Satu Tahun


zwani.com myspace graphic comments

Huhuhu....
Sedar tak sedar dah setahun dah umur blog ni. Cepat betul masa berlalu...

Ya, di sinilah tempat saya melepaskan apa yang terpendam kalau ada yang tak puas hati, tempat saya berkongsi ilmu yang saya rasa patut disebarkan dan tempat saya mengimbas kembali memori silam yang tak indah tapi amat menyeronokkan.

Dan sedar tak sedar saya dah lebih setahun berada di UTM City Campus... Eh silap, International Campus, Kuala Lumpur. Banyak betul perubahan (ada yang agak drastik) sepanjang tiga semester di UTM KL ni.

Kadang-kadang tak suka langsung dengan perubahan yang dihadapi (rasa macam tak mahu je hadapi), tapi adakalanya benda yang tidak disukai itulah benda yang terbaik untuk kita.

[...]

Saya rindu....
Rindukan masa lepas.
Rindukan zaman budak-budak bodoh-bodoh dulu...

Zaman sekolah agama yang selalu tertinggal bas (nasib baik pejabat Ayah dekat je...) dan ustaz yang mengajar kami pun join bebudak lelaki kelas main beyblade (ala benda alah yang macam gasing tu) di belakang kelas sewaktu rehat.

Zaman sekolah rendah yang mana setiap kali balik kena jaga-jaga takut-takut kena kejar dengan anjing yang tak diketahui siapa tuannya. Belajar Kriptografi mudah masa tu. Siap ajar orang lain lagi... Huhu...

Zaman sekolah menengah yang kelas sentiasa huru-hara dengan teriakan Sara setiap kali Hilmi tarik tudungnya. Dengan Anwar yang asyik hilang barang selang sebulan. Dengan A'Eisyah yang minat Mawi sampai mejanya habis dihiasi poster Mawi (yang akhirnya dijahanamkan penceroboh tak diketahui dengan mengoyakkan pelapik mejanya). Dengan pasangan Aysha-Adrian yang agak 'glamour' (err.... Huhu... Jangan marah ye yang berkenaan tu..).

Sedar tak sedar hujung bulan 2 tahun depan (Tak sampai 4 bulan lagi pun...) umur saya bukan 'belas-belas'. Dah 'puluh'. Ah... Dah tualah saya... (T-T)

[...]

(Tenung dashboard di depan)
Oh, tinggal dua paper lagi. Dua-dua pada 2 dan 4 haribulan ni.
Lepas tu dah habis final exam untuk semester ni.

7 haribulan, ada site visit di Johor di bawah QSBina. Tapi macam tak semua pergi.

Bolehlah saya balik terus lepas habis site visit tu... Hehe...

[...]

Oh, kepada mereka yang menghadapi peperiksaan sekarang dan pada akan datang, saya ucapkan selamat maju jaya kepada anda semua.

Err... Statement tadi tu macam dalam surat rasmi sekolah je... (-.-")

Ulasan

sarah berkata…
happy anversry..ehehe
saya pun rndu dgn kwn2 kite
:)

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an