Serangan Aussie di APH15!!!

Semalam Naz dan Nini balik dari mesyuarat JKM.
Dengan membawa ole-ole dari Australia.

Woops! Bukan mereka yang pergi Australia, ya!
Tapi teman-teman mereka merangkap ahli JKM dan MPP Unitekma yang pergi ke Australia.
Seminggu lebih tu... En. Noraimi, pengetua Kolej KSS pun pergi sekali.
[...]

Koala ni Naz punya. Tengok tu, bukan main kejap lagi dia pegang pencil case Naz.

Ni nougat dari Australia. Diorang kata sedap, tapi Nini takut nak makan.
Sedap memang sedap, tapi yang tengah tu liat nak mati (Nama je 'crunchy').

Nasib baik gigi tak patah.

(Padanlah Nini takut nak makan, lagipun giginya pernah sepih sebab tergigit batu hari tu...)


Yang ni pulak koala Nini. Kesian, dia takde tempat lain nak bergayut. Jadi dia bergayut kat kertas kat papan kenyataan ni je la.
Maaf wahai koala comel, pokok eucalyptus takde kat Malaysia. Huhu...

Masih lagi koala Naz, kali ni bukan main kejap lagi dia peluk keychain teddybear Naz..

Hehehe....

[...]

Tengok la ni... Macam-macam gelagat koala-koala comel ni.

Tapi apasal bentuk dia macam mainan saya masa kecik-kecik dulu ha?

(Koala Naz pakai baju kuning, Koala Nini pakai baju merah. Mainan saya lak pakai baju biru...)

Huhuhu...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an