Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2009

Iklan rokok yang...

Didedikasikan kepada perokok-perokok yang tak mahu berhenti walaupun banyak warning pasal bahaya rokok dihebahkan. Ni lepas tengok ni pun tak insaf lagi, tak tau la... [...] Merokok ni bukannya ada faedah pun. Meracun badan adalah. Bakar duit lagi. Banyak gak risalah dan iklan tentang bahaya merokok ni dah dikeluarkan. Kempen 'Tak Nak' pun diadakan untuk mengajak belia agar menjauhi rokok. Rasanya Kementerian Kesihatan dah banyak habiskan duit untuk kempen ni. Harga rokok pun makin mahal. Kalau disimpan duit buat beli rokok tu, dah tentu dapat beli barang yang selama ni kita impikan. Asap rokok tu pun bukannya harum semerbak kasturi. Busuk nak mati. Lagilah busuk kalau rokok tu ada perisa buah (Hmm... Ada ke jenis ni?). Angah sampai bersin-bersin dan gatal-gatal seluruh badan sebab dia alah pada asap rokok (sebab tu la saya agak anti pada rokok). Tapi tak tahulah kenapa diorang nak jugak merokok. Kekadang tu kat kawasan larangan merokok (misalnya kafe) pun dia merokok. Papan t

Sejarah April Fool!!!

Selain Valetine's Day, terdapat satu lagi budaya barat yang meresap dalam diri umat Islam khusunya golongan muda iaitu Fool's Day atau April Fool. Jika Valentine Day disambut pada 14 Februari setiap tahun, maka April Fool pula berlaku pada 1 April setiap tahun.Mereka yang meniru budaya ini merasakan seri persekitaritu tidak diraikan. Apa yang dibimbangi ialah pemikiran seperti ini terusan itu akan hilang apabila peristiwa-peristiwa berleluasa hingga satu masa nanti, ada yang mengatakan ia tidak bertentangan dengan Islam. Disedari atau tidak, golongan muda menerimanya dengan membuta tuli tanpa usul periksa adakah ia bertentangan dengan batas syarak atau sebaliknya. Menurut sejarah, Fool's Day atau April Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak ber

Sesuatu yang signifikan...

Tetiba je terfikir. Semua orang yang ambil jurusan Ukur Bahan (perhatian, bukan Kumbahan atau Gubahan ya... Mak Ngah dan Mak Lang selalu tersasul-sasul sebut ni... Taulah kursus ni tak glamour ...) memang dijamin dapat kerja. Memang ya, tapi bila diperhatikan, ada sesuatu yang menarik berkenaan pensyarah-pensyarah kat sini. Dan benda ni bermain-main di dalam minda sejak En. Yus menunjukkan kepada kami tayangan montaj lawatannya ke Indonesia sewaktu zaman suka rianya (masa dia student dulu la...) [...] Ok, Pn.Zu dalam rakaman tu jadi lecturer kepada En. Yus. Dan entah kenapa ada gambar En. Saiful tersesat masuk ke situ. Ramai lagi la gambar dalam montaj tu, tapi En Yus macam malu-malu je nak tunjuk gambarnya. Tapi yang jadi perhatian, gambar En. Saiful berpakaian seperti orang Minang (saya tau, saya separuh minang, separuh jawa) dan bila kami ternampak gambar tu, terus kami ketawa. Lawak sangatlah gayanya tu... [...] Bukan niat nak cerita pasal En. Yus, En. Saiful dan Pn.Zu masa tu, t

Serangan Aussie di APH15!!!

Imej
Semalam Naz dan Nini balik dari mesyuarat JKM. Dengan membawa ole-ole dari Australia. Woops! Bukan mereka yang pergi Australia, ya! Tapi teman-teman mereka merangkap ahli JKM dan MPP Unitekma yang pergi ke Australia. Seminggu lebih tu... En. Noraimi, pengetua Kolej KSS pun pergi sekali. [...] Koala ni Naz punya. Tengok tu, bukan main kejap lagi dia pegang pencil case Naz. Ni nougat dari Australia. Diorang kata sedap, tapi Nini takut nak makan. Sedap memang sedap, tapi yang tengah tu liat nak mati (Nama je ' crunchy '). Nasib baik gigi tak patah. (Padanlah Nini takut nak makan, lagipun giginya pernah sepih sebab tergigit batu hari tu...) Yang ni pulak koala Nini. Kesian, dia takde tempat lain nak bergayut. Jadi dia bergayut kat kertas kat papan kenyataan ni je la. Maaf wahai koala comel, pokok eucalyptus takde kat Malaysia. Huhu... Masih lagi koala Naz, kali ni bukan main kejap lagi dia peluk keychain teddybear Naz.. Hehehe.... [...] Tengok la ni... Macam-macam gelagat koal

