Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an

Budak-budak yang lahir pada tahun 80/90an mesti ingat masa sekolah rendah dulu:

· Di sekolah ada salesman jual buku cerita. Hari ni bagi senarai, esok minta duit untuk beli walaupun cerita buku tu dah tahu. Salesman susu pun macam tu juga.
· Di perpustakaan, budak-budak memang baca buku, tapi cuma setakat tengok gambar je. Bila ada program Nilam, baru semua sibuk nak pinjam buku.
· RMT di sekolah makan tak best, tapi yang berduit pun join RMT. Tak faham...
· Pakai kotak pensel yang boleh buka depan belakang, lepas tu ada pengasah pensel di tengah-tengahnya.
· Main lawan pemadam, sayang nak guna untuk padam. Padahal itulah fungsi sebenar, untuk padam!
· Pakai pembaris yang bergerigi, di dalam ada air, lepas tu ada benda berkilat-kilat dalam air tu. Dah jadi macam mainan pulak.
· Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ada pemegang di tengah-tengah, tapi tak pernah nampak cikgu pegang pun di situ.
· Bulu ayam jadi ramping kerana sering dijadikan rotan.
· Masa pendidikan seni, lukis semua boleh, tapi bila time warna semua hampeh. Ada juga buat anyaman pakai kertas warna, kolajlah, apa-apalah...
· Main game 2D. Super Contra, Super Mario, Street Fighter, semua pakai tape.
· Jam tangan Boy London jadi idaman, sebab boleh bertukar warna ikut suhu dan cuaca.
· Takut BCG, tapi lepas kena suntik poyo la pulak...
· Balik sekolah beli JoJo, tak pun Deng Dang. Tora pun best juga. Beli semata-mata nak mainan, coklatnya tak makan pun.
· Kasut berlampu di tapak, yang iklannya di tv boleh tembak alien tu...
· Siri kartun: Power Rangers, Ultraman, Transformers, Ninja Turtles, Thundercats, Maskman, Gaban dan banyak lagi.
· Beg sekolah ada roda. Boleh tarik-tarik, sampai di tangga pun nak tarik jugak sebab malas nak angkat beg bila naik atas.

Jangan lupa semua ni, sebab budak-budak zaman sekarang tak sempat layan benda-benda ni. Kita akan sentiasa berubah, cuma asal-usul kita yang kekal. Huhuhu~~~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS