KESUMA '09
PERHATIAN: Entri ini agak panjang, pastikan anda ada masa lapang yang agak lama jika hendak membaca entri ini.
30 Jun 2009 (Selasa)
Baru beli makanan di kafe.
Ye la saya masuk hostel 1 minggu awal. Nasib baik kafe buka sepanjang minggu tu.
Tiba-tiba telefon berbunyi. Nombor Nini muncul di skrin. Jadi saya angkatlah.
"Ain, awak boleh tolong saya tak?"
InsyaALLAH saya boleh. Tapi apa hal?
"Tolong join KESUMA boleh tak?"
[...]
KESUMA atau USR (University Social Responsibility) ialah aktiviti khidmat sosial yang dilaksanakan oleh pihak universiti. Sebelum ni ada USR diadakan di Temerloh, Pahang. Dianjurkan olek pihak HEM KST. Yang kali ni pulak ke Jeli, Kelantan, oleh pihak KSS.
Sebelum ni saya diberi impression bahawa aktiviti sebegini bosan. Tapi ye la tak nak la tau dari orang lain, nak jugak rasa sendiri macam mana aktiviti tu.
Dan juga, saya ingat saya dah takde peluang nak ikuti program camni (sehinggalah hari bertuah tu)...
[...]
Petang tu, di DK1, Naz bertanya sama ada saya betul-betul nak join program tu. "Kitorang tak nak Ain merungut nanti," sambungnya lagi. Saya mengangguk (tentulah saya betul-betul nak join, kalau tak ada lari-lari, insyaALLAH saya takde masalah).
Oh ya, ada apa di DK1? Sebenarnya En Noraimi nak jumpa para peserta KESUMA. Tapi masa dia datang, ada yang belum sampai lagi. Ye la baru lepas azan masa tu, jadi masing-masing pergi solat la.
Oh ya, lupa nak cakap, dalam program ni kami dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu kumpulan 'sekolah' dan 'kampung'. Kumpulan 'sekolah' akan ke SMK Kuala Balah, Jeli untuk mengadakan program motivasi, manakala kumpulan 'kampung' akan ke kampung-kampung di Kuala Balah, Jeli untuk mengumpul maklumat. Maklumat itu pula akan diletakkan di dalam webpage yang dibina oleh Su dan beberapa orang lagi. Dan saya masuk kumpulan 'kampung'.
Petang tu juga ada perjumpaan dengan kaunselor, En Zul untuk memberikan tips-tips fasilitator. Dia juga memberi do & don'ts dalam menjadi 'pesi'.
"Kamu untung jadi pelajar universiti, sebab kamu ada peluang untuk jadi Transformer."
[...]
Malam. Masa bertolak.
Ramai dah menunggu di parking bas. Saya terpandang satu beg plastik yang berisi bekas-bekas penuh dengan manik. Ada tali tangsi, dawai dan playar. Dan juga buku 'Panduan Asas Kraf Manik'. Mungkin antara aktiviti dalam KESUMA.
Tepat pukul 11, kami menaiki bas. Setiap kumpulan menaiki bas masing-masing. (2 kumpulan = 2 bas... Hehe...)
Suasana dalam bas kumpulan 'Kampung' sebelum bertolak...
Ni beg siapa la ni... Tuannya MIA (Missing In Action)...
[...]
1 Julai 2009 (Rabu)
Terbangun pada jam 4.15 pagi. Bas pada masa tu terhenti, dan pendingin hawa dipadamkan. Suasana dalam bas terang benderang dan panas (bolehleh nak kata camtu...)
Sayup-sayup, dalam keadaan mamai itu, terdengar satu soalan yang agak munasabah, "Kita kat mana ni?"
"Dah sampai Gua Musang dah..." suara Christie (dengan nada bergurau) kedengaran, yang kemudiannya memunculkan diri di hadapan saya dan si penanya soalan yang duduk di belakang saya.
"Kau jangan main-main, Christie..."