Birthday Lecturer-En. Rashid

Imej
Tak sampai sejam lepas ada sambutan hari lahir. Hari ni birthday En. Rashid, lecturer yang ajar Amalan Ikhtisas ( Professional Practice ). Dan kami kumpul RM2 seorang utk beli kek. [...] Kronologi sambutan hari lahir En. Rashid: 5.30pm- beberapa orang pelajar 1DDQ keluar kampus untuk beli kek. 6.30pm- pasukan membeli kek selamat pulang, kek itu disimpan di tempat dingin (dengar cerita kat peti sejuk First Shop , entah betul entah tak.) 8.30pm- kelas En Rashid sepatutnya dah mula, tapi dia belum sampai lagi. Jadi saya ambil kesempatan beli nasi goreng di kafe Embun. 8.45pm- tersedar lambat masuk kelas, jadi berlari sepantas kilat (heee...) ke kelas. Masuk kelas je En. Rashid tegur, "Ha, baru habis buka puasa-kah?", diikuti gelak ketawa dari rakan sekelas. Malunya... 8.46pm- kelas berjalan macam biasa. 9.50pm- En. Rashid beri 'Take 10' bila tengok muka masing-masing toya je. Sikit-sikit pelajar keluar dan tak sampai dua minit kemudian kelas kosong. 9.55pm- Ilmu dan beb

Antara dua Ain (T-T)

Masalah betul kalau ada orang yang namanya sama dengan kita. Ingatkan masuk IPT dah hilang dah masalah ni. Rupanya ada gak... Tapi kelakar gak bila difikirkan balik. Macam pelik pulak bila sebut nama sendiri untuk panggil dia. [...] Cerita 1 Baru sampai dari KSJ (lepas MHS bagi second intake ), suasana hostel masih kecoh (sebab kebetulan bebudak DDQ baru balik dari kem induksi di PD). Tengah blur tu, tetiba Lea memanggil, "Eh, Ain!" Saya pun bagilah barang yang Cik Ru, mak Lea minta bagikan. (beg sekolahnya yang mengandungi pinggan dan gelas) Naik canggung la sebab hostel tu kecoh dengan teriakan nama 'Ain', sebab newcomer la kan... Takkan saya yang baru masuk ni terus dikenali mereka yang dah 2 minggu lebih tua. Dan kemudian, kedengaran teriakan dari hujung koridor,"Wei, jangan la panggil dia Ain, nanti aku perasan..." Bila menjenguk, kelihatan la seorang manusia berambut agak panjang dengan muka agak confused bila teriakan nama 'Ain' bergema di

Nostalgia antena TV

Masa lecture En Tarmizi (subjek Kemudahan Bangunan) tetiba teringat masa sekolah dulu. Kena pulak dia cerita pasal CATV yang banyak digunakan di rumah flet. Tapi bukan nak cerita pasal CATV tu (mustahillah sekolah ada benda tu...), tapi ada sangkut paut dengan antena dan TV. [...] Tahun 2007. Masa tu (hari Sabtu), sekolah buat gotong-royong perdana. Oleh itu, para pelajar dikehendaki membersihkan seluruh (taklah sangat...) sekolah dari segala jenis sampah yang ada. 4M2 dan 5M2 dikehendaki membersihkan bengkel TK (Teknologi Kejuruteraan) (ye la, kitorang yang guna bengkel tu). Tapi sikit sangat budak kelas saya yang hadir mengemas tempat tu. Dari 10 orang jadi 4 orang (saya, Ai, Anwar, Pudin). Mana pegi ntah yang lain tu. Tapi yang saya salute junior kami (bebudak 4M2) walaupun taklah ramai mana, tapi bersemangat buat kerja (Angah sukalah ni kita puji geng dia...) sewaktu aktiviti gotong-royong berjalan. Walaupun terpaksa menempuhi debu dan habuk yang tebal. (adakah saya memberikan fi

Kamus

Melahu kat internet, dan tersidai kat laman web ni. Jadi saja-saja la taip perkataan ' Malaysia ', dan tau tak apa maksudnya? 1. The country where education is very highly politicised . Also a country where Malays are literaly spoonfed from their moment of their birth up to their deaths. Even if you are the no.1 student in Malaysia, you won't get a place in a public university of your choice if you are not a Malay. A Malay can beat you to the seat even if he's a freakin' retard. That is guaranteed. Friendly? Yes. Non-racist? Not always so. The universities of Malaysia are foul-ridden with hordes of lazy, incompetitive Malay stude nts. (Wei, tak semua la... Lagipun ingat senang ke nak masuk universiti?) 2. The terrorist capital of Southeast Asia. Terrorist hide out there, and the government doesn't care. (Uff, kita ni terrorist ke?) Itu baru perkataan 'Malaysia', kita check-up perkataan ' Malay ' pulak. 1. The ethnic majority of Malaysia. Faces

