Abang Mirul dan Malam Puisi Riong

Saya membaca artikel bertajuk 'Janji tetap janji' di ruangan Sastera, akhbar Berita Harian Khamis lalu. (Lambatnya, hari ini hari Sabtulah!)

Sedang membaca artikel tersebut, mata tertancap pada ayat berikut.

Penampilan personaliti TV3 yang baru menamatkan zaman bujangnya, Ahmad Fedtri Yahya, menghidupkan majlis malam itu dengan celoteh bersahaja sehingga jurukamera, seorang pelajar dan beberapa deklamator tidak terlepas daripada usikan mesranya.


Meskipun sedar mereka disakat Ahmad Fedtri, baik jurukamera mahupun pelajar yang diminta secara spontan mendeklamasikan sepotong puisi dengan gaya mereka sendiri, tidak seorang pun menolaknya dan menjawab semua soalan diajukan manakala penyanyi lagu puisi, Ahmad Ramli, tidak sedar busananya juga menjadi bahan usikan!

Serta-merta saya tersenyum.

[...]

Malam Sabtu, 24 September 2011.

Akhirnya dapat juga ke Malam Puisi Riong yang diadakan di Pesta Konvo UTM. Saya bersama Mirul @ Abang (yang pulang sebentar dari UiTM Lendu, Melaka untuk bersama keluarga pada majlis Konvokesyen Diploma pada Isnin nanti) berjalan-jalan di sekitar gerai di sana sementara menunggu program bermula. Apabila acara bermula, Mirul sedang membeli baju bersama keluarga, maka saya berjalan ke tapak acara terlebih dahulu.

Saya mengambil tempat di kerusi paling hujung, barisan tengah. Nyanyian lagu 'Basikal Tua' dan 'Hijau' nyanyian dua pelajar daripada unit kebudayaan UTM menghangatkan suasana. (hangatkah? X3)

Mirul datang seketika kemudian, mengambil tempat di sebelah. Saya sedar dia cuba merakam beberapa pendeklamasi puisi, namun tidak dapat dirakamkan disebabkan kedudukan yang jauh dari pentas.

"Jom pindah depan," katanya, Saya menurut, kebetulan pula barisan depan sudah kosong. Namun, saya membiarkan dia mengambil kerusi paling depan, saya duduk di belakangnya.

Dan...

Ya, Mirul dipanggil menjadi mangsa Ahmad Fedtri untuk membaca puisi dan saya sebagai saksi merakamkannya. XD

Walaupun acara tersebut tamat pada 11 malam (lebih kurang), namun terpaksa pulang awal kerana Adik mula buat hal. Namun tidak mengapa, sampai sahaja di simpang menghala ke rumah, segerombolan manusia sedang berhimpun di hadapan rumah Lea, dan mereka adalah rakan sekuliah sewaktu Diploma dulu. :D

[...]

Ya, 'pelajar' itu merujuk kepada adik saya sendiri. 'Jurukamera' pula bukan saya ya, dia pelajar kelab Fotokreatif UTM. Huhu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an