Shootz-ed!

Komik Shootz! jilid ketiga. Dapatkan di pasaran sekarang! Huhu~~

"Salam. Ain, komik Ain hari tu ada dalam Komik-M ke? Huhuhu. Tahniah!"

Bila terbaca mesej yang dihantar Kak Sabihah, senior merangkap ketua usrah saya sewaktu semester 4, saya canggung seketika. Komik? Yang mana satu? Memang saya tak ingat langsung.

Jadi saya bertanya menerusi SMS, "Er... Yang mana satu ye, kak? Huhu..."

Balasan yang diterima sungguh mengejutkan.

"Ain, Zati dan Komik Shootz!"

Eh?

[...]

Disebabkan rasa tidak tenang, saya ambil keputusan untuk ke MPH Bookstores di Jusco Taman Universiti. Setakat ini, selain MyNews, hanya kedai itulah yang paling hampir dengan rumah kalau hendak mendapatkan komik terbitan Komik-M. Angah dan Mirul menemani, kerana di sana juga ada wifi percuma.

Angah online di Arena, sementara Mirul mengikut saya ke MPH. Sesampainya di sana, Mirul dengan lajunya melangkah ke arah seksyen komik, sementara saya meneliti novel Rayyan Fantasi, karya terbaru Ramlee Awang Murshid, yang diletakkan di kawasan pameran.

Tiba-tiba Mirul memanggil, sambil menunjukkan komik Shootz jilid 3 yang kelihatannya baru sampai di seksyen komik itu. Saya menghampiri, mengambil senaskah lalu menyelak. Menjadi kebiasaan saya untuk menyelak sebelum membeli sesebuah buku, takut kalau ada mukasurat yang hilang.

"Cuba check mukasurat depan-depan," pinta Mirul. Saya pun menurut.

Tiba-tiba saya ternampak sesuatu yang biasa saya nampak, tetapi di tempat yang saya tidak sangka langsung. Saya tergamam. Kaku. Terasa seperti badan menjadi sekeras batu.

Mirul pula memandang penuh makna.

[...]

Saya pernah beritahu pasal kes Taty yang 'jatuh cinta' dengan komik Shootz! terbitan Komik-M awal tahun ini. Siap lukis komik satu muka yang bertuah itu lagi, disebabkan geram yang teramat kerana Taty tidak habis-habis bertanya seolah-olah saya pelukisnya atau kerja di Komik-M.

Selepas itu, saya upload komik itu di Facebook, menambah Reja (kartunis komik Shootz!) sebagai kawan di laman sosial itu, menunggu sampai dia approve, dan kemudiannya men'tag' dia di komik itu. Semuanya diselesaikan dalam masa sehari itu juga.

Reja yang ternampak komik itu pada mulanya amat terkejut, dan kemudiannya meminta kebenaran untuk memasukkannya di dalam komiknya apabila ia diterbitkan kelak. Saya dengan senang hatinya membenarkan, kerana pada masa itu saya fikir dia cuma bergurau.

[...]

Baik.

Saya memang tak kisah kalau dia betul-betul serius nak letakkan komik bertuah itu di komiknya.

Tetapi saya cukup kisah bila dapat tahu dia letakkan komik itu di muka surat 4. Secara teknikalnya, depan sekali.

Aduhai... Dahlah buruk lukisan saya waktu itu. Malunya~~~

[...]

Sesiapa nak beli komik Shootz, saya galakkan beli dari awallah. Kalau tidak tak faham pula ceritanya (dan juga kenapa Taty bersikap sebegitu terhadap saya)

Boleh saja beli di kedai buku berhampiran. Kalau malas, melalui Bookcafe pun boleh juga.

Tengok. Tak fasal-fasal saya dan Taty (atau Zati di komik itu) jadi famous sekejap.

Huhuhu~~~

Notakaki: Jujurnya, saya lebih suka dan selesa tengok versi asal berbanding versi edit di dalam komik Shootz! itu. ;P

Notakaki 2: Taty pun ada cerita pasal ni juga. baca di sini. (Ya, Taty ada blog!)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an