Nostalgia botol mineral
[1]
Entah kenapa tengah hari itu terasa nak lalu je deretan kedai sewaktu balik dari sekolah. Jadi bersama Ai yang nak 'top-up' air jenama Dr. Sukida (yang secara kebetulan buka kedai di kawasan rumah kedai tu) pun ikut 'jalan bawah' aka jalan yang ada deretan kedai tu. Walaupun ada risiko kena kejar anjing... Heee...
Di kedai tu, saya diberi sebotol air mineral jenama itu, dan juga satu leaflet mengenai kebaikan meminum air tu. Tapi bila minum, rasa semacam. Familiar betul.
Sampai di rumah, saya testing sekali lagi rasa air tu, dan didapati sama dengan rasa air yang ayah selalu bawa balik dari pejabatnya (lebih tepat, makmal).
Wah, hebat. Air dari makmal! Air yang cikgu selalu tak bagi minum.
...
Waktu balik. Tak balik kerana ada kelas tambahan.
Ai dan saya berehat dalam kelas. Pada hari itu, kami bawa botol mineral yang sama. Tapi Ai isi botol tu dengan air Dr. Sukida. Manakala saya isi botol tu dengan air yang selalu saya minum tu. Botol air tu diletakkan sebelah menyebelah.
Tetiba je Ai ambil botol mineral saya dan meminumnya. Saya cuma pandang je dia tanpa sebarang reaksi. Kemudian saya berlalu ke tandas (bukan sebab sedih air saya diminum ya... Sebab nak buang air la...)
Bila balik dari tandas, terpandang Ai yang tetiba buat muka kat saya.
"Ain, apasal tak bagitau yang saya minum air awak?"
Dan saya cuma tersengih, sebagai respon kepada soalannya.
[2]
Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-50 tak lama lagi. Jadi kelas agak kecoh.
Kecoh sebab menghias kelas dengan lambakan Jalur Gemilang yang dibeli oleh Aysha.
Dengan menggunakan pita selofan dan stapler gun yang dipinjam daripaga Cikgu Mastura.
Sewaktu menghias, tiba-tiba bullet untuk stapler gun itu habis. Jadi Hilmi pun main la benda tu. Dia semakin seronok bila setiap kali ditekan, benda tu mengeluarkan bunyi yang agak kuat dan mampu mengejutkan orang yang tengah study, tidur dan berangan bila ditekan sebelah telinga.
Kemudian Hilmi mengambil botol mineral saya dan melekapkan stapler gun itu di tengah-tengah botol tersebut.
Anwar pun cakap, "Karang berlubang botol Ain tu..."
Hilmi pulak membalas, "Takkanlah. 'Ubat' dalam benda ni kan dah habis. Tak caya, tengok ni," dia menekan picu stapler gun tersebut sebelum mengalih benda tu dari botol mineral saya.
Dan serentak dengan itu, tangan terasa Hilmi basah. Bila diteliti ada bullet yang terlekat pada tengah-tengah botol tu, dan dari lubang yang terhasil itu, menitis air setitik demi setitik dari lubang itu.
Jadi Hilmi dengan kelam-kabut mencabut bullet itu dari botol mineral saya, sebelum menampal lubang tersebut dengan beberapa lapisan pita selofan yang banyak. Itupun masih bocor.
Sudahnya saya terpaksa minum air sehingga air tersebut berada di bawah aras kawasan yang 'tertebuk' itu. Dan itulah rekod pertama air yang dibawa oleh saya habis sebelum waktu rehat.
Dan Hilmi buat bodoh je pasal botol mineral tu. Bukannya dia nak ganti pun air saya. Huh...
[...]
Banyak betul cerita melibatkan botol mineral dalam hidup saya sepanjang bersekolah.
Botol yang orang selalu buang merata selepas air di dalamnya habis diminum.
Alah, tak kisahlah... Walaupun orang kata guna botol mineral berkali-kali akan meningkatkan risiko mendapat penyakit kanser.
Lagipun saya rak segila itu nak isi air panas / suam dalam botol tu. Saya pastikan air tu betul-betul sejuk. Huhu....
Pasal cerita di atas tadi, itulah saat-saat yang takleh dilupakan langsung. Bila diingatkan balik terasa kelakar + geram.
Tetiba je rasa rindu nak ulang sekolah balik.
Alahai....

Ulasan