Kaya

Malam.

Ada perjumpaan kumpulan di KSJ. Selesai meeting terus pergi Kedai Mini Blok B (apa namanya ya...). Niat mahu membeli roti untuk bekalan dan air 100Plus untuk diminum, sebab sakit perut dari pagi semalam.

Kebetulan ada seorang Mat Arab (pelajar antarabangsa) yang membeli sebuku roti dan secawan (?) kaya, juga mahu membayar di kaunter.

Mat Arab: Is this Malaysian food? (sambil menunjukkan kaya yang mahu dibeli)

Saya: Um... Yes... (terkejut bila tiba-tiba ditanya sebegitu.)

Mat Arab: Is this made from coconut skin?

Saya dan penjaga kaunter terkesima sebentar. Kenapa dia berfikir sebegitu? Pasal warna kaya itukah?

Saya: No. But it is made from coconut. You can't eat coconut skin.

Mat Arab: So it is made of coconut water, or coconut flesh?

Saya: The flesh. Coconut flesh, yes.

Mat Arab: (Diam seketika) Oh, thank you.

Dia kemudiannya membayar harga barang yang dibeli, kemudian berlalu dari situ.

[...]

Haha... Agak kelam kabut jugalah nak bercakap tu.
Nampaknya saya perlu pertingkatkan lagi pengetahuan am saya... Huhu...

Ulasan

TATY ITAZZI berkata…
haha.
lawak la ain.
seronok baca.
:))
yiyiafiqa berkata…
Hoho...
Terdiam dibuatnya, tak tau nak terangkan kenapa kaya tu warnanya macam kulit kelapa...
Bila fikir balik, kaya dibuat daripada gabungan santan-telur-gula.
Risau pulak kalau-kalau orang Arab tu alah kat telur... Huhu...

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an