Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Drama TV, Nostalgia Diploma dan .....

Imej
Petang tadi melayan sebentar cerita 'Kekasihku Is Setan' yang disimpan dalam cakera keras mudah alih. Teringat pula dahulu Lea ada promo cerita ini sebab dia kata dia jadi salah seorang pelakon dalam telemovie ini. Sampai penuh bilik TV APH dibuatnya sebab mahu tonton drama ini masa mula-mula keluar di TV. Puas cari di mana si Lea di dalam telemovie ini, tetapi tidak jumpa.  (Mencari dengan gigihnya tu... Yang nampak cuma Darren saja.) Cak! Ada peminat beri bunga! Yalah, bila tonton cerita yang lokasi shooting nya di sekitar UTM KL, memang terasa seperti mengimbau nostalgia. Teringat juga masa shooting salah satu sence  telemovie itu, kebetulan saya ada pula lalu di kawasan penggambaran itu bersama Lily dan Eton (kami dalam perjalanan ke masjid untuk mengambil bubur lambuk, masa itukan bulan Ramadhan), jadi agak 'jakun' jugalah lihat Kamal Adli dan Intan Ladyana buat pergambaran di situ. (kes tidak pernah tengok orang buat shooting drama punya pasal (-.-)&

Atlit

Imej
Dato' Lee Chong Wei sudah kembali ke Malaysia dengan pingat perak yang dimenanginya. Kecewa kerana tidak dapat emas. Namun persembahannya sewaktu final badminton di Olimpik Ahad lepas wajar dipuji. Tidak mengapa kalah, sebab kalah nasib sahaja. Sedikit sahaja lagi. Lagipun dia sudah lakukan yang terbaik. Dengan kecederaan pada kakinya dulu, dengan tempoh singkat untuk berlatih disebabkan kecederaannya itu, dengan dia kata itu olimpik terakhirnya... :( Namun terfikir juga, jikalau Chong Wei sudah bersara nanti, ada lagikah pelapis pemain badminton yang sehebatnya? Sepertimana adik beradik Sidek dahulu, selepas zaman mereka agak lama juga mahu tunggu pemain sehebat mereka. Bila ada atlit 'super' sahaja, semua orang letak harapan tinggi. Macam Azizul Hasni Awang (basikal keirin) atau Nicol Ann David (Squasy - tapi kenapa ya permainan ini tidak pernah dipertandingkan di olimpik? ) Apabila zaman kegemilangan mereka sudah tamat, takkan masih mahu bergantung dengan mere