Kartun.

Salam Maal Hijrah! Lambat sangat nak wish. Patutnya semalam.

Lagipun dah lama sangat tak update sejak entri terakhir ditulis. Ni baru ada masa.

Sepanjang cuti, Ayah beri 'assignment' suruh terjemah nota-notanya daripada bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Dua minggu pertama kerjanya tu je la. Baki dua minggu lagi digunakan untuk menconteng-conteng. (Tengok gambar kat atas)

Tiba-tiba terdengar kata-kata Angah yang melihat dari tadi, "Along bila nak ada komik sendiri? Yang betul-betul dipublish tu."

Alahai... Along belum sedialah, wahai 'tuan puteri buluh tumpang' ku sayang...

[...]


Saya mula melukis kartun sejak darjah 2. Waktu tu majalah Along (ala yang macam kucing tu...) sangat famous. Jadi saya cuba melukis balik karakter Along tu. Bila dah berjaya, saya cuba karakter Usop Sontorian pulak. Walaupun tak berapa jadi, tapi saya tetap puas hati. At least ada la rupa Usop Sontorian tu.

Oh ya, saya cuma reti (tak berani nak kata 'pandai', banyak lagi yang perlu dipelajari) melukis je. Bila part mewarna terutamanya pakai warna air, saya fail. Sebab tu bila ada subjek pendidikan seni, selalu dapat B. (-.-")

Umi pun pada masa tu tak berapa berkenan saya melukis kartun, tapi tak pula menghalang sebab minat saya yang satu tu tak mengganggu pembelajaran saya. Sampailah pada suatu hari saya melukis di kampung Umi di Hulu Langat, Selangor. Sepupu saya, Kak Ija ternampak lukisan saya yang baru sahaja siap, mengambilnya (berlaku adegan kejar-mengejar di sini ye...) dan memberikannya kepada Pak Ngah.


"Bagus budak ni," katanya setelah melihat lukisan itu. "Pandai dia lukis. Jarang ada kartunis perempuan sekarang ni..." sambungnya sambil melihat ke arah saya yang rasa macam 'nak cabut muka dan masukkannya ke dalam poket'. Umi yang berada di sebelahnya terdiam mendengar kata-kata Pak Ngah.

Oh ya, Pak Ngah siap ada offer nak hantarkan karya saya ke syarikat penerbitan (dia tak kata syarikat apa) tapi saya tak mahu (sebab merasakan karya saya tak cukup bagus untuk diterbitkan... Lagipun saya melukis sekadar untuk suka-suka je)

[...]

Sewaktu tingkatan 3, saya gatal-gatal nak hantar karya ke Tinta Mutiara, majalah sekolah. Masa tu pun saya masih rasa yang saya tak cukup bagus untuk berkomik, jadi saya pun hantarlah kat sidang redaksi majalah sekolah (dengan rasa penuh tak yakinnya...)

Bila dah publish, saya terus kena 'penyakit'. Disebabkan dah lama tak tengok lukisan tu sejak ia dihantar, bila melihatnya dalam Tinta Mutiara (sebaik sahaja dapat), saya terus ketawa terbahak-bahak. Nampak je lukisan tu saya terus ketawa. Adik-beradik tengok saya macam tengok orang sewel. Seminggu lepas tu baru elok...


Dua-dua gambar di atas tu la karya yang diterbitkan dalam majalah Tinta Mutiara. Bila tengok sekarang terasa malu pulak. Takpe... Amatur lagi masa ni...

[...]

Oh ya. Mesti ada yang tertanya-tanya ke mana perginya 'contengan' (gambar atas sekali) tadi. Adakah akan dihantar ke mana-mana penerbitan? Uhuhuhu!

Taklah... Komik tu cuma untuk saja-saja je. Mungkin komik tu akan dipublish di blog ni jugak. Kalau ikut perancangan asal memang nak buat macam tu pun... (mentaliti terhadap karya sendiri masih sama dengan masa saya kecil-kecil dulu nampaknya... Huhu...)

Lagipun dah hampir 2 tahun tak lukis komik... Setakat menconteng-conteng dan lukis kartun tu adalah. Sikit lagi komik ni nak siap. InsyaALLAH hujung bulan ni settle semua... (^-^)

Sementara tengah tak sibuk minggu awal semester ni, baik siapkan cepat. Komik ni pun sepatutnya siap sepenuhnya pada 12hb lepas... Huhu...

Eeh... Dah dah, saya nak sambung kerja ni... Hehe...;)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an