Hilang dan Curi 3

Cerita ni nak kata dah lapuk pun boleh gak. Seminggu peram baru nak masuk... Huhu... Busy dengan assigment ukur binaan, ekonomi, undang-undang...

Kisah ini diceritakan oleh En Yus sendiri sewaktu kelas Undang-Undang Kontrak dan Agensi. Almaklumlah En Yus suka sangat bercerita...

[...]

En Yus pulang dari kembaranya Rabu lepas. Ye la masa tu kan minggu konvo UTM. Sampai di rumahnya dia perasan sesuatu yang berbeza.

Pokok bunga kemboja yang ditanamnya telah hilang.

[...]

Dia rasa hairan. Marah. Lucu.

Ada tiga pokok kemboja yang ditanam di halaman rumah En Yus. Satu di dalam pasu manakala dua lagi ditanam di atas tanah. Satu daripada pokok yang ditanam atas tanah itu ialah pokok bonsai.

Yang dalam pasu dia tak berapa pelik, kerana ye la dah namanya dalam pasu, mesti senang nak ambil. Ini bonsai kecik yang ditanam atas tanah itu pun dicabut dan dibawa lari sekali.

Sanggup si pencuri tu nak cabut pokok tu...

[...]

Petang tu dia pergi jelajah 1 kawasan perumahan tempat dia tinggal. Menurut jiran yang berada berhampiran sewaktu kejadian, dia ternampak seorang wanita cina yang selalu bertaichi di padang berhampiran dan membawa van sekolah yang mencuri pokok bonsai itu.

Wanita itu kerap juga ke padang itu setiap pagi. Cuma pada pagi kejadian selepas bertaichi, wanita itu terhendap-hendap di halaman rumah. Tahu-tahu sudah diangkut semua pokok kemboja ke atas van sekolah yang selalu dipandunya itu. Jiran pun tak sempat menghalang.

Sudah puas dicari, namun tidak berjumpa. Sudahnya dia bercadang menunggu wanita itu datang bertaichi pada esok harinya.

[...]

Pagi esoknya dia keluar awal. Niat hendak berjumpa wanita 'bertuah' itu. Namun wanita itu tidak pergi bertaichi macam selalu dilakukannya apabila dia hendak pergi ke tempat kerjanya.

Wanita itu hilang sejak hari 'bertuah' itu.

Akhirnya? Berserah sajalah. Bukan rezeki nampaknya...

[...]

"Moral of the story?" kata En Yus usai dia bercerita, seperti selalunya. Kami diam sahaja walaupun terhibur dengan ceritanya itu. Yalah, tak tahu nak kata apa.

"Baiklah, kita sambung dengan topik 'Remedi'," sambungnya lagi sambil menyelak buku biru kecil setebal buku tulis 100 muka surat, bertajuk 'Pengenalan kepada Undang-Undang Kontrak' oleh Abdul Aziz Husin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an