Buat Kopi, Fotokopi...

Wah, lama jugak tak update blog ni... Buzy memanjang semester 4 ni... Huhu... (-.-")

Sengaja memberi pendapat terhadap isu yang dibangkitkan beberapa minggu lepas - Pelajar praktikal diberi tugasan remeh sepanjang tempoh Latihan Industri (LI) - yang menimbulkan rasa kurang senang terhadap para pensyarah (khususnya En Yus, sampai nak hantar surat balas tu... Cuma dia tak tau surat khabar mana satu yang melaporkannya...)

Okey, kalau kata-kata sesetengah pihak menyatakan bahawa tidak ada panduan kepada pihak majikan untuk memberikan latihan sewajarnya kepada pelajar praktikal, saya akan sangkal perkara ni.

Weh, ADA LA BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI!

Buktinya:


Buku LI daripada UTM KL untuk pelajar LI. (Buku panduan tu yang warna pink tu)

Kalau pasal buat (bancuh) kopi dan buat fotokopi (antara kerja remeh yang dilaporkan), tu memang tak boleh nak kata apalah, sebab para senior pun mengaku. Ada beberapa orang tu beritahu yang kebanyakan masa dihabiskan untuk baca suratkhabar je (jujurnya, tak tahulah macam mana diorang buat pembentangan akhir untuk Laporan Latihan Industri)... (-.-")

TETAPI, En Yus ada pendapat lain. Katanya, ada 'maksud tersirat' dalam kerja remeh-temeh yang bakal dilakukan pelajar LI.

Contoh pertama, Buat fotokopi.
Yakni menyuruh pelajar memfotokopi dokumen-dokumen syarikat tersebut.
Manalah tahu yang dokumen tersebut memang relevan dengan laporan LI yang akan dibuat ataupun untuk kerja Projek Semester Akhir (bagi sesiapa yang LI nya pada semester 5), bolehlah minta extra copy sikit... Huhu...

Contoh kedua, buat atau bancuh kopi.
Membancuh kopi (atau minuman yang sewaktu dengannya) boleh mewujudkan networking di antara rakan-rakan sekerja. (Kurang faham, kan?)
Yalah, jangan buat secawan je. Buatlah satu teko. Biar semua orang dapat rasa. Sekaligus semua orang senang dengan kita. Kita pun senang la nak minta tolong daripada mereka. Yalah, nama pun pelajar praktikal. Kena la kaut ilmu sebanyaknya daripada mereka yang lebih berpengalaman. Tak gitu?
(Er... Kalau buat secawan je pun takpe sebenarnya, boleh bodek bos... Hehe...)

(Ni En Yus kata, bukan saya... Huhu...)

Apa-apapun masih risau... Sebab saya kena buat LI semester depan!

Yalah, saya bukannya pernah kerja sebelum ni. Kerja part time pun tak pernah (sangat memalukan...) sebab ayah saya kurang menggalakkkan anak-anak daranya bekerja sambilan.

Angah dapat kerja kat Pizza Hut masa lepas SPM dan sebelum keluar result pun, ayah macam tak approve je... (-.-") Sudahnya Angah jadi 'penanam anggur terhormat' sampailah dapat tawaran ke Unitekma KL tu...

Dengar cerita daripada kebanyakan senior, Latihan Industri tu mudah sahaja sebenarnya ("Alah, diorang suruh pakai (microsoft) Excel je, takde pun pakai Taking Off Paper..." cerita salah seorang senior kami), yang leceh cuma part nak buat Laporan Akhir LI tu. Sebab banyak nak kena check, periksa projek lepas la, tanya orang itu dan ini la...

Tapi versi En Yus sedikit 'menakutkan'. Sebab dia cerita pasal 'piring terbang' setiap kali perjumpaan antara klien, konsultan dan kontraktor (bayangkan Dewan Rakyat pada masa sekarang yang ahlinya sangat rajin bertekak). Dan kena hentam gila-gila. Dan yang sewaktu dengannya. ("Jadi hipokrit pun sebahagian daripada belajar sebenarnya," katanyalah...)

Apa-apapun, kena juga hadapi LI ni. Lagipun cuma 4 kursus diploma je yang ditawarkan LI di Unitekma KL (Ukur Bahan, Ukur Tanah, pengurusan Hartanah dan Perancangan Bandar dan Wilayah, kalau tak silaplah...). Jadi boleh dikira kursus tersebut 'kursus elit' la tu... Huhu...

Harap-harap dapat 'pass' jugalah tempoh Latihan Industri ni... Huhu...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an