Ke-Ja-Ya-An?

Apakah itu kejayaan?
(Diam selama beberapa saat sambil buat muka bodoh)

Yang pasti, masing-masing ada pendapat tersendiri mengenai perkara tadi. Namun, bila dah utarakan pertanyaan tadi, muncul pula soalan lain yang kita sendiri tak boleh nak jawab.

Apakah formula untuk berjaya dalam hidup?

Apakah teknik-teknik untuk mencapai impian kita?

Adakah mereka yang hidup kaya-raya tapi tak bahagia itu lebih berjaya daripada mereka yang tiada harta tapi hidup bahagia?

Hemm... (sambil garu kepala)

[...]

Masa kanak-kanak dulu, saya selalu dibandingkan dengan sepupu saya, Ira. Dia selalu dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, terutamanya peperiksaan awam (UPSR, PMR, SPM). Saya pula, dapat keputusan yang 'biasa-biasa' sahaja.

"Tengok tu, Along dengan si Ira tu sama-sama makan nasi, tapi apasal dia dapat lagi bagus? Kenapa tak boleh jadi macam dia?" kata Umi masa keputusan UPSR diumumkan dulu. Saya cuma dapat 3A 2B manakala Ira pula 5A.

'Sebab dia makan beras mahal dan along makan beras murah kot?' kata saya (dalam hati, tak berani nak cakap kuat-kuat... Hehe...)

Sekarang Ira berada di Mesir, ambil course perubatan. Dan dia ada beritahu yang dia agak tension belajar di sana.

Jadi saya bagi tip yang selalu 'jalan' bagi saya (tak tau la kalau dia boleh ke tak), iaitu makan dark chocolate tiap kali tension atau depressed. Tapi jangan pulak makan banyak sangat, takut lain pula yang jadi.

[...]

Seringkali kita bertanya kepada diri sendiri, mengapa kita tidak boleh menjadi si sekian-sekian itu, dan apa yang dilakukannya sehingga dia mengecapi kejayaan? Dan juga, mampukah kita untuk berjaya sepertinya?

Dan tentunya ada masanya kita cemburu melihat kejayaan orang lain. Bangga macam manapun di atas kejayaan saudara kita, pasti jauh di sudut hati ada sekelumit rasa iri hati padanya.

Maka, keluarlah pendapat klise terhadap mereka yang berjaya.

Mereka berjaya kerana mereka bijak dan pandai.
Mereka berjaya kerana mereka berbakat.
Mereka berjaya kerana diberi peluang.

Senangnya mereka bercakap ya...

Namun, kebijaksanaan tak dapat diguna tanpa diisi ilmu ke dalam minda;
bakat akan kekal terpendam tanpa disiplin dan usaha yang berterusan;
dan peluang pasti akan muncul bagi mereka yang ingin merealisasikan impian.

Betul tak?

[...]

Sejak akhir-akhir ni saya minat tengok drama jepun (ni Nini punya pasallah ni...). Baru-baru ini pun saya dah habis tonton cerita 'Hanazakari No Kimitachi E' yang didownload dari internet. Kisah mengenai seorang perempuan, Ashiya Mizuki, yang menyamar sebagai seorang lelaki supaya dia dapat belajar di Sekolah Tinggi Ohsaka (sekolah ni sekolah lelaki) untuk menemui idolanya, Sano Izumi, untuk memastikan Izumi kembali ke arena lompat tinggi yang telah ditinggalkan setahun lalu.

Apa yang buat saya terfikir ialah alasan sebenar watak Izumi tu berhenti daripada menyertai sukan lompat tinggi yang sangat digemarinya itu, iaitu tidak tahan dengan tekanan orang sekeliling yang selalu mahukan dia melakukan lompatan lebih bagus dari semasa ke semasa (senang cakap, orang ramai menaruh harapan yang terlampau tinggi kepadanya) sampai dia pun naik takut.

Betul juga, bila dah berjaya dan nama kita mula dikenali, tekanan akan muncul secara tiba-tiba yang memaksa kita buat lebih dari apa yang kita mampu. Kalau berjaya buat kita akan dijulang dan disanjung, tapi bila kita gagal kita akan dikutuk dan dikeji.

Manusia pun macam mesin jugak, kalau asyik didesak berkerja, lama-lama rosaklah dia.

[...]

Ada risiko yang akan dihadapi jika mahu mencapai kejayaan. Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri sama ada nak buat atau tak. Sanggup berdepan dengan cabaran atau kekal dalam zon selesa.

Apa yang kita akan dapat pada masa depan bergantung kepada apa yang kita lakukan pada masa kini, sebagaimana peristiwa masa lepas mempengaruhi keadaan kita sekarang.

Oh ya, bagi soalan yang kat atas tadi, ada sesiapa nak jawab?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an