"Betul-betul la ni... Tak caya pegi keluar. Banyak musang kat luar tu..."
Eh, boleh melawak lak si Christie pagi-pagi buta ni.
Saya alih pandangan ke luar. Kelihatan sebuah stesen minyak Shell di sebelah kiri bas. Walaupun kedudukan bas dengan stesen minyak itu agak jauh, saya dapat membaca perkataan yang timbul di papan tanda lokasi stesen minyak tu, 'Gua Musang'. Betullah apa yang Christie cakap tadi.
Setelah hampir 40 minit berpanas dalam bas (sambil mendengar perbualan Christie mengenai 'musang kepala hitam' dan juga menyangka yang Naz tidur mati padahal dia dah lama terjaga) pendingin hawa terpasang semula. Kami semua menarik nafas lega (terutamanya Christie yang tak habis-habis merungut pasal keadaan bas yang panas tadi).
Rupa-rupanya (menurut Christie) bas yang membawa rombongan 'Sekolah' mengalami masalah teknikal. Tu yang sebabkan kami tersidai kat tepi jalan tu. Perjalanan pun diteruskan...
[...]
Dalam jam 6 pagi, kami sampai di sebuah masjid di Gua Musang (tak ingat pulak namanya). Apa lagi, semua turunlah, pergi buat apa yang patut.
Pemandangan waktu awal pagi di perkarangan Masjid yang kami singgah...
Ni la masjid tu!
Kemudian kami pergi bersarapan (Naz siap warning yang perjalanan masih jauh, dalam pukul 11 baru sampai) di gerai berhampiran. Selesai bersarapan, kami pun meneruskan perjalanan ke Kuala Balah, Jeli.
(Peringatan: kalau nak beli air, melainkan kamu memang suka benda-benda manis, minta yang kurang manis atau beli air mineral je. Air kat sana manis-manis belaka. Ni bukan main-main. Memang orang Kelantan suka makanan manis.)
[...]
Akhirnya pada lebih kurang jam 11, kami sampai di R&R Kuala Balah (dalam kampung tu je...). En Noraimi dan Pn Zu awal-awal lagi dah ada di situ, menunggu kami. Di sana kami diberikan baju program dan sedikit taklimat sebelum ke PKU Kuala Balah. Kemudian kami bergerak ke PKU.
Pusat Kegiatan Ummah (PKU) Kuala Balah, Jeli.
Di PKU, Kami disajikan makanan alu-aluan (disebabkan makanan utama belum selesai dimasak). Mulanya tak nak makan sebab masih kenyang, tapi setelah dinasihati (takut orang kampung kecil hati) saya makan la jugak (Jagung Manis, bukan Pulut Jebon tu...). Sambil-sambil tu kami berehat-sebentar dalam ruang dewan PKU.
Ada yang baring-baring...
Ada yang menjamu selera dengan menu alu-aluan tadi...
Ada juga yang duduk-sambil-borak-borak di situ...
Tak lama kemudian, upacara Pra-Penyerahan Anak Angkat dijalankan. Hampir separuh daripada jumlah peserta mendapat keluarga angkat. Saya pun tak terkecuali.
Mulanya cuak gak sebab selama ni mana pernah tinggal (walaupun sehari dua) di rumah orang lain. Kalau ada pun bersama keluarga. Lagilah Abah Ahmad tu polis. Tapi lama-lama dapat juga sesuaikan diri.
Nini siap pesan supaya jangan tanya 'soalan pelik-pelik' dan berkata saya bertuah. Mulanya saya tak faham kenapa. Tapi rupa-rupanyanya keluarga Abah Ahmad baru 3 tahun di Jeli ni...
Selepas majlis itu, kami dibenarkan pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing. Saya menumpang kereta keluarga angkat Eton dan Nabila (rumah mereka dengan rumah keluarga angkat saya tak jauh sangat...) sebab Umi Zaini menaiki motosikal untuk ke PKU tadi.
Tapi, masa di dalam kereta itu...
"Nabila tau bawak motor?" tanya bapa angkat Nabila yang sedang memandu.
