Iklan rokok yang...

Didedikasikan kepada perokok-perokok yang tak mahu berhenti walaupun banyak warning pasal bahaya rokok dihebahkan.

Ni lepas tengok ni pun tak insaf lagi, tak tau la...

[...]

Merokok ni bukannya ada faedah pun. Meracun badan adalah. Bakar duit lagi.

Banyak gak risalah dan iklan tentang bahaya merokok ni dah dikeluarkan. Kempen 'Tak Nak' pun diadakan untuk mengajak belia agar menjauhi rokok. Rasanya Kementerian Kesihatan dah banyak habiskan duit untuk kempen ni.

Harga rokok pun makin mahal. Kalau disimpan duit buat beli rokok tu, dah tentu dapat beli barang yang selama ni kita impikan.

Asap rokok tu pun bukannya harum semerbak kasturi. Busuk nak mati. Lagilah busuk kalau rokok tu ada perisa buah (Hmm... Ada ke jenis ni?). Angah sampai bersin-bersin dan gatal-gatal seluruh badan sebab dia alah pada asap rokok (sebab tu la saya agak anti pada rokok).

Tapi tak tahulah kenapa diorang nak jugak merokok. Kekadang tu kat kawasan larangan merokok (misalnya kafe) pun dia merokok. Papan tanda 'dilarang merokok' sebesar-besar alam, bergantungan atas kepala pun dia boleh tak nampak (atau buat-buat tak nampak).

Sekali papan tanda tu jatuh atas kepala si perokok yang tak reti bahasa tu, baru padan muka dia. Degil sangat nak merokok kat kawasan larangan tu.

[...]

Maaf, emo sikit hari ni sebab dah beberapa kali bertembung mereka yang termasuk dalam golongan 'PTRB (Perokok Tak Reti Bahasa)'. Paling kerap, kat kafe.

Yang sedihnya, sebahagian daripada mereka ialah classmate saya sendiri...

Huhuhu...(T-T)

Ulasan

yiyiafiqa berkata…
Aysha: Haah. Ni Ain...
Tak percaya ka?
Hehe..

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an