adakalanya benda yang tidak disukai itulah benda yang terbaik untuk kita. [...] Saya rindu.... Rindukan masa lepas. Rindukan zaman budak-budak bodoh-bodoh dulu... Zaman sekolah agama yang selalu tertinggal bas (nasib baik pejabat Ayah dekat je...) dan ustaz yang mengajar kami pun join bebudak lelaki kelas main beyblade (ala benda alah yang macam gasing tu) di belakang kelas

Ke-Ja-Ya-An?

Apakah itu kejayaan? (Diam selama beberapa saat sambil buat muka bodoh) Yang pasti, masing-masing ada pendapat tersendiri mengenai perkara tadi. Namun, bila dah utarakan pertanyaan tadi, muncul pula soalan lain yang kita sendiri tak boleh nak jawab. Apakah formula untuk berjaya dalam hidup? Apakah teknik-teknik untuk mencapai impian kita? Adakah mereka yang hidup kaya-raya tapi tak bahagia itu lebih berjaya daripada mereka yang tiada harta tapi hidup bahagia? Hemm... (sambil garu kepala) [...] Masa kanak-kanak dulu, saya selalu dibandingkan dengan sepupu saya, Ira. Dia selalu dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, terutamanya peperiksaan awam (UPSR, PMR, SPM). Saya pula, dapat keputusan yang 'biasa-biasa' sahaja. "Tengok tu, Along dengan si Ira tu sama-sama makan nasi, tapi apasal dia dapat lagi bagus? Kenapa tak boleh jadi macam dia?" kata Umi masa keputusan UPSR diumumkan dulu. Saya cuma dapat 3A 2B manakala Ira pula 5A. 'Sebab dia makan beras mahal dan al

Huh?

Hari ini, macam biasa, selang 2 hari saya menyemak Inbox emel saya. Cuma hari ini pelik sikit. Kenapa? Baca benda kat bawah tu. Macam tak logik lak bila membacanya. [...] From: VISA CARD AWARDS 2009 Visa Card+ / Msn+ INTERNATIONAL MEGA JACKPOT PROMOTION/CLAIMS DEPARTMENT 440 THE STRAND LONDON, WC2R 0QS ENGLAND, UNITED KINGDOM DIRECTOR:DR.GLENN EDWARD Winning No:VCard/877/798/2009 Email Ref No:VCard/699/33/2009 Notification Date: 12/10/2009 Attn: Winner, AMOUNT WON:500,000.00GBP (Five Hundred Thousand Great Britain Pounds).This email address has brought you an unexpected luck,Your e-mail address was selected and confirmed by our co-sponsor Msn International,through their latest internet software.You are therefore been approved by Visa Card Int./Msn UK the sum of500,000.00 (Five Hundred Thousand Great Britain Pounds). =================================== CONTACT CLAIMS ADMINISTRATOR =================================== NAME: Charles Gibson Email:fdcry_gnt4@hotmail.co.uk Phone # : +44 701

Buka Puasa, KFC, StudioKayu...

Imej
Malam tadi ada majlis berbuka puasa sesama kami pelajar DDQ. Hm... Majlis berbuka puasa di StudioKayu dengan KFC... Jadi, nikmati gambar-gambar yang kurang semenggah ni... Huhu... [...] Mas muncung bila dapat KFC... Huhu... Wildan tutup muka... Ahaks! (pelik lak kenapa dia nak tutup mukanya...) Shamin dan Shifa berposing dengan KFC yang diterima... Mengagih makanan kepada tetamu yang hadir... Sama macam di atas... Cuma yang ini minuman pulak... Nisya... Kenapa? Wildan tension sebab dari tadi kena ' snap '... Ahaha... Ya... Peminat Liverpool (dan kereta Ilmu yang sememangnya unik...) Dan tuan punya kereta... Hantu Puasa... [...] Ya, ini ' highlight ' je. Sekadar foto. Yalah, bak kata pujangga, sekeping gambar menceritakan lebih daripada 1000 kisah... Huhu...

