Semarak!
Selasa, 4 Januari 2011.
Hari ini adalah hari pertama bagi kelas 'Final Project'. Hari ini juga diadakan pembahagian kumpulan. Pembahagian dilakukan oleh Pn Zu, yang juga pensyarah kelas.
Saya ditempatkan di kumpulan 5. Selain saya, Ayie, Zerin, Mas, Fiqah, Daeng dan Guna juga sekumpulan dengan saya. Serentak itu juga, kami diberikan tugasan pertama - menubuhkan 'firma', menyediakan profil syarikat dan menyediakan 'gant chart' kerja sepanjang semester ini.
Setelah berbincang, Ayie diangkat menjadi ketua. Disebabkan Ayie ketua, maka dia adalah 'pengarah firma' kami. Mas dan Fiqah diletakkan di bahagian pengurusan. Selebihnya menjadi juruukur bahan.
"Kejap. Apa nama firma kita ni?" tanya Fiqah.
Barulah kami perasan bahawa 'firma' ini tiada nama. Lantas, kami berfikir nama apa yang sesuai untuk diberikan kepada 'firma' ini.
Tiba-tiba Zerin menyebut, "Semarak." Kami memandang ke arahnya.
Dan itulah dia, nama firma kami, Semarak Associate.
[...]
Semalam berlaku pembentangan profil syarikat di studio.
Selepas pembentangan ada sesi soal jawab dengan ahli kumpulan lain.
Ada yang mempersoalkan nama 'firma' kami. Nama firma kami 'Semarak' (berpunca daripada Jalan Semarak, lokasi Unitekma KL), tapi tempat di Wangsa Maju (kononnyalah...)
"Jangan salah sangka. Semarak Associate ini bukan dinamakan bersempena tempat ini. Em... Yalah, bila orang dengar 'Semarak', macam semangat saja, kan?" kata Ayie, menjawab soalan.
"Tak semangat pun..." kata Pn Zu di belakang, samar-samar disebabkan ditenggelami oleh gelak tawa seisi kelas.
Kami hanya mampu tersengih.
[...]
Tugasan pertama dah selesai. Sekarang tugasan kedua - menghasilkan PDA berdasarkan pelan yang diberi pensyarah minggu lepas - bermula.
Harapnya tugasan ini dapat berjalan dengan lancar, selancar menghasilkan tugasan pertama, InsyaALLAH.
Godspeed!
Ulasan