Nostalgia antena TV
Masa lecture En Tarmizi (subjek Kemudahan Bangunan) tetiba teringat masa sekolah dulu. Kena pulak dia cerita pasal CATV yang banyak digunakan di rumah flet.
Tapi bukan nak cerita pasal CATV tu (mustahillah sekolah ada benda tu...), tapi ada sangkut paut dengan antena dan TV.
[...]
Tahun 2007.
Masa tu (hari Sabtu), sekolah buat gotong-royong perdana. Oleh itu, para pelajar dikehendaki membersihkan seluruh (taklah sangat...) sekolah dari segala jenis sampah yang ada.
4M2 dan 5M2 dikehendaki membersihkan bengkel TK (Teknologi Kejuruteraan) (ye la, kitorang yang guna bengkel tu). Tapi sikit sangat budak kelas saya yang hadir mengemas tempat tu. Dari 10 orang jadi 4 orang (saya, Ai, Anwar, Pudin). Mana pegi ntah yang lain tu.
Tapi yang saya salute junior kami (bebudak 4M2) walaupun taklah ramai mana, tapi bersemangat buat kerja (Angah sukalah ni kita puji geng dia...) sewaktu aktiviti gotong-royong berjalan. Walaupun terpaksa menempuhi debu dan habuk yang tebal. (adakah saya memberikan first impression bahawa bengkel kami tersangat kotor? Realitinya tak begitu ye...)
Anwar tetiba dikerumuni tiga gadis 4M2 (salah seorangnya ialah Angah) masa dia memeriksa, mengasingkan dan menyusun peralatan bengkel sebelum dimasukkan semula ke dalam stor.
Saya pun menegur, "Wah, ramainya pembantu, Nuar!"
Dia membalas (sambil tersengih), "Bukan pembantu, tapi Bibik."
Selepas kerja Anwar selesai, Angah mendekati saya sambil buat muka sepuluh sen.
"Taknak kerja dengan dia lagilah!" katanya.
Saya cuma mampu senyum.
...
Semua kerja dah selesai. Dan kami semua bersidai kepenatan.
Kebetulan ada sebiji TV skrin 32'' yang masih elok (lebih tepat, baru) diletakkan di atas sebuah meja di antara ruang belajar dan ruang kerja di bengkel itu.
Pelik pulak macam mana TV tu boleh ada di situ. Kemudian Cikgu Lailatul memberitahu ada sebuah syarikat TV memberi TV tersebut dengan percuma sebagai bahan pembelajaran subjek TK. Dan TV tu masih elok lagi. Cuma takde controller dan channel belum set (maklumlah, dari kilang...).
Tetiba saja Pudin dan Anwar mengambil beberapa batang pemutar skru (screwdriver) dan kikir (file) dari dalam stor. Kemudian disusun pemutar skru dan kikir tadi dari lubang penerima gelombang dari belakang TV tu memanjang sampai ke tingkap berhampiran. Bahagian yang menghala he tingkap diletakkan pada rangka tingkap yang sememangnya dibuat daripada logam (aluminium kot). Selepas itu plug TV dpasang, TV di'on' dan kami pun terus 'layan'...
Tak sangka idea Pudin (yang muncul apabila saya menyatakan perihal fungsi antena radio beberapa hari lepas) menjadi. Tapi siarannya tak berapa jelas dan disebabkan kami tak reti adjust channel, kami biarkan je macam tu. At least audionya bagus.
[...]
Ingat lagi, masa tu tengah tayang cerita 'Batman'. Dan saya tengok rancangan tu selama 10 minit je bersama Ai, Anwar dan Pudin sebab lepas tu kami pergi ke kantin untuk minum pagi. Macam biasa, menu minum pagi saya (masa tu) cuma roti dan air mineral je... Yang lain 'balun' nasi lemak dan mi goreng... Heee....
Tapi sayangnya, beberapa hari kemudian, TV tu terpaksa 'diburaikan' untuk dijadikan bahan p&p subjek TK. Dicabut seluruh cover TV tu bagi isi dalamnya nampak.
Jahanam terus TV malang tu kami kerjakan.
Sayang betul... Tsk tsk...(T-T)

Ulasan