Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

Kaya

Malam. Ada perjumpaan kumpulan di KSJ. Selesai meeting terus pergi Kedai Mini Blok B (apa namanya ya...). Niat mahu membeli roti untuk bekalan dan air 100Plus untuk diminum, sebab sakit perut dari pagi semalam. Kebetulan ada seorang Mat Arab (pelajar antarabangsa) yang membeli sebuku roti dan secawan (?) kaya, juga mahu membayar di kaunter. Mat Arab: Is this Malaysian food? (sambil menunjukkan kaya yang mahu dibeli) Saya: Um... Yes... (terkejut bila tiba-tiba ditanya sebegitu.) Mat Arab: Is this made from coconut skin? Saya dan penjaga kaunter terkesima sebentar. Kenapa dia berfikir sebegitu? Pasal warna kaya itukah? Saya: No. But it is made from coconut. You can't eat coconut skin. Mat Arab: So it is made of coconut water, or coconut flesh? Saya: The flesh. Coconut flesh, yes. Mat Arab: (Diam seketika) Oh, thank you. Dia kemudiannya membayar harga barang yang dibeli, kemudian berlalu dari situ. [...] Haha... Agak kelam kabut jugalah nak bercakap tu. Nampaknya saya perlu

Misteri di blog sendiri...

Imej
Tadi nak tengok blog sendiri. Okey, biasa kan? Tapi tiba-tiba keluar webpage lain. Eh? Apasal blog saya jadi website penyebar ajaran kristian ni? Bila tengok balik URL baru perasan. http://yiyiafiqa. blogpsot .com Laa... Tersalah taip di 'blogspot' la... [...] Bila dah jadi macam tu, saya rasa pelik. Boleh terbabas pula ke webpage tu. Jadi saya juga cuba dengan blog-blog berdomain 'blogspot.com' yang lain. Juga tukar dengan domain 'blogpsot.com'. Anehnya, semuanya dialihkan ke webpage yang sama. Ada sesiapa boleh terangkan tak bagaimana boleh jadi macam ni? Huhu~~

Semarak!

Imej
Selasa, 4 Januari 2011. Hari ini adalah hari pertama bagi kelas 'Final Project'. Hari ini juga diadakan pembahagian kumpulan. Pembahagian dilakukan oleh Pn Zu, yang juga pensyarah kelas. Saya ditempatkan di kumpulan 5. Selain saya, Ayie, Zerin, Mas, Fiqah, Daeng dan Guna juga sekumpulan dengan saya. Serentak itu juga, kami diberikan tugasan pertama - menubuhkan 'firma', menyediakan profil syarikat dan menyediakan 'gant chart' kerja sepanjang semester ini. Setelah berbincang, Ayie diangkat menjadi ketua. Disebabkan Ayie ketua, maka dia adalah 'pengarah firma' kami. Mas dan Fiqah diletakkan di bahagian pengurusan. Selebihnya menjadi juruukur bahan. "Kejap. Apa nama firma kita ni?" tanya Fiqah. Barulah kami perasan bahawa 'firma' ini tiada nama. Lantas, kami berfikir nama apa yang sesuai untuk diberikan kepada 'firma' ini. Tiba-tiba Zerin menyebut, "Semarak." Kami memandang ke arahnya. Dan itulah dia, nama firma kami, Sem