"Tau..." Jawab Nabila. Eton mengangguk, manakala saya diam (dah saya tak reti bawak motosikal...)
"Nanti boleh la bawak motor pusing-pusing kampung. Tapi jangan lupa pakai helmet," kata pakcik tu lagi.
"Kenapa, bah? Ada polis ke selalu ronda-ronda kampung?" Soalan spontan keluar dari mulut Nabila. Saya dan Eton terkejut, kemudian ketawa.
(Masa tu dia lupa yang bapa angkatnya sendiri seorang polis... Dan juga rumah keluarga angkat kami adalah kuartes polis...)
[...]
Malam tu diadakan majlis perasmian KESUMA aka USR-UTM@Jeli di PKU. Saya bersama Umi Zaini dan Adik Akmal pergi ke PKU dengan menaiki kereta yang dipandu bapa angkat Eton dan Nabila (tak ingat nama... Maaf...) sementara Eton dan Nabila pergi dahulu dengan menaiki motosikal.
Afdhal ni takde tempat lainkah nak betulkan sampingnya?
Naz menguji kamera SLR milik En Noraimi bersama-sama Nini (yang tengah buat peace melintang tu...)
Di bilik gerakan / rehat (ala-ala pejabat) di PKU
Tu YB Abdul Aziz Derashid, ADUN Parlimen Jeli yang hadir pada malam perasmian KESUMA aka USR-UTM @ Jeli...
[...]
2 Julai 2009 (Khamis)
Hari ini hari bermulanya tugasan kami kumpulan 'kampung' untuk mengumpul maklumat. Kumpulan 'kampung' dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan pula disertai 4 orang ahli. Siapa ahli kumpulan saya? Skrol ke bawah sikit... Hehe...
Setiap kumpulan diberikan peta yang menandakan kawasan yang perlu kami pergi dan beberapa helai borang soal selidik (kalau tak silap dalam 20 helai setiap kumpulan...)
Christie pula muncul sewaktu kami mula bergerak ke lokasi... (lambat lak dia... Biasa cepat je...)
Borang soal selidik untuk kumpul info...
Peta bagi seluruh Kuala Balah. Nampak kecil tapi hakikatnya luas nak mati!
Group saya (kumpulan 5)
Faliq, Eton, Christie dan saya (yang kat belakang Christie tu...)
Dari kamera En Noraimi...
Sepanjang melaksanakan aktiviti ini, kami dilayan dengan mesra dan orang kampung banyak memberi kerjasama. Dan ada sebahagian keluarga yang memberikan buah-buahan kepada kami (terutamanya buah rambutan... Ye la dah musimnya masa tu...)
Selesai mengumpul maklumat di lokasi ditetapkan, kami kembali ke PKU. Berehat sebentar, melepaskan lelah. Sambil-sambil tu, kami menikmati keropok ikan dan air berwarna putih yang bergelar 'Coconut Shake'. Manakala, kumpulan yang bertugas memasukkan data (website) mula melakukan kerja mereka.
Nampak tak kat mulut dia tu? Itu pucuk Asam Gelugur... Masam-masam tawar rasanya. Boleh dimakan begitu sahaja... Ceewah!
Afdhal bersama mereka yang bertanggungjawab dalam pembinaan website...
Masa saya sampai di PKU, En Noraimi sedang berbaring (tidur) di atas lantai.Kot (kot / blazer / sweater, saya tak pasti la pulak... Hentam je la...) yang dipakainya dilipat-lipat, dijadikan bantal. Agak lama kemudian, barulah dia bangun. Masa tu saya perasan dia tercari-cari sesuatu.
"Afdhal, handset saya ada atas meja tak?" soal En Noraimi kepada Afdhal yang berada tak jauh dari situ. Afdhal melihat di atas, bawah, dan tepi meja, mencari.
"Tak adalah..." jawab Afdhal seketika kemudian. En Noraimi terus menyuruh sesiapa menelefon no hp miliknya, untuk memudahkan pencarian.
