Cerai

Saya terfikir untuk tulis mengenai hal ini apabila pensyarah menyentuh topik ini dulu.

Lebih-lebih lagi ramai betul artis dan personaliti TV yang bercerai dengan pasangan hidup diorang (wah, satu perkembangan baik bagi saya yang tak minat nak ambil tahu hal artis...). Rasa pelik pulak sebab masa bercinta (sebelum kahwin) boleh serasi. Ni apahal bila lepas kahwin tak boleh nak serasi pulak?

Kalau takde anak boleh terima la jugak. Ni dah ada anak pun boleh bercerai gak.

[...]

Punca penceraian memang banyak, antaranya seperti kehadiran 'orang ketiga', tiada keserasian, dan tidak bahagia bersama pasangan mereka tu. Semuanya bersandarkan HATI.

Tapi entri ni bukan nak fokus kepada hal itu, tetapi pasal kesan yang dihadapi mereka yang terlibat dalam perceraian tersebut, terutamanya si anak.

Ada orang mengatakan, 5 tahun pertama pasca perkahwinan adalah untuk mengenal hati budi pasangan kita, 5 tahun kedua pula adalah untuk mencari keserasian antara kita dan pasangan hidup. Jika berjaya mengharungi 10 tahun pertama perkahwinan tersebut, nescaya hidup kita akan bahagia sampai ke anak cucu. Terus terang, saya setuju 80%, sebab nampak sendiri contohnya. Memang jarang berlaku penceraian bagi mereka yang tempoh perkahwinannya lebih dari 10 tahun. Kalau poligami tu adalah.

Ada sesiapa terfikir tak kenapa dalam Islam, perceraian adalah sesuatu yang tak disukai Allah SWT?

Cuba tengok statistik remaja bermasalah dan penjenayah juvana. Kebanyakan mereka datang daripada keluarga yang berantakan dan bercerai-berai. Walaupun tak semua, namun hal ini menggambarkan bahawa perceraian ada memberi kesan kepada psikologi mereka itu.

Bagi sayalah, ibu bapa yang buat macam ni tanpa alasan yang betul-betul tersangatlah kukuh (macam suami penagih dadah atau samseng ke, atau isteri nusyuz tahap melampau ke...) adalah orang yang mementingkan diri. Mereka ni cuma memikirkan kepentingan mereka sendiri, kemudian memberitahu si anak bahawa apa yang mereka lakukan (tanpa restu mereka) ni adalah untuk yang terbaik.

Ataupun tak bagitahu si anak yang mereka ni dah bercerai, konon mereka boleh sorokkan hakikat tu sampai bila-bila, namun satu hari nanti mesti kantoi (si anak dapat tau sendiri).

Memanglah boleh kantoi, mustahil si ibu dan si ayah yang dah bercerai boleh berada di tempat yang sama pada masa yang sama di hadapan si anak, sepanjang masa.

Dan tentu kalau si anak bila dah dapat tau, tak semua boleh terima hakikat bahawa keluarganya dah 'pecah'. Sekurang-kurangnya mesti ada rasa 'sakit' bercampur sedih. Silap haribulan sampai kena pakai khidmat pakar kaunseling kekeluargaan sebab tak boleh terima hakikat tu.

[...]

Kalau dah bercerai tu, mesti masing-masing sibuk mencari nafkah menyebabkan si anak terabai. Kalau mereka ni boleh kawal diri daripada buat perkara yang tak sepatutnya okeylah jugak. Tapi saya tak rasa majoriti kanak-kanak dan remaja 'kuat iman'. Kalau ada pun sikit sangat. Tu yang jadi punca terjebak dengan jenayah juvana tu.

(Mudah betul saya buat kesimpulan ye, kalau ada sesiapa yang berasal dari broken family pun boleh komen gak... Tapi macam awal saya katakan tadi, tak semua remaja yang bermasalah datang dari broken family, dan tak semua remaja daripada broken family tu bermasalah dan penjenayah juvana ya...)

Sebab itulah bila dah tak mula sehaluan, kena cepat-cepat jumpa pakar kaunseling kekeluargaan untuk meminta bantuan. Perasaan si anak kena fikir gak. Macam orang kata, ikut nafsu, lesu; ikut hati, mati; ikut rasa, binasa. Nanti menyesal tak sudah. Pakar kaunseling pun dah tak boleh nak tolong dah.

Satu hakikat, bercerai itu sama susah dengan bernikah. Banyak pantang larangnya. Mustahil untuk mendapat penceraian yang sempurna sebagaimana mustahilnya mendapat pernikahan yang sempurna. Namun ada perceraian yang baik sebagaimana adanya pernikahan yang baik.

Setiap tindakan harus difikirkan baik buruknya terlebih dahulu, bukannya main redah je. Fikirkan impak yang terpaksa dihadapi mereka di sekeliling. Jika yang buruk melebihi yang baik, nak buat macam mana kan...

Ulasan

sarah berkata…
setiap yang berlaku ada hikmahnya. Siapa mahu kahwin kejap lepas tu cerai. Pokok pangkal semua terletak pada hati. Betul-betul kena yakin dengan setiap keputusan yang dibuat.

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an