PPSMI
Jujurnya, saya tengok PPSMI tu macam tak jalan je buat masa terdekat ni. Lagipun, buku teks Matematik dan Sains tu bila dibaca sebutir-sebutir, lebih kurang je versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Bukan takat tu je, rasanya dalam peperiksaan, kalau diberi soalan kesemuanya dalam bahasa Inggeris, rasanya diorang takleh jawab tu... Tak percaya? Cuba test.
Adakah para sarjana masa kini belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris? Tak jugak kan. Orang yang belajar bahasa Inggeris separuh mati pun, kalau sambung belajar kat Russia misalnya, kena gak belajar bahasa Russia sebelum sambung belajar kat sana.
Sepupu saya yang kini belajar di Mesir pun kena ambil kelas bahasa sebelum berangkat ke sana.
Mereka yang sekolah di kampung dan pedalaman lagi kesian. Dahlah bahasa Inggeris mereka tak mantap, ditambah lagi masalah dalam belajar Matematik dan Sains. Sudahnya diorang bukannya bertambah minat, bertambah bosan adalah. Sebabnya mudah, tak faham sepatah haram apa yang dikatakan cikgu yang mengajar subjek tersebut.
Tu perihal pelajar, yang cikgu-cikgu pulak ada juga masalahnya. Yalah dah lama mengajar dalam bahasa Melayu dan bahasa ibunda mereka, alih-alih terpaksa pula mengajar dalam bahasa Inggeris. Teringat rungutan Cikgu Mastura, "Biasanya mengajar dalam BM, sekarang kena pulak mengajar dalam BI."
Yalah, diorang bukannya expert dalam bahasa Inggeris. Sebut pun tak berapa betul. Jadi kemungkinan terajar 'ajaran sesat' amatlah tinggi.
[...]
Tapi ada baiknya gak bila dilihat satu-satu sebab PPSMI dilaksanakan.
Misalnya bila melanjutkan pelajaran ke IPT dalam negara, hampir 100% pensyarah berkomunikasi denga pelajar dan mengajar dalam Bahasa Inggeris. Buku-buku rujukan pun banyak dalam Bahasa Inggeris(berapa keratlah dalam Bahasa Melayu...). Kalau Bahasa Inggeris tak dikuasai sepenuhnya, melangut jelah sepanjang pensyarah mengajar.
Ni pun nasib baik di Unitekma pensyarah-pensyarahnya mengajar dalam Bahasa Melayu. (tapi kadang-kadang tak paham gak)
Masa temuduga pun dia tanya pakai Bahasa Inggeris. Cuba tanya siapa yang pernah gi temuduga. Mesti kena soal dalam Bahasa Inggeris punyalah. Abang Fitri, bekas pelajar sekolah menengah tempat saya belajar merangkap salah seorang pelajar terbaik sekolah pun ditanya dalam Bahasa Inggeris sewaktu temuduga untuk sambung belajar ke Indonesia. Ni dia yang cakap, bukan saya cakap.
Dan difikirkan semula, masa kini banyak sumber ilmu wujud dalam Bahasa Inggeris. Mesti ambil masa yang lama untuk terjemah sebutir-sebutir. Nak edit lagi. Nak bukukan lagi. Berapa kerat je pasukan alihbahasa kat sini.
Contoh (yang tak tau boleh pakai atau tak) ialah pengalihbahasaan novel bersiri Harry Potter. Ingat tak masa jilid pertama selesai dialih bahasa, jilid ketiga versi asal (bahasa Inggeris) dah terbit.
Berapa lama pasukan alih bahasa ambil masa untuk terjemah buku tu. Setiap jilid mesti bertambah mukasuratnya. Jilid 7 misalnya, lagi tebal daripada Kamus Dewan kat rumah saya.
Kalau saya, jenuh nak buat.
[...]
PPSMI ni sepatutnya dibuat sejak darjah 1 sekolah kebangsaan lagi, bukan tingkatan 1 sekolah menengah yang masa para pelajar yang elok-elok belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu, tiba-tiba kelam-kabut membuka kamus jika terjumpa perkataan yang tak pernah jumpa dalam buku teks.
Guru-guru yang terlibat dalam PPSMI ni pulak kena la diberi latihan mencukupi sebelum PPSMI dilaksanakan sepenuhnya. Sebab ingat lagi masa mula-mula PPSMI diperkenalkan, semua guru yang terlibat dalam tu pasang CD je. Pastu duduk slepot je kat kerusi sampailah tayangan CD tu habis. Terasa cikgu tu pun tak paham apa yang CD tu siarkan.
Nak hentikan? Dah berapa banyak wang kerajaan habis kat situ je. Sia-sia la kalau hentikan sekarang. Cadangan saya, kekalkan sampailah Malaysia berada di tahap yang boleh dikagumi di seluruh dunia. Misalnya di tahap pelajar negara kita tak perlu gi oversea sebab universiti kita lagi bagus dari universiti luar.
Kita perkuatkan penguasaan Bahasa Inggeris dan pada masa yang sama tingkatkan martabat Bahasa Melayu. Habis cerita.
[...]
Tapi diulang, saya tak setuju dengan cara protes menamatkan PPSMI tu. Hantar memorandum dahlah. Jangan pulak melebih-lebih.
Notakaki: terasa ada unsur politik dari pihak PR untuk jatuhkan BN, itupun lepas baca leaflet ni...
Ulasan