Dail sekali, tak dapat. Dail dua kali pun tak dapat. Kali ketiga, dapat. Tapi masa tu mata semua orang tertumpu pada sesuatu (tempat di mana bunyi nada dering hp En Noraimi terletak)
Bunyi hp tu datang dari kot yang dilipat-lipat oleh En Noraimi tadi. Jadi...
"EN. NORAIMI!!!" Bergema satu PKU dibuatnya.
[...]
Petangnya ada perlawanan bola sepak antara belia Kuala Balah dan peserta KESUMA. Saya tak pergi tengok pun (sebab tak berapa minat bola sepak) jadi masa yang lebih tu diambil keluarga angkat saya untuk pusing-pusing satu jajahan Kuala Balah. (Pelik... Bila jalan kaki, jauh nak mati. Bila naik kereta jadi kejap pulak...)
[...]
Malam tu pulak ada sesi motivasi bersama pelajar tahap 2 (darjah 4,5,6) di SK Kuala Balah. Tak jauh dari rumah keluarga angkat. Seronok gak bersama bebudak yang selalu nampak bersemangat dan ceria ni.
Banyak fiil bebudak ni yang agak cute. Misalnya seorang budak lelaki yang menepuk dahi setiap kali diajukan soalan (cth: macam mana nak ucapkan terima kasih kepada ibu adik?) dan seorang budak perempuan yang sentiasa nampak konfiden.
Program motivasi bersama pelajar SK Kuala Balah
Sayangnya aktiviti itu cuma selama 2 jam, agak singkat untuk aktiviti sebegini. Bebudak tu dah seronok tapi masa buat spoil la pulak... InsyaALLAH kami akan buat lebih baik (dan lebih lama) pada masa hadapan...
[...]
3 Julai 2009 (Jumaat)
Pagi tu, aktivitinya macam semalam (kumpul maklumat), tapi pada hari itu kami diberikan lokasi yang lain pula. Macam biasa, Christie tiada sewaktu kami berbincang mengenai lokasi baru tu.
Macam semalam, Christie muncul agak lambat dengan menaiki van UTM (Unitekma).
Disebabkan lokasi kali ini lebih jauh, kami meminta Christie untuk memujuk pakcik yang bawa van itu membawa kami ke lokasi yang ditetapkan. Dan (dengan ke-tak-percaya-an-nya) Christie berjaya memujuk Pakcik itu.
Jadi, kami menaiki van itu dan melambai-lambai (Faliq la yang paling melebih-lebih) kepada mereka yang terpaksa berjalan kaki ke lokasi yang ditetapkan.
Walaupun begitu, van itu tersesat jalan, kami sampai ke jalan mati. Jadi terpaksa pusing balik dan turun di jalan besar (juga bertemu semula mereka yang dilambai tadi... Huhu, malunye...)
Kebetulan di hujung jalan besar tadi ada Pasar Tani. Jadi menyimpang sekejap sebelum melaksanakan tugasan. Balik pun menyinggah jugak... Hehe...
Kenapa? Sebab tuan punya rumah cuma penoreh getah yang income bulanannya dalam RM400 sebulan. Dan tiada kerja sampingan. Orang yang bertugas memasukkan data pun tak percaya pada mulanya.
[...]
Petang tu, sepatutnya ada aktiviti 'kelas sulaman manik', tapi tak tau sama ada kena pergi ke tak. Saya ada gak tanya Eton dan Shakirah pasal ni, tapi diorang pun tak tahu. Sudahnya saya tak pergi. Bantai tido kat rumah keluarga angkat... Hehe...
[...]
4 Julai 2009 (Sabtu)
Hari ini hari berkelah kami! Semua peserta, tak kira yang 'kampung' atau yang 'sekolah' sama-sama berseronok. Siapa yang ada keluarga angkat datang bersama mereka, yang tiada naik bas atau van UTM.
