Anis ke PIS

*Jenguk kepala sambil mengibas sawang di sekitar*
Bila kali terakhir saya pos apa-apa di sini? *Hempuk kepala ke atas meja*

(...)

Siang tadi pergi menghantar si Anis ke Politeknik Ibrahim Sultan.
Ya, adik saya itu secara rasminya bergelar pelajar politeknik hari ini... Err... Semalam.
Kursus Pengurusan Acara.


Pada tepat jam tujuh, merantaulah kami sekeluarga dari Skudai ke Pasir Gudang, tempat di mana wadi ilmu itu terhampar. Setelah banyak kali sesat dan tertukar arah, akhirnya jumpa juga pintu gerbang utama Politeknik Ibrahim Sultan ini. Lebih sejam jugalah perjalanan jika dicampur masa cari jalan tadi. (sampai terpaksa pakai google maps... Huhu!)

Pandangan dari tempat letak kereta

Selesai letak kenderaan di tempat disediakan, kami mengiringi (ceewah, iringi!) si Anis ke tempat pendaftaran. Ramai juga yang datang mendaftar hari ini. Mereka juga hadir bersama keluarga mereka. Asalnya kami semua menunggu di hadapan pusat pendaftaran, namun tidak lama kemudian keluar seorang urussetia memaklumkan bahawa hanya pelajar baru sahaja yang dibenarkan berada di situ.


Sementara menunggu Anis, kami menunggu di kafe bersebelahan tempat pendaftaran. Tidak sangka di bahagian belakang kafe ini ada menjual baju T politeknik dan barang elektrik serta barang-barang yang mungkin diperlukan siswa baru. Agak lama jugalah menunggunya habis mendaftar.


Pendaftaran boleh dikatakan agak pantas (sepatutnya), sebab yuran sepatutnya dibayar selewatnya dua hari sebelum pendaftaran. Lebih-lebih lagi Anis ini tidak dapat asrama - dan cuba untuk memohonnya hari ini.



Meow Ibu dan Anak. Comel!


 Budak baru masuk belajar :P

Dia muncul selepas dua pinggan nasi lemak ayam dan semangkuk bakso habis - sebab ada yang tidak sempat sarapan sebelum bertolak tadi. Sekitar jam 9.15. Mukanya masam.

"Kenapa?"

"Dapat dah asrama."

(...)

Lima hari lepas, Abang dan Angah ke Bank Islam di Bukit Indah, untuk tolong bayarkan yuran Anis - yang baru sahaja perasan yang yuran tidak boleh dibayar 'on-the-spot'. Ummi berikan Abang wang cukup-cukup seperti dinyatakan dalam surat tawaran - sekitar RM750.

Namun Abang pergi tambahkan RM60 secara tidak sengaja - yuran asrama - walaupun dia sudah sedia maklum yang ANIS TIDAK DAPAT ASRAMA.

Mujur juga Anis dapat asrama, akhirnya. Namun, kenapa dia tidak gembira?

(...)

"Baguslah macam tu. Dah tu, apa halnya?"

"Dia suruh bayar RM46 ikut Bank Islam sebelum pukul 10.30 ni, baru dapat kunci."

EH?

(...)

Selepas berunding dengan orang bekenaan (dibantu Angah yang mula panas hati terhadap pihak urusetia yang nampaknya agak kelam kabut dalam menguruskan pelajar baru dan 'caj tambahan mendadak' tadi), Anis akhirnya dibenarkan ambil kunci terlebih dahulu. Jadi, beransurlah kami ke asramanya di 'atas bukit'. (Eleh, asrama Kasturi yang pernah diduduki Abang di UiTM Lendu dulu lagi 'berbukit'. Bukit konon. Landai saja rasanya. XP)

Asrama politeknik ini agak kecil, lebih kecil dari bilik dalam hostel APG dan APH sewaktu Diploma dulu, memang cukup-cukup untuk dua orang penghuni setiap bilik. Tandas berasingan di tingkat bawah (rasanya setiap aras ada satu... Kot?), dan saya ragu-ragu mengenai arah kiblat di sini - kalau mahu solat di biliklah. Jangan budak ini beri alasan 'tak muat nak bentang sejadah' sebagai alasan tidak solat, sudahlah.

Sesi meletak barang di hostel

Tersengih sengih tersengih sengih!

Ummi baru perasan yang langsir yang dibawa tidak dapat digantung. 
Sebab pakai 'wayar' macam rumah Nenek dan bukannya 
besi penyangkut seperti di rumah.

Kawasan sekitar asrama, dari sudut berhampiran bilik dihuni Anis.

Debris. Debris everywhere. :P

Selepas selesai meletakkan barang, bergeraklah semuanya mencari Bank Islam terdekat untuk menyelesaikan apa yang patut (itupun sesat lagi!) sebelum menghantar Anis kembali ke Politeknik - kali ini tinggalkan dia terus!

Harapnya budak itu dapat sesuaikan diri di sana. PLKN 3 bulan boleh tahan, mestilah belajar 3 tahun pun boleh tahan! Semoga berjaya melalui sesi orientasi, Anis!

(...)

Kereta menghampiri pintu pagar belakang Politeknik. Mahu terus pulang ke Skudai. Telefon tiba-tiba berdering.

"Ada kunci tak dalam kereta?" Suara Anis yang kalut kedengaran melalui corong telefon.

"Kunci apa?"

"Kunci hostellah! Anis tertingal dalam kereta rasanya."

"..."

Ah sudah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an