Hilang dan Curi 3

Cerita ni nak kata dah lapuk pun boleh gak. Seminggu peram baru nak masuk... Huhu... Busy dengan assigment ukur binaan, ekonomi, undang-undang... Kisah ini diceritakan oleh En Yus sendiri sewaktu kelas Undang-Undang Kontrak dan Agensi. Almaklumlah En Yus suka sangat bercerita... [...] En Yus pulang dari kembaranya Rabu lepas. Ye la masa tu kan minggu konvo UTM. Sampai di rumahnya dia perasan sesuatu yang berbeza. Pokok bunga kemboja yang ditanamnya telah hilang. [...] Dia rasa hairan. Marah. Lucu. Ada tiga pokok kemboja yang ditanam di halaman rumah En Yus. Satu di dalam pasu manakala dua lagi ditanam di atas tanah. Satu daripada pokok yang ditanam atas tanah itu ialah pokok bonsai. Yang dalam pasu dia tak berapa pelik, kerana ye la dah namanya dalam pasu, mesti senang nak ambil. Ini bonsai kecik yang ditanam atas tanah itu pun dicabut dan dibawa lari sekali. Sanggup si pencuri tu nak cabut pokok tu... [...] Petang tu dia pergi jelajah 1 kawasan perumahan tempat dia tinggal. Menurut j

SPK di bulan Ramadhan

Imej
Situasi: Dalam kelas English for Profesional Communication , jam 10.20 pagi. Nota: Saya (Ain) , Eton , Lily . [...] (log on) Ain, awak pagi tadi bangun sahur tak? Bangunlah. Pukul 5. Kenapa? Kenapa awak tak kejut saya sahur sekali? Awak tak suruh... Bila tidur malam tadi? Pagi tadi tido kul 2 lebih... Ingat kul 4 nak bangun sahur... Tapi x bangun pun. Habis bangun pukul berapa? 8 pagi... Terus mandi... Lapar. Ngantuk. Malas nak belajar. Tido je. Aku pun dah malas. Tinggal salin je. Lambatnya habis kelas... Petang ni pegi bazaar. (Angguk) Apa tu? Ya... (Dalam kurungan, pergerakan fizikal) Hahaha... (setan gelak) ...Pas class aku nak makan maggi... Jom join sekali... Lupa ko x puasa. Ptg ni pegi bazaar x? Pas habis kelas Ekonomi... Nak... Nak beli air tebu... Hahaha... Hijau... hijau... putih??? Beli air tebu la... Hahahaha. Hijau lumut la best. Lumut apa kejadahnya? Hijau putih tu kuih pelita lol... Dah, dah. Baru pukul berapa ni, Dah cakap pasal petang nanti... (log off) sebab tau-ta

Kenapa Yahudi bijak?

Ada sesiapa terfikir tak macam mana kaum Yahudi pada masa sekarang mendominasi hampir kesemua sektor di dunia ini? Dan macam mana kaum Yahudi tu boleh jadi lebih maju daripada orang-orang Islam? Sejak terbaca entri blog En Saiful mengenai perkara ini tak lama dulu, saya rasa ragu-ragu sedikit. Takkan itu saja puncanya? Mesti banyak lagi. [...] Entah macam mana, baru tadi masa melahu kat alam maya ni, terjumpa artikel kat bawah ni. Dan semua yang saya ragukan telah terjawab di sini (dengan jayanya). Jadi, kalau ada masa, bacalah. Sekadar menambah pengetahuan... [...] Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, kejuruteraan, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perni

InfluenzA

Wabak Influenza A atau H1N1 (juga dikenali sebagai selesema 'khinzir'... Kikiki, memandai je ubah nama penyakit...) dah makin menjadi-jadi sekarang ni. Dahlah baru-baru ini SMT Perdagangan JB dah cuti seminggu sebab disyaki terkena wabak tu. Bayangkan, 200 orang demam serentak (ni kawan cerita la...) dan atas alasan itu, Umi tak bagi balik rumah selama beberapa minggu. Katanya, lebih baik mencegah daripada mengubati. Saya? Akur je la... Lagipun di sini, ramai gak yang jatuh sakit. Tiap-tiap hari bila jenguk Pusat Kesihatan @ Klinik, berderet orang nak dapatkan rawatan. Dan semuanya mempunyai masalah yang sama : demam, selesema, batuk, sakit tekak, pening kepala. Saya pun kena 2 minggu lepas, selesema, pening kepala dan sakit tekak. MA Amir pulak tersenyum bila saya tanya sama ada saya akan disumbat ke dalam ambulans untuk dibawa ke HKL (taulah kenapa...) ataupun tidak. Alhamdulillah, sakit saya cuma disebabkan oleh keadaan jerebu yang menyelubungi suasana KL ni. Bukan sebab te