Apa yang mencabar ialah nak masuk kawasan sungai di bawah jambatan ni kena lalu denai yang cuma pajero dan motosikal je boleh lalu. Kalau kereta biasa maunya terbalik la. Jadi kena la berjalan kaki. Tapi bila sampai... Memang seronok rasanya.
Umi Zaini siap masakkan nasi lemak bersama ayam goreng lagi. Eton pula sempat menyinggah sebentar untuk mengambil satu beg plastik besar rambutan untuk dibawa berkelah. Yummy-yummy!!!
Wah, ramainya!!!
Banyak gak aktiviti sukaneka ketika di sana. Ada pertandingan tarik upih (saya dan Abah kalah...), baling belon berisi air (saya dan Umi Zaini dapat no.3! Woo... Syok!), explorace bersama keluarga angkat (tak masuk sebab syaratnya kena ada 5 orang... Saya sekeluarga cuma 4) dan banyak lagi. Sukaneka yang tak rasmi pula (peserta je, takde hadiah) ialah 'mandi sungai' dan 'siapa lagi lama menyelam'... Hehe...)
Dalam jam 12.30 tengah hari, kami bersalam-salaman dengan orang-orang kampung yang turut sama berkelah dengan kami, dan juga sesama kami dan Pn Zu. Kemudian kami pun pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing.
[...]
Dan akhirnya, tibalah saat perpisahan... Tepat jam 3 petang kami menaiki bas di R&R Kuala Balah untuk pulang ke kampus. Umi Zaini sempat menghadiahkan gelang dan beberapa helai baju kepada saya (yang pada mulanya saya agak segan nak terima kerana dilayan sangat baik ketika bersama keluarganya) sebelum pulang.
Saya hampir mengalirkan air mata saat melambai ke arah keluarga angkat saya saat bas mula bergerak. Hanis perasan dan menepuk bahu saya, memberi semangat ('InsyaALLAH awak akan jumpa mereka semula...' Itu agaknya yang cuba hendak dikatakannya). Lantas saya tersenyum semula.
Sepanjang perjalanan pulang ke kampus kami melalui kawasan Gua Musang.
Gua Musang! Lawa lak struktur 'batu' ni...
Alhamdulillah aktiviti kami (kebanyakannya) berjalan lancar. Perjalanan pulang ke kampus juga tiada masalah teknikal sepertimana sewaktu pergi ke sana.
Apabila Cikwa mengatakan bahawa bas takkan berhenti (ketika melalui kawasan Grik, Kedah), seluruh bas bising. (antara ayat yang saya dengar dengan jelas, "Arrgh, aku nak kencing kat mana..." dan "Ala, lapar gila ni...")
Sudahnya bas berhenti sebentar di R&R Ipoh. Kami pun apa lagi...
Dan kembali dalam bas untuk meneruskan perjalanan balik ke kampus Unitekma... Dalam jam 12 tengah malam baru sampai kat kawasan hostel (sebelah parkir bas je... Tak jauh pun...)
[...]
Alhamdulillah, KESUMA aka USR-UTM@Jeli berlangsung dengan jayanya. Walaupun tak perfect 100%, tapi masih boleh dibanggakan. Biasa la kalau ada slack sikit-sikit, orang yang anjurkan aktiviti macam ni pun manusia biasa gak.
Memang berharap la kalau-kalau dapat sertai lagi aktiviti macam ni. Seronok woo!!! Banyak pengalaman yang saya dapat. Yalah, kat sini la first time tinggal dengan keluarga angkat. Tak selesa pulak bila dilayan macam puteri raja sepanjang tempoh tu, sampai pinggan dan baju saya pun dia nak basuhkan.
Loghat Kelantan pun saya dah boleh faham (dan cakap) sikit-sikit. Wah... Satu kemajuan yang bagus untuk saya!
Ulasan
MEMANG MENGAMBIL MASA YANG LAMA UTK MEMBACA..
HUHU..
TP SY TGK GMBR JER..
CRITA MENARIK NANTI SAYA BACA..
LEPAS HABIS TEST..
ahahha