Birthday Lecturer-En. Rashid


Tak sampai sejam lepas ada sambutan hari lahir.

Hari ni birthday En. Rashid, lecturer yang ajar Amalan Ikhtisas (Professional Practice).

Dan kami kumpul RM2 seorang utk beli kek.

[...]

Kronologi sambutan hari lahir En. Rashid:

5.30pm-beberapa orang pelajar 1DDQ keluar kampus untuk beli kek.
6.30pm-pasukan membeli kek selamat pulang, kek itu disimpan di tempat dingin (dengar cerita kat peti sejuk First Shop, entah betul entah tak.)
8.30pm-kelas En Rashid sepatutnya dah mula, tapi dia belum sampai lagi. Jadi saya ambil kesempatan beli nasi goreng di kafe Embun.
8.45pm-tersedar lambat masuk kelas, jadi berlari sepantas kilat (heee...) ke kelas. Masuk kelas je En. Rashid tegur, "Ha, baru habis buka puasa-kah?", diikuti gelak ketawa dari rakan sekelas. Malunya...
8.46pm-kelas berjalan macam biasa.
9.50pm-En. Rashid beri 'Take 10' bila tengok muka masing-masing toya je. Sikit-sikit pelajar keluar dan tak sampai dua minit kemudian kelas kosong.
9.55pm-Ilmu dan beberapa orang kaum hawa 1DDQ membawa kek yang dibeli. Persiapan dibuat di meja berhampiran Bilik Taklimat, tempat kelas diadakan.
9.57pm-menggunakan lighter (siapa punya ntah...) lilin pada kek dinyalakan. Lilin diletakkan sebatang je, sebab tak tau umur sebenar En. Rashid (apa la... Tau birthday, tak tau umur)
9.58pm-semua orang berkumpul di pintu bilik taklimat. Ilmu yang jadi tukang pegang kek berada di antara kami. En. Rashid masih di dalam, sedang merenung laptopnya (dia tak pelik langsung dengan attitude kami malam ni...Heee...)
9.59pm-lampu Bilik Taklimat dipadamkan.
10.00pm-kami beramai-ramai, Ilmu di paling depan, masuk ke Bilik Taklimat sambil menyanyikan lagu Happy Birthday kepada En. Rashid. (view video kat bawah untuk lebih info)
10.10pm-kelas disambung macam biasa (kek dan minuman diletakkan di atas meja berhampiran, untuk dinikmati lepas habis kelas...)
10.30pm-kelas tamat. Terus diadakan jamuan ringan dalam bilik tu.
10.45pm-En. Rashid pulang. Kami mengemas (kemas ke?) Bilik Taklimat sebelum bersurai.


[...]

Siapa punya idea la yang beli kek tu.

Diakui, kek tu memang sedap. Sedap sangat. Buatan Secret Recipe pulak tu.

Tapi tulisan kat atas kek tu yang kelakar.



Atas kek tu tertulis, 'Happy Professional Practice Day To En. Rashid'.

Ntah hapa-hapa lah idea diorang ni...

[...]

Sekarang kami mencari lagi tarikh lahir lecturer-lecturer yang mengajar kami, ye la, nak sambut la punya pasal...

Sayangnya birthday Pn. Fiza, PA kami jatuh pada awal Disember la pulak.

Huuu...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an