Antara dua Ain (T-T)

Masalah betul kalau ada orang yang namanya sama dengan kita.
Ingatkan masuk IPT dah hilang dah masalah ni. Rupanya ada gak...

Tapi kelakar gak bila difikirkan balik.
Macam pelik pulak bila sebut nama sendiri untuk panggil dia.


[...]

Cerita 1

Baru sampai dari KSJ (lepas MHS bagi second intake), suasana hostel masih kecoh (sebab kebetulan bebudak DDQ baru balik dari kem induksi di PD).

Tengah blur tu, tetiba Lea memanggil, "Eh, Ain!"

Saya pun bagilah barang yang Cik Ru, mak Lea minta bagikan. (beg sekolahnya yang mengandungi pinggan dan gelas)

Naik canggung la sebab hostel tu kecoh dengan teriakan nama 'Ain', sebab newcomer la kan... Takkan saya yang baru masuk ni terus dikenali mereka yang dah 2 minggu lebih tua.

Dan kemudian, kedengaran teriakan dari hujung koridor,"Wei, jangan la panggil dia Ain, nanti aku perasan..." Bila menjenguk, kelihatan la seorang manusia berambut agak panjang dengan muka agak confused bila teriakan nama 'Ain' bergema di koridor.

Dan kemudian saya mengenalinya dengan nama Nurul Ain Nadia.

Cerita 2

Kelas En Yus.

Dan macam disangka, dia terkeliru antara saya dengan Ain Nadia. Siap tanya nama penuh lagi.

Yang lagi pelik, Wawa (Itriah Nadjwa) dipanggil Ain Nadjwa, yang tuan punya nama sekarang ni Tahun Tiga. Dan tengah menjalani praktikal masa tu.

Sekarang, satu perkara je yang boleh bezakan kami pada masa tu, seorang pakai tudung dan seorang lagi tak. Tak boleh panggil 'Ain' je la masa tu ni, sebab dua-dua mesti bangun dari tempat duduk.

Heee...

Cerita 3

Pergi bilik air. Niat nak mandi. Hari tu panas ya amat.

Dalam perjalanan, Naz, yang baru je lepas basuh muka, pun menegur, "Baru nak mandi ke, Ain?"

Dan belum sempat saya membalas, kedengaran suara nan familiar menyahut, "Haah, baru je."

Rupa-rupanya secara kebetulan, Ain lagi satu tengah mandi di ruang shower berhampiran sinki tempat Naz membasuh muka tadi.

Jadi Naz teruslah melayan Ain Nadia yang sedang mandi tu, sementara saya pergi ke bilik air yang kosong sambil ketawa perlahan-lahan.

[...]

Tu lah dia, masalah kalau ada orang yang mempunyai nama yang sama dengan kita.

Sudahnya saya memperkenalkan diri, "Panggil Ain boleh, Syafiqah pun boleh." Dan disambung dengan ketawa dari seluruh kelas (kecuali beberapa orang, sebab nada saya bercakap tu macam orang berpantun.(T-T))

Habis tu nak panggil Ain dah ada lagi sorang nama Ain. Nak panggil Syafiqah panjang sangat. Nak panggil Fiqah dah ada dua orang cop surname tu.

Tapi dah lebih 1 sem ni, dan dalam masa kurang dari 2 bulan sem 2 ni tamat, jadi dah terbiasalah mereka ni memanggil. Mereka akan berusaha berada berhampiran Ain nan satu untuk memanggilnya, dan kini kami tak canggung kalau panggil sesama kami dengan nama panggilan masing-masing (yang memang terang lagi bersuluh memang sama...)

Tapi, yalah, memang kelakar bila difikirkan balik... Hehe...

Notakaki: Naz pun ada masalah masa mula-mula masuk Unitekma, Sebab ada orang yang sama nama panggilannya, iaitu Nasri. Tapi sekarang Naz ialah Nazriah, dan Nasri @ Nas ialah Nasri. Habis cerita...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an