Kejutan

*Rujuk Harian Metro dan Kosmo hari ni.

13 Julai. Jam 7 pagi

Mamai sebab bangun pagi belum hilang. Lagipun kelas pada tengah hari, jadi masih melingkar atas katil. (tapi dah basuh muka dan gosok gigi dah...)

Tiba-tiba Angah masuk bilik. Dia bertanya dengan penuh direct, "Along, tau tak ada budak KSJ jatuh dari tingkat 4?"

"HAH?" Saya terus terbangun, hilang rasa mengantuk tadi.

[...]

Hostel KSS kecoh dengan peristiwa yang berlaku lebih kurang jam 1 pagi di Hostel KSJ tu.

Ramai yang tak percaya yang ada budak yang sama batch dengan Angah (baru 2 minggu masuk tu...) berani buat tindakan macam tu, cuba masuk bilik ikut tingkap. Tingkat 4 pulak tu.

Yang senior pun kena fikir beratus kali kalau nak buat macam tu.

Budak tu (Allahyarham Khalis, budak course Elektrik Kuasa) macam desperate gila nak masuk bilik, macam la tak boleh telefon roommate dia minta bukakan pintu.

Tapi kalau benda nak jadi, jadi jugak...

[...]

Allahyarham Khalis tu mula dikenali sewaktu MHS.

Dia, yang dikenali sebagai seorang yang pemalu pada awal perkenalan, telah menyanyikan lagu tema 'Wonderpets' dengan kuat dan tanpa rasa malu di atas podium sewaktu MHS.

Tak percaya tanya bebudak batch 2009-2010 (batch Angah).

[...]

Hari tu terasa redup je.

Nampaknya alam sekitar kawasan Unitekma turut merasai permergian 'adik' kami. Dan bebudak KSJ ramai yang diam je sepanjang hari tu. Ada yang tak hadir kelas, iaitu mereka yang merupakan rakan Allahyarham. Mereka pergi ke majlis pengebumiannya di Johor.

Dan malam tu diadakan bacaan Yassin untuknya (arwah) sejurus selepas bacaan Al-Mulk.

[...]

Sayang betul.

Dia belum dapat rasa betul-betul life kat sini yang 'sometimes serious, sometimes funny, sometimes ridiculous'. Yang merupakan kombinasi belajar menerusi akademik, aktiviti luar dan pengalaman.

Allah SWT lebih menyayanginya daripada kami...

Al-Fatihah....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an