Telur Yang BUKAN Telur (-.-")

Sejak akhir-akhir ni saya suka sangat buka wikipedia dan google.

Dan saya terjumpa ini.

Artikel mengenai telur ayam tiruan di China!!!

Orang China sungguh hebat dalam menciplak (Opps, rebrand sebenarnya)
Ciplak telur ayam tu.....


Nampak lebih kurang sama, kan? (yang bertanda itulah 'telur' tiruan)

Kaedah menghasilkan telur ayam tiruan:


Mereka yang telah menikmati telur tiruan ini menyatakan bahawa rasa 'telur' ini setelah dimasak lebih kurang sama (ada juga kata lebih sedap) kalau dibandingkan dengan yang asli. (-.-")

Gila!

Apa-apapun saya pasti telur ini tidak akan diapprove oleh Kementerian Kesihatan kerana mengandungi alum (aluminium, Al) yang berbahaya kepada tubuh manusia apabila dimakan dan menjadi punca penyakit Alzheimer...

Oh, seperkara lagi, salah satu bahan untuk menghasilkan telur tiruan ni ialah kalsium karbid (calcium carbide, CaC2) yang menghasilkan gas acetylene apabila dicampur air. Bagi yang arif dalam kimia atau tahu pasal 'kimpalan gas' mesti dah sedia maklum bahawa gas ini mudah terbakar (dan digunakan dalam proses kimpalan bersama-sama gas oksigen, O2).

Kalaulah telur tiruan ini dihasilkan secara besar-besaran, mesti kilang tu terbakar atau meletup pada hari pertama operasi...

Buat telur ayam tanpa perlu membela ayam!
Siapa di sini yang nak buat dulu? (Chey... Macam menggalakkan je...)
Huhu...

Ulasan

Adhi Shinoby berkata…
Gilla telur adza dipalsuin.!!!

/lam knal mak cik.
by:Adhi.
yiyiafiqa berkata…
Oh, maaflah, tidak perasan ada komen di sini.
Ya, benar. Memang kalau kena caranya, boleh saja dilakukan.

Salam kenal juga. :)

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an