Eksperimen Entah Apa-Apa (;P)

Malam.

Saja-saja on suis wifi laptop walaupun rumah tak ada internet. Ayah memang sengaja tidak mahu melanggannya, kerana sikap Adik. Pernah sekali Ayah bawa saya dan Adik ke pejabat dan meninggalkan kami di situ buat sementara waktu, dan saya menangkap Adik yang menaip 'Bohsia' di ruangan carian Youtube.

Tiba-tiba Laptop mengesan sesuatu. Ada talian internet berhampiran dengan rumah (ada jiran pakai boardband Streamyx)

Teringat kata-kata seorang blogger, pelanggan Streamyx biasanya takkan tukar password jalur lebar mereka. Semuanya sama. Malah blogger itu turut memberitahu password bagi Streamyx itu. (Saya takkan beritahu, kalau nak tahu carilah sendiri...)

Jadi saya mulakan eksperimen saya.

[...]

Hipotesis: Pelanggan Streamyx tidak akan tukar password default mereka.

Ya. Hana itu adalah jiran saya yang pakai Streamyx.

Dialah bahan ujikaji bagi eksperimen ini. Ngee~~~

Isikan password yang blogger tu war-warkan...

[...]

Hasilnya...

Cubaan pertama dan kedua:


Alamak. Connection tak berapa kuat, sebab tu la jadi macam ni.

Cubaan ketiga:

Haha... Sah. Memang ada pengguna Streamyx yang malas atau tak tukar password boardband mereka.

Tapi, disebabkan rasa kasihan, saya disconnect bila dapat tahu eksperimen itu menjadi.

Mungkin macam ‘bodoh’ sahaja, namun Angah dah cuba, dan walaupun dapat connect, dia tak dapat online disebabkan talian yang sangat lemah.

Oleh itu, para pengguna Streamyx sekalian, silalah tukar password anda sebaik sahaja melanggan boardband.

Oh, terlupa pula. Hypothesis is approved. Hehehe...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an