Mari mengeja

Imej
Cuba tengok apa yang pelik kat sini. Kalau kata takde apa yang pelik, nampak sangat masa SPM subjek BM fail . [...] ...(Berfikir jap) Kalau ejaan lama, oleh tu dieja olih, air dieja ayer, dan banyak lagi perkataan 'zaman dulu' yang bila dieja pada 'zaman sekarang' kedengaran pelik. Saya pernah baca akhbar Berita Harian versi tahun 1957 (sebab kerja kursus sejarah la...) dan mulanya pening gak nak baca. Macam baca prosa tradisional pulak, cuma takde perkataan 'arakian, maka ...' (ayat berbunga) tapi lepas baca lagi sekali, baru faham. Memang nak tergelak la masa tu kalau baca ejaan-ejaan ayat dalam tu. Tapi fahamlah, zaman dulu dengan sekarang mana sama. DBP masa tu pun tak seteguh sekarang. (Baru faham kenapa DBP selalu update Kamus Dewan...) [...] Woops! Panggilan untuk Al-Mulk! (Kedengaran suara Tirah ngan Huda menjerit, "Al-Mulk! Al-Mulk!" dari luar) Kena pergi sekarang! (^-^)

PPSMI

Baru-baru ni ada protes membantah pengaplikasian (lebih tepat, pengajaran dan pembelajaran) Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Pasal PPSMI tu, saya tak setuju dengan cara yang digunakan. Kata protes aman, tapi bila ditengok, nampak macam huru-hara je. Jujurnya, saya tengok PPSMI tu macam tak jalan je buat masa terdekat ni. Lagipun, buku teks Matematik dan Sains tu bila dibaca sebutir-sebutir, lebih kurang je versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bukan takat tu je, rasanya dalam peperiksaan, kalau diberi soalan kesemuanya dalam bahasa Inggeris, rasanya diorang takleh jawab tu... Tak percaya? Cuba test . Adakah para sarjana masa kini belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris? Tak jugak kan. Orang yang belajar bahasa Inggeris separuh mati pun, kalau sambung belajar kat Russia misalnya, kena gak belajar bahasa Russia sebelum sambung belajar kat sana. Sepupu saya yang kini belajar di Mesir pun kena ambil kelas bahasa sebelum berangkat ke sana. Mereka yang sekolah di kampu

Nostalgia botol mineral

[1] Entah kenapa tengah hari itu terasa nak lalu je deretan kedai sewaktu balik dari sekolah. Jadi bersama Ai yang nak 'top-up' air jenama Dr. Sukida (yang secara kebetulan buka kedai di kawasan rumah kedai tu) pun ikut 'jalan bawah' aka jalan yang ada deretan kedai tu. Walaupun ada risiko kena kejar anjing... Heee... Di kedai tu, saya diberi sebotol air mineral jenama itu, dan juga satu leaflet mengenai kebaikan meminum air tu. Tapi bila minum, rasa semacam. Familiar betul. Sampai di rumah, saya testing sekali lagi rasa air tu, dan didapati sama dengan rasa air yang ayah selalu bawa balik dari pejabatnya (lebih tepat, makmal). Wah, hebat. Air dari makmal! Air yang cikgu selalu tak bagi minum. ... Waktu balik. Tak balik kerana ada kelas tambahan. Ai dan saya berehat dalam kelas. Pada hari itu, kami bawa botol mineral yang sama. Tapi Ai isi botol tu dengan air Dr. Sukida. Manakala saya isi botol tu dengan air yang selalu saya minum tu. Botol air tu diletakkan sebelah

Punca hati tidak tenteram...

Hati yang tidak tenteram berpunca dengan adanya segumpal sifat-sifat mazmummah. Antara sifat-sifat mazmummah yang menghilangkan ketenangan di hati ialah :- 1) Cinta Dunia Cinta kepada hal-hal duniawi merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah hal-hal ukhrawi (akhirat) itu sebagai pegangan teguh selamanya dan hal-hal duniawi sebagai pentas sementara. Bila mati cuma ada amalan, doa anak yang soleh atau solehah dan harta yang disedekahkan mengiringi kita di sana. 2) Tamak Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. Mereka yang tidak pernah puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak. Orang yang tamak selalu rugi. 3) Kedekut Sentiasa melihat orang lain mahu menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Sentiasa mengelak dari menderma dan berdalih dengan mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pe