Oh kemasinan mulut... (Tahniah Angah!!!)

Woops! Bagi laluan untuk pengumuman penting!

Hari ni macam biasalah, teman Angah gi online di Jusco Tmn U. Lagipun dia tengah sedih + takut + cuak sebab hari ni keputusan rayuan kemasukan ke IPT keluar hari ni. Tengok dia macam orang sasau dari malam tadi.

Mulanya dia dapat tawaran gi Form 6 kat SMK Tasek Utara, namun atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan (ayah kemalangan tiga hari sebelum hari pendaftaran Form 6 Angah), lagipun kedudukan sekolah tu dari tempat tinggal kami sangat jauh, sekolah tu 45 minit perjalanan kalau tak ada traffic jam. Jadi dia pun tak pergilah ke sana.

Kemudian, dia dapat tawaran pegi kolej MARA lak. Kursus elektronik komunikasi. Tapi Umi harap Angah dapat tawaran lain, sebab tempat tu kat Beranang, Selangor. (Bagi Angah, itu masalah BESAR punya, sebab ada problem masa nak balik kampung la... Lagipun dia dah ada 'pacar'... Langgar bendul betullah...)

Jadi sekarang ni dia pun tunggu la rayuan tu. Masa mula-mula dulu dia tak dapat langsung. Sedih gila dia masa tu. Ingat lagi dia mohon Diploma Ukur Bahan, sama dengan saya masa mula-mula dulu. Tapi tak dapat.

Lagipun tak dapat nak bayangkan macam mana keadaannya kalau Angah jadi junior saya, mesti haru jadinya.

Tiba-tiba muka Angah teruja. Macam dibelanja KFC. 

"Along, Angah dapat UTM!" katanya dengan penuh keterujaan.

Terus saya membuka laman web Unitekma, bahagian registar untuk memeriksa sendiri. Biar betul! Dapat course apa? Jari dengan segera menaip, dan akhirnya keluarlah paparan yang saya pernah lihat setahun dulu.

TAHNIAH, ANDA TELAH BERJAYA DITAWARKAN PROGRAM PENGAJIAN SEPERTI BERIKUT:
KOD: T2330
NAMA PROGRAM PENGAJIAN: DIPLOMA UKUR BAHAN

Betullah apa Angah cakap tadi, dia dapat Unitekma! Alhamdulillah...

Umi mesti seronok sakan la bila dapat tau angah berjaya lanjutkan pengajian ke universiti dalam kursus... Eh, ni bukan course saya ke? Maknanya Angah junior sayalah!!!

Pada waktu tu teringat kata-kata Tok Ngah di kampung, "Masuk sekolah sama, aliran pun sama. Ni mu ni ikut bontot akak mu je la nih." (kata-kata ni ditujukan kepada Angah masa saya nak lapor diri di Unitekma tahun lepas, kebetulan saya ada di situ pada masa tu...)

Sambil tersenyum, saya terfikir, masin juga mulut atuk ni....

Ulasan

ninie. berkata…
hahaha..
adik mu junior mu...
haha..
congrats2!;p

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an