Trip dan blackout 2

Ini adalah kipas yang menjadi punca segala keharu-biruan di rumah saya... Huhu...

[...]

11 (oops, sebenarnya 12) Jun, Tepat jam 12 tengah malam.

Sedang qada hajat di dalam bilik air. Tiba-tiba suasana gelap gelita. Jadi dalam bilik air yang tetiba gelap tu, cepat-cepat selesaikan apa yang perlu sebelum keluar.

Bila keluar tu memang gelap sangat (maklumlah tengah malam...) jadi meraba-raba untuk ke bilik. Tiba-tiba terpancar satu cahaya yang tak berapa terang dari dalam bilik. Cahaya lampu darpada hp Angah. Tak lama kemudian muncul pula cahaya lampu suluh dari ruang tamu. Lampu suluh yang dipegang oleh Mirul.

"Apahal ni?" tanya saya. Mirul pun memandang Angah yang seolah-olah tahu jawapannya.

"Kipas bengong tu punya pasallah!" jawab Angah.

[...]

(Cerita Angah)

Angah tengah nak pasang kipas meja kat bilik tu, jadi disebabkan keadaannya yang bengong, jadi terpaksa buka 'muka' kipas dan putarkan bilahnya. Biasanya ia terus berfungsi, tapi cuma bertahan dalam masa 2-3 jam sahaja. Tetapi malam tu bilah kipas tu tak bergerak pun. Cuma bunyi 'nnnnggggggggggggg' kedengaran dan bahagian motor kipas tu mengeluarkan cahaya kemerahan.

Cepat-cepat Angah padam kipas tu dan biarkan seketika. Tak lama selepas tu dia cuba pasang balik kipas tu. Dengan segera dia menekan punat '2' pada kipas tu.

Tiba-tiba kipas tu berputar mengikut arah lawan jam (kipas kan pusing ikut arah jam...) sebelum mengeluarkan bunyi 'pop!', menyebabkan seluruh rumah dilanda kegelapan.

Gelap tepat tengah malam.

[...]

"Ni namanya 'trip' ni. Sebab litar overload," kata saya lepas dengar cerita Angah. "Along selalu kena camni awal sem lepas. Kalau check kotak fius, mesti ada yang dah ter'tendang' dalam banyak-banyak suis kat situ."

Terus saya minta Angah mencabut plug kipas meja itu dari soketnya. Dia menurut. Mirul pula, bersama Ayah yang terjaga dari tidur, memeriksa kotak fius.

Lebih kurang 10 minit kemudian Mirul muncul dengan muka sepuluh sen.

"Kenapa tak elok lagi?" tanya Angah kepada Mirul.

"Ayah dah check," jawab Mirul, "dan ayah nak biarkan macam tu sampai besok pagi baru nak betulkan."

Saya pandang Mirul sebelum tepuk dahi.

[...]

"Tolak je la suis tu," kata Angah, geram dengan Mirul yang enggan memeriksa kotak fius tu sekali lagi. Kebetulan saya baru masuk bilik selepas kunci pagar. Dan periksa kotak fius pada masa yang sama. Nak tolak tak berani sebab tangan basah, baru lepas ambil wuduk.

"Tapi tak berani la..." kata Mirul, membuat nada yang agak lemah lembut.

Saya yang baru ambil telekung memandang Angah sebelum kami memandang Mirul serentak.

"Takde apa-apalah. Tak kena kejutan elektrik punya. Tolak je, nanti eloklah tu," kata saya.

"Alah Mirul ni, penakut!" tempelak Angah pula. "Habis, sanggup ke berpanas sampai besok pagi?" soalnya lagi.

Mirul tarik nafas panjang sebelum keluar dari bilik dan berkata, "Doakan Abang ye, takut apa-apa terjadi nanti," katanya dengan nada perlahan tapi cemas. 
(Perhatian: Saya dan Angah memanggilnya dengan nama Mirul @ Yun, tetapi dia membahasakan dirinya sebagai 'Abang' apabila berbual dengan kami)

[...]

Tengah menunaikan solat Isyak.

Dua rakaat pertama samar-samar je, diterangi lampu suluh.
Dua rakaat kedua pula suasana dalam bilik tetiba terang benderang.

Mirul dah tolak suis tu, dan keadaan terus kembali seperti sebelum blackout tadi.

[...]

Selesai saya solat, Mirul masuk ke bilik dengan muka bangga seolah-olah telah berjaya menyelesaikan satu kes yang tersangat rumit. Saya dan Angah saling berpandangan.

"Eleh, tadi cakap takut, takut, sekarang ni dia pula yang nak dapat nama? Tak malu!" Sindiran yang direct mengenai Mirul yang masih berbangga dengan hal sekecil itu walaupun sudah 10 minit berlalu.

Dan Mirul tersengih.

[...]

Sekarang kipas meja tu dah betul-betul rosak. Dahlah sekarang ni fenomena El Nino berlaku lagi. Berpanaslah kami dalam bilik tu.

Tapi syukur Alhamdulillah, petang semalam hujan. Walaupun takdelah lebat mana, tapi cukup untuk menyejukkan suasana di sini yang berbahang sejak akhir-akhir ni.

Apa orang kata, hujan rahmat... 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an