Sampai Syurga

Ku membenarkan jiwaku Untuk mencintaimu Ku persembahkan hidupku Untuk bersama kamu Dan diriku untuk kamu Belum pernah kumerasa ku begitu Semua itu telah berlalu Harapanku palsu Dan mungkin hari yang satu Terus ku tertunggu Di hatiku masih kamu Belum pernah ku ingin terus memburu Oh... Aku lemah tanpa kamu Ku inginmu dampingi ku Aku fahami aku bukan terbaik untuk dirimu Sampai syurga ku menunggu Sampai syurga ku cintamu Hanya satu Hanya kamu Ku membiarkan hatiku Untuk merinduimu Ku menghamparkan sakitku Untuk tatapan kamu Bersamamu harapanku Hilang dalam terang yang membutakanku Dan segala yang ku ada Ku berikan semua Untuk dirimu saja Ku mahu dirimu Bahagia untuk selamanya Biar sampai syurga Aku menunggu cinta darimu Agar ku sempurna Namun aku tetap aku Yang terbaik untuk diriku Hanya satu Aku lemah tanpa kamu Ku inginmu dampingi ku Aku fahami aku bukan terbaik untuk dirimu Sampai syurga ku menunggu Sampai syurga ku cintamu Hanya kamu Notakaki: Okey, saya tahu yang membaca akan kaitka

Epilog (kau dan aku)

Aku Seorang manusia Tetap ada cela. Dan kau Bermegah-megah Menganggap dirimu Paling sempurna. Mengapa kau menghina Mereka di bawahmu Dan memaksa mereka Mengikut rentakmu? Dan mengapa kau Tidak mampu menerima Perbezaan yang ketara Antara kau dan aku? Dan juga Mengapa kau Lebih rela menjatuhkan Mereka yang mengecapi kejayaan Sehingga jatuh tersungkur Dan kemudian tertawa takbur Daripada kau bersaing dan berkerjasama Dan menikmati kejayaan bersama? Tiadakah kau sedar Bahawa kau dan aku tetap sama Di mata Tuhan yang Esa Tidak kira tinggi pangkatmu Dan rendah darjatku Di muka bumi ini? Dan tiadakah kau sedar Bahawa apa yang kau miliki Boleh hilang sekelip mata? Sedarlah, Kau tetap seorang manusia Yang tetap ada cela Sama sepertiku Walaupun jasadmu Dan mindamu Sempurna sifatnya. Dan aku Adalah aku Masih seorang manusia Yang tetap ada cela Yang tiada sempurna. Notakaki: jangan tanya apahalnya dengan sajak ni, saya pun tak tau kenapa saya taip macam ni. Huhu...

Kejutan

*Rujuk Harian Metro dan Kosmo hari ni. 13 Julai. Jam 7 pagi Mamai sebab bangun pagi belum hilang. Lagipun kelas pada tengah hari, jadi masih melingkar atas katil. (tapi dah basuh muka dan gosok gigi dah...) Tiba-tiba Angah masuk bilik. Dia bertanya dengan penuh direct , "Along, tau tak ada budak KSJ jatuh dari tingkat 4?" "HAH?" Saya terus terbangun, hilang rasa mengantuk tadi. [...] Hostel KSS kecoh dengan peristiwa yang berlaku lebih kurang jam 1 pagi di Hostel KSJ tu. Ramai yang tak percaya yang ada budak yang sama batch dengan Angah (baru 2 minggu masuk tu...) berani buat tindakan macam tu, cuba masuk bilik ikut tingkap. Tingkat 4 pulak tu. Yang senior pun kena fikir beratus kali kalau nak buat macam tu. Budak tu (Allahyarham Khalis, budak course Elektrik Kuasa) macam desperate gila nak masuk bilik, macam la tak boleh telefon roommate dia minta bukakan pintu. Tapi kalau benda nak jadi, jadi jugak... [...] Allahyarham Khalis tu mula dikenali sewaktu MHS. D

KESUMA '09

Imej
PERHATIAN: Entri ini agak panjang, pastikan anda ada masa lapang yang agak lama jika hendak membaca entri ini. 30 Jun 2009 (Selasa) Baru beli makanan di kafe. Ye la saya masuk hostel 1 minggu awal. Nasib baik kafe buka sepanjang minggu tu. Tiba-tiba telefon berbunyi. Nombor Nini muncul di skrin. Jadi saya angkatlah. "Ain, awak boleh tolong saya tak?" InsyaALLAH saya boleh. Tapi apa hal? "Tolong join KESUMA boleh tak?" Hah? [...] KESUMA atau USR ( University Social Responsibility ) ialah aktiviti khidmat sosial yang dilaksanakan oleh pihak universiti. Sebelum ni ada USR diadakan di Temerloh, Pahang. Dianjurkan olek pihak HEM KST. Yang kali ni pulak ke Jeli, Kelantan, oleh pihak KSS. Sebelum ni saya diberi impression bahawa aktiviti sebegini bosan. Tapi ye la tak nak la tau dari orang lain, nak jugak rasa sendiri macam mana aktiviti tu. Dan juga, saya ingat saya dah takde peluang nak ikuti program camni (sehinggalah hari bertuah tu)... [...] Petang tu, di DK1, Naz b